Mengalami kecederaan kepala bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi punca KEMATIAN!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Mengalami kecederaan kepala bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi punca KEMATIAN!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.
Kecederaan kepala traumatik, atau traumatic brain injury (TBI) merupakan salah satu punca kematian utama di dunia.
Di Amerika Syarikat, kecederaan jenis ini mengalami peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 53% dari tahun 2006 ke 2014.
Secara purata, 155 orang meninggal dunia di AS akibat kecederaan TBI setiap hari.
Simptom yang dialami oleh individu yang mengalami TBI mungkin berbeza-beza mengikut tahap kecederaan.
Contohnya, kes yang ringan dan sederhana mungkin akan menyebabkan pesakit pengsan atau tidak sedarkan diri.
Namun, kes yang lebih teruk pula boleh menyebabkan seseorang itu koma, tanda pendarahan dalam kepala atau lebih teruk lagi, meninggal dunia.
Baca juga:
Mungkin ramai yang sangka kecederaan TBI berpunca daripada kemalangan jalan raya semata-mata.
Namun, pada tahun 2014, TBI direkodkan paling banyak terjadi akibat kemalangan seperti jatuh dari tempat yang tinggi.
Kemalangan ini bertanggungjawab dalam hampir 50% kes kecemasan yang melibatkan kecederaan kepala atau otak.
Lebih teruk lagi, 4 daripada 5 kunjungan kecemasan yang melibatkan TBI terdiri daripada orang tua yang berumur 65 tahun ke atas.
Manakala, sebanyak 17% lagi adalah disebabkan oleh pukulan atau hentakan kepala pada sesuatu objek.
1 daripada 4 kecederaan yang berpunca daripada hentakan berlaku kepada remaja atau kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah.
Mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya juga banyak mengalami kecederaan TBI.
20% daripada keseluruhan kes yang melibatkan TBI dicatatkan berlaku kepada mereka yang mengalami kemalangan jalan raya.
Namun, pada tahun yang sama, tindakan melukakan diri sendiri atau self-harm telah dicatatkan sebagai salah satu punca TBI yang kian meningkat.
Statistik mencatatkan sebanyak 33% maut akibat kecederaan TBI yang melibatkan tindakan melukakan diri sendiri.
Selain kecederaan yang dicatatkan di atas, ada pelbagai lagi punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecederaan TBI.
Contohnya, mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak juga boleh meninggal dunia akibat TBI.
Menurut statistik yang sama oleh CDC, mereka mendapati kematian akibat TBI pada tahun 2014:
Individu yang mempunyai gejala TBI sama ada ringan, sederhana atau teruk perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika anak anda terjatuh atau terhantuk.
Jika kemalangan tersebut membuatkan anak anda mengalami perubahan dari segi tingkah laku, cepat-cepatlah bawa si kecil berjumpa dengan doktor.
Tidak kiralah kecederaan yang dialami itu ringan atau sederhana, kecederaan pada kawasan kepala memerlukan perhatian daripada pakar secepat mungkin.
Kunci untuk mengelakkan kecederaan TBI yang boleh membawa maut adalah dengan cara mencegah sebelum kejadian tersebut berlaku.
Individu yang mengalami kerosakan otak yang serius akibat TBI akan kehilangan kekuatan otot atau mengalami masalah seperti kesukaran untuk bercakap, tidak boleh melihat dan merasa dengan normal.
Simptom yang pesakit alami mungkin bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.
Malah, mereka juga boleh mengalami kesan jangka pendek atau jangka panjang terhadap personaliti dan perilaku mereka.
Oleh sebab itu, sebahagian pesakit mungkin perlukan perhatian perubatan dan terapi tambahan seperti terapi fizikal atau pertuturan untuk bantu mereka pulih dengan sepenuhnya.
Jika anda ingin elakkan kecederaan kepala dan otak, cuba ikuti tip yang kami sediakan untuk anda di bawah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen