Tip Menjaga Si Kecil yang Menderita Diabetes Jenis 1

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Diabetes adalah penyakit yang sangat bahaya. Umum mengetahui diabetes merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam badan tinggi. Namun ramai yang tidak tahu bahawa diabetes juga mempunyai jenis. Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis diabetes dan dua daripadanya adalah yang utama. Jenis-jenis diabetes ini berbeza antara satu sama lain kerana faktor dan langkah mengawalnya yang berlainan. Namun, kondisi ini sebenarnya boleh dikawal. Bayangkan jika si kecil anda menderita penyakit ini. Terdapat beberapa tip yang perlu diamalkan, terutamanya dari segi pemakanan.

Apakah diabetes jenis 1 dan perbezaannya dengan diabetes jenis 2?

Diabetes jenis 1 adalah diabetes yang bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawalnya. Penderita diabetes jenis 1 mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah kerana pankreas tidak menghasilkan insulin. Insulin merupakan hormon yang membantu glukosa memasuki sel-sel darah dan memberi tenaga kepada individu. Kandungan glukosa yang tinggi boleh membawa masalah serius kepada jantung, mata, paru-paru, sistem saraf, gusi dan gigi.

Diabetes jenis ini sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja serta disebabkan oleh faktor utamanya iaitu faktor genetik. 90% daripada penderita diabetes menderita diabetes jenis 1 ini.

Diabetes jenis 2 pula adalah diabetes yang tidak semestinya bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawalnya bahkan memadai dengan mengambil ubat atau tablet diabetes. Penderita diabetes jenis 2 sering dikaitkan dengan individu obestiti terutamanya yang mempunyai tekanan darah tinggi. Diabetes jenis ini kebanyakannya dihidapi oleh individu berumur lebih 30 tahun.

Terdapat beberapa simptom diabetes jenis 1 yang perlu diketahui, antaranya:

  • Kerap kencing
  • Rasa haus yang berlebihan
  • Berat badan menurun
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Luka yang lambat sembuh
  • Gatal pada bahagian kemaluan

Apakah gaya hidup yang perlu diamalkan?

Ibu bapa perlu mendorong si kecil yang menderita diabetes jenis 1 ini untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti bersenam dan bersukan kerana penderita diabetes jenis 1 harus banyak bergerak bagi mendapatkan tenaga sekaligus menjadikan sel-sel darah lebih peka terhadap insulin. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berjoging turut membina jisim otot. Ini penting kerana kebanyakan glukosa dalam darah akan diserap oleh otot-otot untuk dibakar sebagai tenaga.

Sebelum melakukan apa-apa aktiviti, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor bagi melihat kandungan glukosa dalam badan si kecil sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Turut diingatkan ibu bapa perlu memastikan si kecil mengambil sedikit santapan 1 hingga 3 jam bagi mengelakkan perut mereka kosong. Pantau si kecil anda ketika melakukan apa-apa aktiviti fizikal dan perhatikan tindak balas mereka.

Apakah makanan yang perlu dielakkan?

Sebagai ibu bapa kepada penderita diabetes jenis 1, haruslah sentiasa mengawal pemakanan anak-anak. Pilih makanan yang tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mempunyai kalori yang stabil untuk menjaga berat badan dan pertumbuhannya.

Antara contoh makanan yang seharusnya dielakkan:

  • Gula putih, gula merah dan gula melaka
  • Gula-gula dan coklat
  • Sapuan roti seperti kaya, jem dan madu
  • Aiskrim dan jeli
  • Kuih-muih tempatan seperti kuih seri muka, kuih lapis, kuih koci, kuih bakar dan onde-onde
  • Makanan yang mengandungi santan atau susu lemak manis
  • Bijiran yang bersalut gula

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan