Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda seorang yang gemarkan aktiviti berenang? Jika ya, risiko air masuk telinga anda juga adalah sangat tinggi!

Hakikatnya, bukan aktiviti berenang sahaja yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi.

Malahan aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di bilik air juga boleh mengakibatkannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah satu perkara yang biasa berlaku namun mungkin ramai yang hanya akan membiarkan dan tunggu sehingga air masuk telinga tadi keluar sendiri.

Salah, sebenarnya ada cara yang perlu anda lakukan! Ingin tahu apakah cara-cara tersebut?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan kondisi ini…

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita tahu akan bahaya air masuk telinga ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu.

Ini kerana bukan mereka yang gemar berenang sahaja akan mengalaminya malahan semua orang tidak terkecuali.

Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk telinga.

Meskipun ia normal dan biasa, anda tidak harus memandang ringan akannya kerana ia boleh mengakibatkan bahaya kepada diri anda jika dibiarkan begitu sahaja.

Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear.

swimmer's ear

Ia berlaku disebabkan oleh bakteria yang berada di dalam telinga, membiak dan berganda ekoran kawasan tersebut lembap akibat air.

Jika terkena, inilah yang akan terjadi kepada telinga anda:

Disebabkan itu, adalah penting untuk mengeluarkan air masuk telinga dengan cara yang akan kami nyatakan di bawah nanti.

Cara keluarkan air masuk telinga

Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan kekurangan atau kehilangan pendengaran yang bersifat sementara pada telinga yang dimasuki air.

Apa yang anda perlu lakukan? Ikuti langkah berikut!

#1. Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembut.

#2. Sengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluar.

#3. Tarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran air.

#4. Gunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendah.

#5. Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospital.

Ataupun, anda boleh membuat ubat ini sendiri di rumah dengan cara campurkan cuka dengan alkohol dan letakkan 1 sudu kecil sebatian ini ke dalam kedua-dua telinga.

Kemudian, tegakkan kembali kepala anda yang disengetkan untuk memasukkan sebatian ini dan biarkan sahaja air mengalir keluar dari telinga dengan sendiri.

telinga berdesing

Dalam pada itu, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi untuk mengeluarkan air dari dalam telinga.

Jangan buat ini jika air masuk telinga

Ramai orang melakukan kesilapan ketika berusaha untuk mengeluarkan air daripada telinga tanpa menyedarinya.

Penggunaan metode yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan.

JANGAN buat ini jika air masuk telinga:

  • Menggunakan putik kapas – Ia akan menyebabkan tahi telinga termasuk ke dalam telinga dengan lebih dalam sekali gus menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudah.
  • Memasukkan jari atau kuku – Ia akan menyebabkan kecederaan pada lubang telinga.
  • Menitiskan ubat titis telinga (hydrogen peroxide) sekiranya anda mempunyai kondisi kesihatan atau kelainan pada telinga.

Apa langkah pencegahan yang terbaik?

Hakikatnya, mencegah itu sudah pasti lebih baik dari mengubati, Makanya, sesuatu perlu dilakukan sebelum air masuk telinga lagi.

Apakah ia? Mudah sahaja. Caranya hanya dengan menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika berenang.

kolam

Untuk lebih selamat, kedua-dua alat ini juga anda boleh gunakan ketika sedang mandi di dalam bilik air.

Selain itu, ketahuilah bahawa peluh juga mungkin boleh menyebabkan jangkitan swimmer’s ear ini.

Oleh itu, wajarlah untuk anda kerap mengelap peluh pada muka untuk mengelak masuk ke dalam telinga.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk mengeluarkan sebarang bendasing yang termasuk dalam telinga, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Kalau Telinga Dimasuki Serangga, Jangan Terus Korek! Ini Cara Nak Keluarkannya Semula

Serangga masuk telinga (khususnya lipas) bukanlah satu perkara pelik. Ia boleh berlaku semasa individu terbabit sedang tidur. Kenapa perkara ini berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 20/07/2020 . 3 minit bacaan

9 Isu Utama Berkaitan Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT), #8 Paling Biasa!

Apa itu ENT? Buat anda yang belum tahu, ia adalah bidang perubatan berkaitan telinga, hidung & tekak. Berikut adalah 9 isu paling utama tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tindik telinga

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
kolam mandi

Lepas Mandi Kolam, Kena Mandi Air Bersih Semula? Ada Bahaya Menanti Jika Tak Amalkan Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
pekak sebelah telinga

Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
lubang kecil di telinga

Perasan Ada Lubang Kecil Di Telinga? Jangan Lambat, Segera Jumpa Doktor Untuk Elak Jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan