home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perut Meragam? Cuba 4 Makanan Ini

Perut Meragam? Cuba 4 Makanan Ini

Perut meragam adalah perkara biasa yang berlaku. Khususnya di Malaysia yang dikatakan “syurga makanan”, pelbagai macam jenis makanan masuk ke dalam perut. Dari pagi sampai ke malam, rakyat Malaysia dimanjakan dengan makanan.

Bila perut sudah meragam, apa yang boleh dibuat? Selagi mana keadaan anda tidak terlalu parah, cuba lima makanan ini dahulu sebelum bergegas ke hospital.

1. Halia

Sejak berzaman, halia telah digunakan untuk menghilangkan sakit perut dan loya. Ia bukan sekadar amalan-amalan dongeng oleh nenek moyang kita, tetapi memang ternyata berkesan. Kajian telah menunjukkan bahawa halia memang efektif dalam merawat beberapa masalah perut.

2. Teh chamomile

Secawan teh chamomile mampu melegakan perut yang sakit dengan berfungsi sebagai anti-radang. Sifat anti-radang ini membantu perut anda bertenang dan mengurangkan rasa sakit tersebut.

3. Daun pudina

Daun pudina sering dicadangkan untuk merawat masalah perut kerana kadungan menthol di dalamnya berfungsi sebagai ubat tahan sakit semula jadi. Anda boleh masukkan ke dalam teh, mengunyah daunnya atau menghidu. Cubalah, anda akan terkejut dengan kesannya.

4. Cuka epal

Cuba ambil cuka epal untuk meneutralkan perut anda. Jika terlalu kuat, campurkan dengan air dan madu. Kemudian, hirup perlahan-lahan.

Asid pada cuka epal membantu mengurangkan pencernaan kanji, membolehkan kanji tersebut masuk ke dalam usus dan mengekalkan bakteria di dalam usus dalam keadaan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Debra Rose Wilson (14 April 2017). 7 Natural Remedies For Your Upset Stomach. Dimuat turun daripada https://www.healthline.com/health/digestive-health/natural-upset-stomach-remedies.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x