Hipertensi, Adakah Anda Berisiko Menghidapinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah kebiasaan dan penyakit yang berbahaya di dalam dunia. Penyakit ini juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana kebiasaannya tiada simptom, tanda atau amaran yang jelas , menyebabkan ramai tidak mengetahui mereka menghidapi penyakit berbahaya ini. Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai risiko atau tidak, anda harus mempunyai pengetahuan menenai penyakit ini dan juga keadaan tubuh anda.

Hipertensi dan risikonya

Tekanan darah tinggi bermaksud tekanan darah dalam saluran darah yang lebih tinggi berbanding normal, yang mengakibatkan  jantung dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Tekanan darah anda kebiasaaannya naik dan turun sepanjang hari, tetapi sekiranya ia adalah tinggi untuk masa yang lama, itumampu menjejaskan jantung dan membawa kepada lebih banyak masalah kesihatan,

Walaupun hypertension tidak memiliki symptom yang jelas, ia jarang mengakibatkan pening kepala atau muntah. Satu-satunya cara untuk mengesan jika anda menghidapi penyakit ini ialah dengan cara meminta tekanan darah anda diperiksa oleh pakar kesihatan.

Keadaan kesihatan anda sekarang, gaya hidup anda dan sejarah keluarga boleh menyumbang kepada peningkatan risiko “hipertensi”. Sebahagian masalah kesihatan seperti pra-hypertension dan diabetis boleh juga meningktkan risiko tekanan darah tinggi. Selain itu, gaya hidup yang tidak baik juga menyumbang kepada peningktan risiko “hipertensi”. Mereka yang mengamalkan diet tidak sihat, tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi, kegemukan, dan mengambil minuman alkohol dan rokok berlebihan juga akan mendekatkan mereka dengan risiko penyakit berbahaya ini. Walaupun sesetengah penghidap tidak mampu mengawal sebahagian risiko seperti umur dan sejarah keluarga, mereka boleh mengawal amalan seharian bagi mengurangkan risiko “hipertensi”.

Hipertensi: Kaitan antara tekanan darah dan kesihatan anda

Terdapat dua nombor yang digunakan bagi mengukur tekanan darah iaitu tekanan darah “systolic” dan “diastolic”. “Systolic” mengukur tekanan darah dalam salur darah ketika jantung berdenyut manakala “diastolic” mengukur teknan darah dalam salur darah dalam keadaan rehat diantara denyutan jantung. Sekiranya tekanan menunjukkan nilai bertulis “120/80 mmHg” atau disebut “120 per 80”, menunjukkan keputusan anda ialah 120 bagi “systolic” dan 80 bagi “diastolic”. Sekiranya tekanan darah anda dibawah tahap 120/80 mmHg, tekanan darah anda adalah normal. Sekiranya bacaan anda diantara 120/80 mmHg ke 140/90 mmHg, anda berisiko untuk menghidap “hipertensi” yang digelar “prehypertension”. Sekiranya bacaan tekanan darah anda 140/90 mmHg atau lebih, anda sedang mengalami “hipertensi”. Adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah secara kerap kerana ini adalah satu-satunya cara untuk mengesan masalah “hipertensi”. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama, tidak menyakitkan dan tidak semestinya dilakukan di hospital.

“Hipertensi” adalah tidak terlalu berbahaya sekiranya anda tahu cara mengawalnya. Informasi di atas akan membantu anda untuk memahami mengenai masalah tekanan darah tinggi dan bagaimana mengesan sekiranya adalah penghidap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Hipertensi: Apakah Faktor Risikonya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 25/07/2018 . 2 minit bacaan