home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bumbung Hijau Tapis Udara Tercemar Dalam Bangunan

Bumbung Hijau Tapis Udara Tercemar Dalam Bangunan

Berdasarkan penemuan kajian baharu daripada Portland State University yang bertajuk ‘Pilot Study on the Impact of Green Roofs on Ozone Levels Near Building Ventilation Air Supply’, kaedah bumbung hijau (green roof) – iaitu bumbung yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan, boleh meningkatkan kualiti udara dalaman bangunan komersial dengan mengurangkan jumlah ozon yang masuk ke dalam bangunan dari luar.

Menurut pasukan penyelidik, penemuan penyelidikan ini menambahkan lagi dapatan kajian berkenaan faedah alam sekitar yang sudah diketahui ramai berkenaan bumbung hijau, termasuklah mengurangkan karbon dioksida, menurunkan aliran air hujan dan menurunkan haba dalam kawasan bandar.

Para penyelidik daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Jabatan Biologi dan Honors College, Portland State University, telah memasang peranti pengukur di bumbung kedai runcit besar di Portland Utara yang dipisahkan antara bumbung hijau dan bumbung membran putih yang lebih konvensional.

Para penyelidik kemudiannya mengukur udara yang masuk ke dalam bangunan dari lubang pengambilan luar, dan mendapati bahawa udara yang masuk dari kawasan bumbung hijau telah menurunkan kadar ozon dengan rendah berbanding udara yang masuk dari kawasan yang tidak ditanam dengan tumbuh-tumbuhan. Mereka mendapati bahawa tumbuh-tumbuhan tersebut memerangkap dan menapis ozon daripada udara luar.

Kesan pemerangkapan adalah proses yang dikenali sebagai pemendapan kering, di mana zarah udara mengumpul atau mendepositkan diri mereka pada permukaan pepejal. Ini adalah proses semulajadi yang penting untuk mengeluarkan bahan tercemar daripada atmosfera.

Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh dua hari dan penulis berkata bahawa penemuan tersebut memerlukan kajian dalam jangka masa panjang, yang boleh mengukur bahan-bahan pencemar yang lain termasuklah ozon.

Kita boleh melihat kaedah bumbung hijau iaitu penanaman tumbuh-tumbuhan di kawasan bumbung sesebuah bangunan juga telah menjadi salah satu praktis yang telah diamalkan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pentadbiran Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) telah memulakan inisiatif penanaman tumbuh-tumbuhan di atas bumbung bangunan baharu Perpustakaan Hamzah Sendut dalam menjayakan agenda transformasi utama universiti iaitu, untuk menjadi universiti mengetuai agenda kelestarian bertaraf dunia selain menerapkan nilai-nilai ‘Kampus Sejahtera’ melalui konsep bumbung hijau.

Kaedah bumbung hijau amat bersesuaian diamalkan di kawasan-kawasan bandar samada diatas bangunan komersial atau bangunan kediaman. Sekiranya mempunyai ruang diatas bumbung yang bersifat rata dn tidak curam, kita boleh mula menanam sebarang tumbuhan yang boleh diuruskan dengan mudah selain menjadi sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya tidak mempunyai bumbung yang berbentuk rata, kita boleh mula menanam tumbuh-tumbuhan di kawasan kemasukan aliran udara seperti tingkap dan balkoni bagi tujuan penapisan udara luar sebelum masuk kedalam bangunan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Pradeep Ramasubramanian, Olyssa Starry, Todd Rosenstiel, Elliott T. Gall. Pilot study on the impact of green roofs on ozone levels near building ventilation air supply. Building and Environment, 2019; 151: 43 DOI: 10.1016/j.buildenv.2019.01.023
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/04/190410090331.htm
  3. https://cgss.usm.my/index.php/en/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada [date}
x