backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pembengkakan Kelenjar Limfa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 02/12/2022

Pembengkakan Kelenjar Limfa

Ingin tahu apa itu pembengkakan kelenjar limfa? Ketahui simptom, punca, diagnosis dan rawatan, faktor risiko dan cara mencegahnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu pembengkakan kelenjar limfa?

Kelenjar limfa, nodus limfa atau kadangkala dikenali dengan nama kelenjar getah bening adalah rangkaian tisu yang kecil, bulat dan meluas di seluruh badan anda.

Ia sebahagian daripada sistem imun anda – lebih khusus sistem limfa – yang diperlukan untuk memerangi jangkitan dan penyakit. Nodus limfa bengkak menandakan jangkitan.

Apakah kebarangkaliannya?

Masalah kesihatan ini agak biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Walau bagaimanapun, wanita didapati lebih mudah terdedah kepada keadaan kesihatan ini.

Lokasi nodus limfa adalah bertaburan di seluruh badan. Ia boleh ditemui di bawah kulit di banyak tempat termasuk:

  • Dalam ketiak
  • Di bawah rahang
  • Mana-mana sisi leher
  • Mana-mana bahagian pangkal paha
  • Di atas tulang selangka

Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom pembengkakan kelenjar limfa?

Simptom umum bagi keadaan ini adalah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

pembengkakan kelenjar limfa

Anda harus menghubungi doktor jika mengalami tanda berikut:

  • Kelenjar yang membengkak semakin membesar/merebak pada tempoh yang lama
  • Kelenjar yang membengkak kerana jangkitan menjadi keras atau kenyal
  • Demam berterusan, berpeluh pada malam hari atau penurunan berat badan
  • Sakit kerongkong atau mengalami kesukaran menelan atau bernafas

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Jadi, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca pembengkakan kelenjar limfa?

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kelenjar limfa bengkak?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keadaan kesihatan ini, seperti:

  • Berumur lebih dari 65 tahun
  • HIV/AIDS
  • Pengambilan alkohol
  • Diabetes

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

pembengkakan kelenjar limfa

Untuk menentukan punca pembengkakan kelenjar limfa anda, doktor mungkin perlu:

  • Semak riwayat perubatan anda
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal
  • Mengendalikan ujian darah
  • Ambil imbasan X-ray atau CT
  • Mengendalikan biopsi pada nodus limfa

Bagaimana pesakit dirawat?

  • Antibiotik atau ubat antivirus: Ini adalah rawatan yang paling biasa untuk kelenjar bengkak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus
  • Merawat penyebab utama: Kadang-kadang, kelenjar limfa leher bengkak adalah hasil daripada keadaan kesihatan yang negatif, seperti lupus atau artritis reumatoid. Merawat masalah-masalah kesihatan ini akan menyembuhkan kelenjar anda

Rawatan kanser: Rawatan ini digunakan untuk kelenjar bengkak yang disebabkan oleh kanser. Jenis-jenis kanser akan menentukan rawatan yang boleh melibatkan pembedahan, sinaran (radiasi) atau kemoterapi.

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kelenjar limfa bengkak?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda dalam mengatasi masalah kesihatan ini:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 02/12/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan