
Tekanan boleh menjadi satu masalah sepanjang hayat bagi pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes. Pesakit diabetes perlu menghabiskan seluruh kehidupan untuk diabetes dan mengendalikan tekanan. Kebiasaannya, tekanan berlaku apabila anda berdepan dengan situasi yang mengancam atau kesukaran. Tindak balas badan anda akan meningkatkan tahap hormon dan membuatkan saraf memuncak. Tekanan yang terlalu banyak boleh menjejaskan keupayaan anda mengawal tahap gula dalam darah secara langsung. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mempelajari cara untuk mengendalikan tekanan apabila mempunyai diabetes.
Sumber tekanan
Tindak balas fizikal badan mungkin didasari oleh jenis tekanan yang anda hadapi. Â Faktor emosi, mental atau fizikal boleh menjadi punca tekanan. Apabila pesakit diabetes jenis-2 mengalami tekanan mental, mereka akan mendapati tahap tekanan gula dalam darah akan meningkat mendadak. Manakala, pesakit diabetes jenis-1, mungkin berdepan dengan sama ada penurunan atau kenaikan paras gula dalam darah. Kedua-dua pesakit diabetes jenis-1 dan jenis-2 boleh dipengaruhi oleh situasi tekanan fizikal. Di bawah tekanan fizikal, glukosa darah cenderung untuk meningkat.
Bagaimana untuk mengendalikan tekanan dan diabetes?
Anda boleh berdepan dengan situasi yang memberikan tekanan pada bila-bila masa, tetapi mencari cara untuk mengatasinya adalah lebih penting. Tekanan dalam situasi ini mungkin sebagai tanda untuk merubah sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika anda melihat kesesakan lalu lintas, anda perlu memandu ke laluan lain atau perlu keluar dari rumah lebih awal untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan. Jika anda mempunyai masalah dengan pekerjaan, dapatkan bantuan dari rakan sekerja. Atau anda boleh berkongsi masalah dengan bos atau mencari pekerjaan yang lebih bersesuaian dan tidak memberikan banyak tekanan, jika boleh. Walaupun tahap tekanan mungkin meningkat ketika mencari pekerjaan baru, anda akan dapati ia menurun apabila anda menemui pekerjaan yang lebih bersesuaian dengan personaliti dan kemahiran.
Selain itu, mula melakukan sesuatu yang memberikan anda atau individu di sekeliling anda inspirasi pastinya sesuatu yang amat membantu. Contohnya, anda boleh memulakan program senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal badan anda. Dengan mengerakkan badan anda melalui pelbagai gerakan, anda menghasilkan dopamin semula jadi. Ia akan membuatkan anda menjadi lebih gembira dan membantu mengurangkan tekanan secara efektif. Sertai sebarang sukan, mengambil kelas tarian, berbasikal atau mengambil bahagian dalam kelas yoga boleh memberikan manfaat kepada anda. Malah, belajar kemahiran baru seperti kraf, melukis, atau bermain muzik adalah antara cadangan yang boleh menambahkan rencah dalam kehidupan anda.
Mengendalikan tekanan disebabkan diabetes boleh menjadi sesuatu yang menyukarkan dan memerlukan banyak usaha. Pertama, anda perlu memikir tentang aspek kehidupan yang terjejas disebabkan diabetes dan cenderung kepada tekanan. Melalui cara ini, pengendalikan tekanan akan menjadi lebih mudah. Jika anda masih bergelut dengan tekanan, anda perlu bercakap dengan pakar terapi. Seorang pakar terapi boleh memberikan mekanisme yang bersesuaian dengan situasi peribadi dan memberikan anda nasihat perubatan. Selain itu, mengambil ubatan, memeriksa kadar tekanan gula, mengambil makanan seimbang dan bersenam secara teratur adalah pendekatan yang sangat baik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.