backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Periksa 'Blood Pressure' Di Rumah, Ini 5 Tip Penting Beli Alat Tekanan Darah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/07/2023

    Periksa 'Blood Pressure' Di Rumah, Ini 5 Tip Penting Beli Alat Tekanan Darah!

    Pada masa kini, mungkin ada sebahagian daripada kita yang sudah memiliki alat tekanan darah terbaik di rumah  yang digunakan untuk memeriksa tekanan darah sama ada ia berada pada keadaan yang normal atau tidak.

    Bagi mereka yang belum lagi mempunyai mesin tekanan darah di rumah, anda pasti ada beberapa persoalan.

    Adakah ia satu keperluan dan jika ya, bagaimana ingin membeli alat tekanan darah yang betul? Ini jawapan untuk kerungsingan anda itu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Perlukah saya memiliki alat tekanan darah di rumah?

    alat tekanan darah

    Bagi mereka yang mempunyai persoalan seperti ini, kami senaraikan beberapa sebab mengapa anda mesti memiliki sekurang-kurangnya satu mesin tekanan darah di rumah.

    #1. Membantu diagnosis awal

    Anda mungkin agak malas atau berasa leceh ke klinik semata-mata untuk memeriksa tekanan darah anda.

    Akibatnya, anda bertangguh dan terus tidak jadi pergi ke klinik.

    Namun, dengan adanya mesin di rumah, anda boleh melakukannya setiap hari. Ini akan membantu anda mengetahui dengan lebih awal sekiranya anda mendapat tekanan darah tinggi atau tidak. 

    #2. Mengenal pasti keberkesanan rawatan anda

    Salah satu cara untuk mengetahui sekiranya perubahan gaya hidup atau rawatan memberi kesan positif atau tidak adalah dengan melihat kepada tekanan darah secara kerap.

    Dengan cara ini, doktor akan dapat membantu anda menentukan rawatan yang bersesuaian pada masa akan datang bagi sebarang keadaan kesihatan yang dialami.

    #3. Kurangkan kos pemeriksaan

    Dengan sekali pembelian, anda sebenarnya membantu diri anda sendiri mengurangkan kos untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah di klinik atau hospital.

    Ia juga bukan hanya menjimatkan kos pemeriksaan, malah menjimatkan masa dan tenaga kerana anda boleh melakukannya di rumah sahaja.

    Ini panduan untuk anda membeli alat tekanan darah yang betul

    alat tekanan darah

    Terdapat 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum mula membeli mesin tekanan darah peribadi anda. 

    #1. Saiz cuff mesin tekanan darah

    Saiz yang dimaksudkan di sini adalah saiz lilitan yang akan dipakai pada lengan anda.

    Kafling atau cuff yang tidak sesuai dengan saiz lengan anda akan memberikan bacaan tekanan darah yang kurang tepat. Ikuti saiz di bawah ini:

  • Saiz kecil dewasa: saiz lilitan kafling antara 22 hingga 26 cm
  • Saiz sederhana dewasa: saiz lilitan kafling antara 27 hingga 34 cm
  • Saiz besar dewasa: saiz lilitan kafling antara 35 hingga 44 cm
  • #2. Pilih kafling lengan berbanding kafling pergelangan tangan

    Pada masa sekarang, terdapat beberapa jenis alat tekanan darah bergantung kepada jenis kafling.

    Ada kafling yang digunakan pada lengan dan ada juga yang digunakan pada pergelangan tangan.

    Untuk pilihan yang baik, pilihlah mesin tekanan darah automatik yang menggunakan kafling pada bahagian lengan tangan.

    Ia disebut sebagai mesin tekanan darah brakial kerana bacaannya lebih tepat berbanding kafling pergelangan tangan.

    #3. Pilih alat tekanan darah yang tidak terlalu mahal

    Kita mungkin lebih sukakan mesin yang agak canggih, namun ia mungkin tidak perlu dan hanya membazirkan wang anda.

    Ada mesin yang mungkin mempunyai ciri bluetooth di mana ia akan menyimpan data bacaan tekanan darah anda pada aplikasi telefon anda.

    Ciri-ciri seperti ini mungkin nampak canggih, tetapi anda mungkin perlu mengeluarkan kos pembelian yang lebih mahal.

    Cukup sekadar membeli mesin bacaan tekanan darah automatik yang biasa. 

    alat tekanan darah#4. Semak ketepatan alat tersebut

    Untuk lebih meyakinkan anda dengan mesin yang dibeli, bawanya ke klinik atau doktor yang merawat anda untuk menguji ketepatannya terlebih dahulu.

    Sekiranya bacaan nombor sistolik atau nombor atas berada dalam lingkungan 10 mata dengan bacaan mesin di klinik, ia biasanya tepat dan boleh digunakan.

    Anda mungkin perlu menguji ketepatannya semula dalam tempoh dua atau tiga tahun selepas penggunaan.

    #5. Ambil tiga kali bacaan automatik

    Bagi menentukan lagi ketepatan mesin yang digunakan, ambil tiga kali bacaan tekanan darah secara automatik.

    Ada sesetengah mesin yang akan mengambil bacaan ini secara automatik setiap kali anda menggunakannya.

    Mesin akan mengambil bacaan pertama, kemudian akan menunggu sekitar 30 hingga 60 saat sebelum mengambil bacaan kedua.

    Selepas bacaan kedua diambil, ia akan menunggu lagi antara 30 hingga 60 saat sebelum merekodkan bacaan ketiga pula.

    Cara ini akan memberikan bacaan tekanan darah purata kepada anda bagi ketiga-tiga bacaan yang telah diambil. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan