Selangan Waras – Apabila Pesakit Berbual Seperti Sihat Sebelum Mati

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Bayangkan pada satu petang, anda dan rakan-rakan daripada sekolah menengah yang pernah anda bersama, berjumpa semula di perkarangan rumah anda untuk berbual dan bermain bola lisut bersama. Malang tidak berbau, lontaran bola terkena kepala salah seorang rakan anda dan beliau terduduk, pening seketika. Selepas beliau merasakan fikiran kembali segar, anda dan rakan-rakan teruskan pula dengan sesi berbual dan bercakap tentang pelbagai perkara – dari memori zaman persekolahan hinggalah impian di masa hadapan. Sebaik sahaja pertemuan sampai ke penghujungnya dan masing-masing bersedia untuk beredar, rakan anda yang terkena lontaran bola itu tiba-tiba terjatuh ke tanah, nafasnya menjadi pendek dan tercungap dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Baru sebentar tadi beliau bergurau senda di meja, asyik berkongsi cerita, apa yang telah terjadi?

Apa yang telah berlaku?

Tempoh masa di mana seseorang itu kelihatan sihat dan segar selepas menerima hentakan atau kecederaan di kepala, sebelum akhirnya bertambah teruk, dikenali sebagai ‘lucid interval‘ ataupun Selangan Waras dan ianya merupakan simptom yang klasik kepada pendarahan Epidural, sejenis pendarahan otak di mana darah berkumpul di antara bahagian meninges (selaput yang membalut otak dan saraf tunjang) yang paling luar – dura mater, dan juga tengkorak. Lazimnya, pendarahan epidural disebabkan terkoyaknya salur darah arteri meningeal tengah (middle meningeal artery) dan kecederaan kepada arteri ini berlaku selalunya disebabkan oleh trauma kepada kepala. Punca trauma kepada kepala yang kerap berlaku adalah daripada kemalangan jalan raya, jatuh atau serangan namun terdapat juga kes, sekitar 10% daripada keseluruhan kes pendarahan Epidural, yang berlaku secara spontan.

Bagaimana Selangan Waras berlaku?

Selepas hentakan kuat atau kecederaan kepada kepala, seseorang mungkin akan terus koma/pengsan atau akan mengalami sedikit pening akibat konkusi. Memandangkan kecederaan yang berlaku membabitkan salur darah arteri yang membawa darah di bawah tekanan yang tinggi, darah akan bocor dan terkumpul dengan laju dan banyaknya di ruang antara dura mater dan bahagian dalam tulang tengkorak, mengisi ruang daripada 25 cm padu hingga ke 75 cm padu dalam hanya 6 hingga 8 jam. Inilah selangan waras di mana orang tersebut akan menyangkakan mereka telah sihat semula dan berupaya untuk berbual seperti biasa tanpa menyedari darah sedang terkumpul dalam kepala. Pengumpulan sedikit demi sedikit ini dengan seragamnya meningkatkan tekanan dalam kepala sebelum tekanan terbina itu menjadi terlalu kuat, memisahkan lebih banyak segmen dura mater daripada bahagian dalam tulang tengkorak dan menekan struktur otak di bawah tekanan tersebut.

Jika tekanan itu menjejaskan dan merosakkan bahagian tunjang otak atau brainstem, kesedaran dan keupayaan tanpa kawalan seperti pernafasan akan mula terganggu sehingga ianya boleh terhenti. Perlu untuk diingatkan juga bahawa dalam kes pendarahan Epidural, tidak semestinya salur darah arteri sahaja yang terjejas, terdapat juga kes di mana bukan salur arteri yang terjejas sebaliknya, salur darah vena. Disebabkan perbezaan tekanan darah dalam salur vena berbanding salur arteri, pengumpulan darah berlaku sangat perlahan dan simptom selangan waras sangat jarang berlaku.

Apakah tindakan rawatannya?

Pendarahan Epidural adalah sejenis masalah kecemasan melibatkan pembedahan. Ini bermaksud pembedahan perlu dilakukan segera untuk membuang pengumpulan darah kerana perlengahan boleh menyebabkan maut itu hampir pasti atau pesakit tersabut akan mengalami kecederaan otak kekal. Sekiranya anda ada terkena hentakan kepada kepala atau mengesyaki kecederaan otak akibat trauma, dapatkan perhatian doktor dengan segera untuk mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku?

Betapa kerapkah masalah ini?

Untuk pendarahan Epidural, sekitar 2% daripada kes kecederaan kepala dan sekitar 15% daripada kes kecederaan kepala yang membawa kepada maut mengandungi pendarahan Epidural dan ia lazimnya membabitkan golongan remaja dan awal dewasa. Lelaki juga lebih kerap terkesan berbanding wanita. Semakin meningkat usia, kemungkinan ianya berlaku berkurangan kerana lekatan antara dura mater dan tulang dalaman tengkorak menjadi semakin kuat dan utuh dengan peredaran masa.

Untuk selangan waras, hanya sekitar 20 hingga 50% daripada kes pendarahan epidural dianggarkan melibatkan simptom selangan waras ini. Walaupun bunyinya seolah-olah bagus, realitinya, simptom selangan waras ini memberikan prognosis (ramalan tentang perkembangan dan kesan-kesan penyakit serta kemungkinan untuk sembuh) yang lebih baik berbanding koma atau tidak mengalami simptom ini.

Kecederaan di kepala membabitkan pendarahan Epidural bukanlah sesuatu yang kerap berlaku namun ianya telah menyebabkan kematian beberapa figura terkenal seperti pengasas diet Atkins sendiri, Dr Robert Atkins, di mana pada 17 April 2003, beliau tergelincir atas permukaan ais ketika berjalan pulang ke rumah, menyebabkan kepalanya terhentak. Pendarahan berlaku sejurus kemudian dan setelah 2 minggu berada dalam unit rawatan rapi, beliau dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan Epidural akibat trauma tumpul kepada kepala.

Pelakon dan isteri kepada Liam Neeson, Natasha Richardson turut meninggal dunia akibat pendarahan epidural selepas beliau terjatuh ketika mengikuti latihan meluncur di Quebec, Canada. Walaupun beliau mengalami selangan waras, di saat mereka sampai ke hospital, pendarahan tersebut telahpun mengakibatkan kecederaan otak yang terlalu teruk dan beliau meninggal dunia 2 hari kemudian.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Idola K-pop, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumahnya

    Industri hiburan Korea Selatan telah dikejutkan dengan berita kematian Goo Hara yang dipercayai mati membunuh diri. Ikuti artikel untuk tahy lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita Antarabangsa 25/11/2019 . 2 minit bacaan

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Ambil bertih jagung (popcorn) sebagai snek untuk kekal sihat? Tak percaya? Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/11/2019 . 2 minit bacaan

    BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya Kepentingan BMI Ni?

    Ramai yang selalu menyebut kepentingan BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Diet/Pengurusan Berat Badan 14/11/2019 . 2 minit bacaan

    4 Risiko Kecederaan Otak Dan Kematian Akibat Sukan Tinju, Adakah Ia Sihat?

    Selain TBI, terdapat beberapa kecederaan sukan tinju lain yang mampu mengakibatkan komplikasi jangka panjang kepada atlet tinju. Klik untuk info lanjut.!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pendarahan dalaman

    Jangan Ambil Mudah, Pendarahan Dalaman Jika Dibiarkan Boleh Ancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
    mengingati mati

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/04/2020 . 3 minit bacaan
    tahun baru cina

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/01/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 4 minit bacaan