Panduan Etika Ramadan untuk Bukan Muslim

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramadan, bulan paling suci dalam kalendar Islam, kini tiba lagi. Sekiranya anda seorang Muslim, anda pasti merasa teruja tetapi, jika anda bukan Muslim bagaimana pula? Adakah terdapat sebarang perkara yang anda patut (atau tidak patut) lakukan supaya anda tidak dilihat sebagai tidak sensitif atau tidak menghormati rakan-rakan Muslim anda?

Tak mengapa makan di hadapan kawan yang berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam di seluruh dunia akan menahan diri daripada makanan dan minuman dari terbit matahari hingga terbenam. Anda masih boleh menjamu selera seperti biasa tetapi jangan terkejut dengan bunyi perut rakan-rakan anda. Pun begitu, jangan pula menjadualkan pertemuan makan tengah hari dengan mengundangnya.

Anda tidak perlu berpuasa dengan rakan-rakan Muslim anda

Anda boleh cuba berpuasa jika anda mahu melihat merasai apa yang mereka lalui. Tetapi anda tidak perlu melakukannya. Ini tidak akan menyinggung perasaan rakan-rakan anda, mahupun sahabat karib anda.

Anda boleh menyertai rakan-rakan puasa anda untuk Iftar

Iftar adalah hidangan yang menandakan penghujung hari puasa selepas matahari terbenam. Kawan anda yang Muslim gemar menikmati waktu berbuka dengan keluarga, rakan, dan komuniti mereka. Jadi, anda sentiasa dialu-alukan untuk datang.

Anda tidak perlu tahu bila Ramadan bermula

Ramadan tidak seperti Krismas yang akan sentiasa bermula pada tarikh yang sama. Setiap tahun, Ramadan datang dalam masa yang berlainan kerana ia berdasarkan kalendar lunar Islam. Oleh itu, tarikh yang tepat berubah dari tahun ke tahun.

Anda perlu fleksibel

Masa untuk bulan Ramadan ditentukan dengan kemunculan bulan yang dapat dilihat sendiri atau dengan cara pengiraan. Disebabkan itu, tarikh permulaan Ramadan hanya boleh disahkan sehari sebelumnya. Oleh itu, jika rakan sekerja anda ingin mula bekerja dan pulang awal bermula esok, cuba memahami.

Rakan anda masih boleh diajak melepak

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh minum. Sekalipun air. Tetapi, mereka gembira untuk menemani anda pada waktu rehat.

Rakan anda mungkin cuba menjauhkan diri dari anda

Tidak minum dan makan sepanjang hari boleh menyebabkan halitosis, atau dalam erti kata lain, nafas berbau. Oleh itu, jika anda melihat rakan anda yang berpuasa menjaga jarak daripada anda, ketahuilah bahawa mereka hanya berusaha untuk bersikap sopan.

Anda boleh mengucapkan “Ramadan Mubarak”

“Ramadan Mubarak” bermakna “Selamat Ramadan”. Rakan sekerja anda yang Muslim pasti  akan berterima kasih atas keprihatinan anda.

Jangan berkata “Saya juga mesti berpuasa. Saya perlu menurunkan berat badan “

Ramadan bukan tentang penampilan. Umat Islam tidak berpuasa untuk menurunkan berat badan. Puasa bagi mereka sepatutnya bukan untuk keuntungan fizikal, tetapi lebih daripada itu. Bahkan sebenarnya, ramai orang yang bertambah berat badan selepas bulan Ramadan kerana makan berlebihan sewaktu berbuka setelah seharian berpuasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Ada yang percaya dan amalkan tips hidung mancung dengan cara melakukan senaman? Nak tahu berkesan atau tidak, jom sama-sama klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

    Pernah tak anda tertanya-tanya, adakah masalah kegemukan yang menyebabkan seseorang itu berdengkur semasa tidur atau sebaliknya? Jawapannya adalah...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

    Kulit terkena air panas kerana air kopi tertumpah di tangan? Jangan panik. Ikuti 10 cara merawat kulit melecur ini untuk kurangkan kecederaan luka terbakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan kanser prostat

    Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    seks dan teknologi

    Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    ulser mulut

    Aduh! Sakitnya Terkena Ulser, Ini Cara Rawat ‘Mata Ikan’ Di Rumah, Pakai Garam Pun Boleh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan