Diabetes Insipidus Tidak Berkait Dengan Gula Dalam Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu diabetes insipidus?

Diabetes insipidus (DI) adalah keadaan yang jarang berlaku iaitu apabila buah pinggang tidak dapat menyimpan air. DI tidak berkaitan dengan diabetes mellitus yang mana sering dirujuk sebagai diabetes. Ini bermakna anda boleh mengalami DI tanpa diabetes. Malah, keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. DI menyebabkan rasa dahaga yang melampau dan kerap membuang air kecil yang cair dan air kecil tidak berbau.

Bagaimana ia berlaku?

Badan membuat bahan yang dipanggil hormon antidiuretik (ADH). Ia dihasilkan di bahagian otak yang dipanggil hipotalamus dan disimpan di dalam kelenjar pituitari. Ia memberitahu buah pinggang untuk menahan air, yang menjadikan air kencing lebih pekat.

Apabila haus atau sedikit dihidrasi, tahap ADH meningkat. Buah pinggang akan menyerap lebih banyak air dan mengeluarkan air kencing yang terkumpul. Sekiranya seseorang minum banyak air, tahap ADH akan berkurang dan mengeluarkan cecair yang jenih.

Apabila ADH tubuh tidak mencukupi, keadaan ini dipanggil pusat DI. Jika seseorang mendapatkan air yang secukupnya tetapi buah pinggang tidak memberi tindak balas terhadapnya, anda mengalami DI nephrogenik.

Dalam apa-apa bentuk, hasilnya adalah sama. Buah pinggang anda tidak dapat mengekalkan air, jadi walaupun anda dihidrasi, ia akan mengeluarkan banyak air kencing pucat atau cair.

Simptom DI

Bergantung kepada tahap keadaan, pengeluaran air kecil adalah sebanyak 16 kali (lebih kurang 15 liter) sehari jika anda minum banyak cecair. Biasanya, orang dewasa yang sihat akan membuang air kecil secara purata kurang daripada 3 liter (kira-kira 3 liter) sehari.

Apabila buah pinggang tidak dapat menyimpan air, anda akan mengalami:

  • Benar-benar dahaga
  • Banyak buang air kecil (poliuria)
  • Sesetengah orang mendapat dehidrasi.

Jika kehilangan terlalu banyak air, anda boleh mengalami:

  • Lemah yang tidak dapat dijelaskan
  • Lesu/Tidak bermaya
  • Sakit otot
  • Kerengsaan

Diagnosis DI

Diabetes insipidus didiagnosis menggunakan beberapa ujian termasuk:

  • Sejarah perubatan
  • Pemeriksaan fizikal
  • Analisis air kencing
  • Ujian darah – untuk mengukur tahap elektrolit
  • Ujian kekurangan air (untuk melihat berapa banyak air kencing dikeluarkan)
  • Imbasan resonans magnetik (MRI) untuk imbasan otak
  • Imbasan kinetik tomografi (CT)

Rawatan DI

Rawatan DI bergantung kepada puncanya. Bagi DI yang dikaitkan dengan penurunan pengeluaran vasopresin (hormon polipeptida yang dirembeskan oleh cuping posterior kelenjar pituitari yang merangsang otot biasa, menyebabkan cerutan ateri dan menaikkan tekanan darah dan mempunyai kesan antidiunetik), penggantian vasopresin diperlukan.

Ini biasanya diberikan dengan menghidu sedikit vasopresin yang boleh diserap melalui lapisan hidung. Bagi DI yang dikaitkan dengan pengurangan atau tidak tindak balas terhadap vasopresin, penggantian cecair yang mencukupi diperlukan.

Pilihan termasuk:

  • Minum banyak cecair.
  • Beralih kepada diet garam yang rendah.
  • Pangambilan ubat seperti hydrochlorothiazide dan ubat anti-radang bukan steroid boleh membantu.

Sesetengah bentuk DI seperti yang berlaku selepas kecederaan kepala atau pembedahan saraf atau semasa mengandung, akan sembuh dengan peredaran masa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    kegel

    5 Cara Melakukan Senaman Kegel Untuk Ketatkan Otot Faraj & Kawal Air Kencing, Amalkan Dari Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 05/10/2018 . 2 minit bacaan
    bedwetting-in-elders

    Tip Menghadapi Masalah Inkontinens

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/08/2018 . 2 minit bacaan

    Ibu Bapa Nafi, Anak Patut Peduli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/08/2018 . 2 minit bacaan