Bagaimana Menangani Pencetus Penyakit Asma di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Serangan penyakit asma biasanya dicetuskan oleh pendedahan kepada alergen dan perengsa di dalam rumah. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine, mengurangkan pencetus asma pada kanak-kanak melalui langkah pencegahan di rumah dilaporkan mengurangkan bilangan hari dengan simptom asma, bilangan hari tidak hadir ke sekolah dan bilangan keperluan rawatan kecemasan tahunan. Oleh itu, langkah pencegahan di rumah sebenarnya berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit asma.

Untuk menangani penyakit asma dengan baik, keadaan persekitaran rumah mesti diambil kira. Pencetus penyakit asma yang paling utama dalam rumah termasuklah alergen daripada hama, binatang peliharaan, lipas, tikus, dan kulat serta perengsa seperti asap rokok dan pencemaran udara dalam rumah. Pengurangan pencetus asma di rumah boleh dicapai melalui pelbagai strategi, seperti membaiki keadaan rumah dan mengubah tingkah laku seperti merokok atau membiarkan makanan terdedah. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu diambil untuk mengawal pencetus penyakit asma di rumah:

1.Hama debu:

Gunakan sarung bantal dan cadar yang anti hama, serta cuci segala sarung dan cadar dengan air panas lebih daripada 60 darjah Celcius. Jika tiada air panas, kesan yang hampir sama boleh dicapai dengan air sejuk ditambah detergen dan peluntur. Keluarkan permaidani lama dan kurangkan kelembapan rumah kepada kurang daripada <60% menggunakan dehumidifier atau penyaman udara. Selain itu, elakkan tidur atau berbaring di atas perabot berbantal. Kurangkan bilangan patung mainan pada katil anak anda dan basuh mainan tersebut setiap minggu.

Jika anda mempunyai penyakit asma, dapatkan bantuan orang lain untuk vakum rumah anda sekali atau dua kali seminggu, jika boleh. Jauhkan diri daripada bilik dan beberapa lama selepas divakum. Jika anda yang memvakum, gunakan topeng habuk (dari kedai hardware), pembersih vakum dengan penapis HEPA atau beg lapisan berganda.

2. Haiwan peliharaan:

Mengeluarkan haiwan peliharaan daripada rumah adalah kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan pendedahan bagi mereka yang sensitif dengan bulunya. Jika tidak, mengeluarkan haiwan peliharaan daripada bilik tidur juga dapat mengurangkan tahap alergen di udara sebanyak 5 kali ganda. Pintu bilik pesakit harus sentiasa ditutup. Perabot berbantal dan permaidani perlu dialihkan, atau dijauhkan daripada haiwan peliharaan. Pembersih udara HEPA juga boleh mengurangkan alergen di udara.

3. Lipas:

Alihkan sumber makanan dan air yang terdedah, bersihkan permukaan meja dan lantai, tutup bekas sampah, simpan makanan dengan selamat, gunakan umpan gel untuk menghapuskan lipas, dan tutup sebarang keretakan dan lubang kecil di kediaman untuk mengelakkan kemasukan lipas. Gunakan umpan atau perangkap berbanding agen kimia kerana boleh menyebabkan kerengsaan bagi penghidap penyakit asma. Jika semburan digunakan, rumah harus dianginkan dengan baik, dan orang yang mempunyai asma tidak boleh kembali ke rumah sehingga bau hilang. Langkah berjaga-jaga juga harus diambil agar anak-anak tidak mempunyai akses kepada umpan dan racun.

4. Tikus:

Teknik pengurusan serangga perosak yang menyeluruh boleh membantu mengurangkan alahan kepada tikus. Ini termasuklah menutup lubang, memvakum, membersih, menggunakan racun perosak bertoksik rendah, meletakkan perangkap, dan menyimpan makanan dengan teliti.

5. Kulat:

Mereka yang sensitif pada kulat dapat dilindungi dengan menyingkirkan kulat daripada sebarang permukaan; membuang sebarang benda yang tercemar dengan kulat (permaidani, jubin siling, dll); dan menangani sumber kelembapan yang bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan kulat. Ini termasuklah membaiki sinki, paip, atau sumber kebocoran air yang lain.

6. Asap rokok:

Perokok dengan penyakit asma atau dengan anak-anak yang mempunyai penyakit asma harus berhenti merokok melalui kaunseling dan program sokongan lain. Sekiranya ibu bapa tidak mahu berhenti merokok, larangan merokok dalam rumah telah terbukti boleh mengurangkan pendedahan kepada asap rokok walaupun sedikit.

7. Bahan pencemaran dalam rumah:

Jika boleh, jangan gunakan dapur kayu, dapur minyak tanah, pendiang api atau pemanas. Cuba jauhkan diri daripada bau dan semburan yang kuat, seperti minyak wangi, bedak talkum, semburan rambut, cat, permaidani baru, atau papan partikal. Jika boleh, pilih produk pembersihan dan penjagaan diri yang bebas bau dan pewangi.

Pelbagai pencetus di rumah boleh memburukkan simptom penyakit asma. Langkah pencegahan di rumah yang berkesan memerlukan pendekatan yang komprehensif. Anda perlu menghapuskan atau mengurangkan semua alergen melalui langkah-langkah yang disebutkan di atas kerana mencegah satu alergen sahaja dilaporkan kurang berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Seorang pemuda dari Ireland, Brandon Fay menyangka dia hanya mendapat simptom asma. Siapa sangka, rupanya ia adalah jangkitan virus korona baharu COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 2 minit bacaan

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Masalah asma telah disenaraikan sebagai salah satu faktor risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Bagaimana cara menghindarkannya? Baca 22 tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    beranak czer

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    perkembangan bayi pramatang

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    buah untuk bayi

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan