backup og meta

Isteri Baru Habis Pantang & Nak Bersama, Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Bunting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

    Isteri Baru Habis Pantang & Nak Bersama, Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Bunting!

    Kepada wanita di luar sana yang baru berkahwin dan mungkin keliru mengenai konsep hubungan romantis dan seks, anda patut baca ini!

    Persoalan seperti adakah anda boleh hamil jika melakukan aktiviti seks tertentu pasti bukan sahaja menghantui wanita, bahkan juga si suami.

    Artikel ini akan bantu anda meleraikan persoalan-persoalan yang anda ada.

    Hai ini normal terutamanya kepada para wanita yang baharu mendirikan rumah tangga dan ingin membuat perancangan keluarga atas faktor-faktor yang tertentu.

    Ini kerana pendidikan seks masih belum mendalam dan meluas dalam kalangan masyarakat kita yang mana menyebabkan banyak kekeliruan dan salah faham mengenai perkara ini.

    Artikel ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seks yang tidak akan membuatkan anda hamil.

    Senarai aktiviti hubungan romantis & seks yang tidak akan membuatkan anda hamil

    1. Si dia menggunakan tangannya

    Terdapat banyak juga kekeliruan mengenai adakah memasukkan jari ke dalam faraj akan menimbulkan risiko kehamilan atau tidak.

    Sebilangan individu benar-benar percaya bahawa memasukkan jari ke dalam alat kelamin boleh menyebabkan seseorang wanita hamil.

    Jawapannya adalah tidak kerana jari tidak mengandungi air mani yang menghasilkan sperma.

    Anda hanya akan hamil sekiranya cecair yang mengandungi sperma ini memasuki faraj anda.

    Namun begitu terdapat risiko kehamilan yang sangat kecil di sini, iaitu jika si suami telah menyentuh air maninya terlebih dahulu sebelum menyentuh faraj anda.

    Bagi mengelakkan risiko, suami harus mencuci tangannya terlebih dahulu sebelum memasukkan jari pada kemaluan isteri.

    2. Aktiviti seks oral

    hubungan romantis

    Terdapat sebilangan besar individu di luar sana percaya bahawa wanita boleh hamil hasil daripada melakukan seks oral.

    Sudah tentublogik ini juga menunjukkan kekeliruan asas pada biologi manusia, tetapi terdapat individu yang ​​percaya bahawa perkara ini boleh berlaku.

    Bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku, seks oral tidak akan membuatkan anda hamil. Untuk hamil, sperma harus memasuki faraj dan bergerak ke atas melalui serviks ke bahagian rahim.

    3. Menggunakan “pintu belakang” ketika melakukan hubungan romantis

    Terdapat juga banyak persoalan mengenai adakah anda boleh hamil jika membiarkan suami melakukan seks anal.

    Sekiranya suami anda berejakulasi melalui “pintu belakang”, perbuatan ini tidak akan membuatkan anda hamil kerana air mani tersebut tidak dapat pergi ke bahagian rahim anda.

    Walau bagaimanapun, sekiranya suami anda tidak fokus ketika ingin berejakulasi dan tersasar ke tempat yang lain seperti ke bahagian faraj, kemungkinan untuk anda hamil itu ada.

    Oleh itu, walaupun anda sebenarnya tidak akan hamil daripada melakukan hubungan romantis menggunakan “pintu belakang”, masih terdapat kemungkinan untuk anda mengandung jika si dia terlepas ke bahagian lain selain di dubur.

    Jadi, berhati-hatilah jika anda menggunakan kaedah ini dan amalkan untuk segera membersihkan badan selepas melakukannya.

    Walau bagaimanapun, perbuatan ini dilarang untuk mereka yang beragama Islam.

    4. Menggunakan tangan anda sendiri untuk beronani

    Terdapat kekeliruan mengenai penggunaan tangan ketika melakukan onani mampu menyebabkan anda hamil.

    hubungan romantis

    Sekiranya tangan anda tidak bersentuhan dengan air mani lelaki, maka anda tidak ada kemungkinan untuk hamil.

    Ingatlah untuk selalu mencuci tangan anda sebelum mula melakukan perkara itu agar anda tidak perlu bimbang dengan risiko.

    Tangan yang kotor untuk beronani juga bahaya untuk kesihatan faraj anda kerana dikhuatiri mampu membiakkan bakteria dan menyebabkan jangkitan yis.

    Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih sebelum mula menyentuh faraj.

    5. Menggunakan peralatan seks

    Secara umumnya, menggunakan peralatan seks ketika melakukan hubungan romantis seks tidak akan membuatkan anda hamil.

    Ini kerana, peralatan seks tidak mempunyai sebarang kontak dengan air mani lelaki kecuali jika si suami turut menggunakannya lalu membuatkan dia berejakulasi.

    Jika peralatan tersebut pernah terkena air mani si suami, mencuci alatan tersebut akan dapat membuangkan kesan-kesan sperma yang melekat.

    Selain itu, pastikan alatan seks anda bersih dan berada pada tahap optimum, ini amatlah penting bagi menjamin kesihatan faraj anda.

    Rumusan

    Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan hubungan romantis seperti yang dinyatakan di atas tidak akan menyebabkan anda mengandung.

    Untuk hamil, kehadiran sperma daripada air mani perlu ada untuk melakukan proses persenyawaan di dalam rahim.

    Oleh itu, jangan terlampau risau dan nikmati momen-momen indah anda bersama suami di ranjang!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan