backup og meta

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2023

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini...

    Kehamilan adalah salah satu daripada proses kehidupan yang sangat penting bagi pasangan suami isteri untuk meneruskan susur galur keturunan mereka.

    Pun begitu, tidak semua bernasib baik kerana ada wanita yang tidak mampu mengandung dek ketidaksuburan!

    Dikatakan juga bahawa wanita yang mempunyai alahan sperma akan mengalami kesukaran ini. Benarkah?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

    Apa itu alahan sperma?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan kondisi ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, alahan sperma adalah satu keadaan yang turut dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).

    Ia adalah satu keadaan di mana individu itu akan mengalami reaksi alahan apabila terdedah dengan air mani lelaki.

    Keadaan yang biasa berlaku kepada golongan wanita ini berpunca daripada protein yang terdapat di dalam sperma.

    Bagaimana pula jika anda sendiri sebagai lelaki yang mengalami alahan ini? Ya, ia boleh terjadi dan akan dikenali sebagai post-orgasmic illness syndrome!

    ujian sperma

    Apa simptom alahan sperma?

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut adalah beberapa simptom yang mungkin akan terjadi kepada kulit:

    • Keradangan
    • Kebengkakan
    • Kegatalan
    • Kemerahan

    Seandainya kondisi ini menjadi lebih teruk, berikut adalah beberapa petanda bahawa anda perlu rawatan susulan:

    • Kesukaran bernafas
    • Nadi menjadi lemah
    • Lidah atau tekak membengkak
    • Pening kepala
    • Mual
    • Muntah-muntah
    • Cirit-birit
    • Pitam

    Bagi wanita, simptom-simptom yang terjadi kepada kulit kebiasaannya berlaku pada kawasan alat sulit sahaja ekoran ia lebih mudah terdedah dengan air mani pasangan.

    Pun begitu, ia juga boleh menjejaskan kawasan tangan, mulut, dada dan lubang dubur sekiranya anda melakukan aktiviti seksual yang pelbagai.

    Adakah reaksi ini akan terus berlaku selepas terdedah dengan air mani? Tidak! Dianggarkan waktu yang diambil adalah kira-kira 20 ke 30 minit.

    Dalam sesetengah kes yang teruk, alahan sperma juga mungkin boleh mengakibatkan anaphylaxis yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

    rasa air mani

    Siapa yang berisiko – lelaki @ wanita?

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kondisi alahan sperma ini sebenarnya boleh terjadi kepada kedua-dua jantina lelaki dan wanita.

    Namun siapa yang lebih berisiko tinggi? Jawapannya adalah wanita!

    Menurut kajian, kondisi ini lebih kerap berlaku kepada wanita terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas akibat sebab yang tidak diketahui.

    Pun begitu, ia tidak bermakna bahawa anda yang berusia 30 tahun ke bawah atau sebagai seorang lelaki tidak akan menghidap kondisi ini.

    Walaupun tiada sebarang faktor risiko yang dapat diterangkan di sini, ketahuilah bahawa setiap individu masih berisiko menghidapinya.

    Persoalannya, adakah kondisi alahan sperma ini akan menjejaskan kemampuan wanita untuk hamil?

    Ia akan halang wanita untuk hamil?

    Baiklah, sekarang kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel iaitu adakah kondisi ini akan halang wanita untuk hamil?

    Sebenarnya, alahan ini tidak akan mendatangkan sebarang impak atau kesan terhadap kesuburan, jadi jawapan mudahnya adalah tidak!

    Pun begitu, ia juga boleh jadi satu kekangan disebabkan oleh rawatan yang diterima untuk merawat kondisi alahan sperma ini.

    Untuk pengetahuan anda, ubatan atau rawatan yang digunakan untuk merawat alahan ini mungkin akan menjejaskan kemampuan tubuh badan wanita untuk mempersenyawakan janin.

    makanan dilarang ketika hamil

    Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang ada alahan ini tetapi mahu hamil? Jawapannya adalah elakkan seks dan cuba guna alternatif lain!

    Alternatif yang dimaksudkan adalah mungkin kalian boleh cuba kaedah intrauterine insemination (IUI) atau in vitro fertilization (IVF).

    Sekiranya masih mahu hamil secara normal, sila rawat kondisi alahan ini terlebih dahulu.

    Bagaimana merawat alahan sperma?

    Ya, ia memang satu kondisi yang akan menjejaskan kehidupan di kamar tidur buat anda dan pasangan. Jadi, sila cuba lakukan ini:

    Ambil ubatan

    Doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil ubatan bernama antihistamine setiap kali sebelum melakukan sebarang aktiviti seksual.

    Ini bertujuan meminimumkan simptom dan jika ia masih kurang berkesan, doktor mungkin akan menyarankan pengambilan EpiPen untuk tujuan yang sama.

    Buat rawatan

    Rawatan yang tersedia adalah desensitization iaitu sejenis kaedah di mana air mani yang telah dicairkan akan dimasukkan ke dalam faraj atau zakar untuk suatu tempoh masa.

    Tujuannya adalah untuk membuat tubuh badan penderita kondisi alahan sperma ini mampu bertahan tanpa menunjukkan sebarang simptom dek imuniti yang tercipta.

    risiko seks oral

    Kedua-dua kaedah rawatan di atas ini adalah bertujuan supaya dapat mengurangkan simptom-simptom HSP ke tahap yang paling minimum.

    Namun, sebenarnya adalah lebih bagus untuk mencegah daripada mengubati bukan? Apa kata anda dan pasangan gunakan kondom sahaja!
    Dengan penggunaan kondom sama ada untuk lelaki atau wanita, sudah pasti risiko alahan sperma dapat dikurangkan sekali gus memastikan seks yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan