backup og meta

Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2020

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

    Penderaan warga tua

    Kita selalu mendengar tentang kisah penderaan domestik berkaitan rumah tangga melibatkan kanak-kanak atau pasangan suami isteri. 

    Tetapi tahukah anda, penderaan juga boleh berlaku kepada warga emas. 

    Sempena Hari Kesedaran Penderaan Warga Tua yang disambut pada setiap 15 Jun, jom kita ketahui kesan penderaan fizikal kepada individu warga emas. 

    Penderaan melibatkan warga emas berlaku apabila seorang individu dewasa berusia 60 tahun ke atas, telah dianiaya oleh mana-mana individu sama ada di rumah sendiri atau pusat penjagaan.

    Jenis penderaan adalah seperti:

    • Penderaan fizikal
    • Penderaan seksual
    • Penderaan psikologi
    • Penderaan kewangan
    • Pengabaian 

    Pada perkongsian artikel ini, kita lebih melihat kepada kesan penderaan fizikal terhadap warga emas.

    Impak penderaan warga tua

    Penderaan fizikal warga emas sama ada di rumah sendiri atau pusat jagaan adalah masalah serius yang tidak boleh diabaikan. 

    Walaupun terdapat banyak penderaan lain seperti penderaan kanak-kanak atau penderaan domestik yang sering dilaporkan media.

    Namun, penderaan fizikal melibatkan warga tua mempunyai akibat signifikan bagi individu berusia itu sendiri dan selalunya kesan tersebut berlanjutan sepanjang hayat mereka.

    Laporan mengatakan kebanyakan kes penganiayaan kepada mereka yang berusia ini lebih banyak terjadi di pusat penjagaan.

    Pelbagai faktor yang mendorong kepada keadaan ini. Antaranya seperti kebanyakan mereka yang tinggal di pusat penjagaan adalah lebih tua, lemah dan mempunyai penyakit.  

    Lebih malang lagi apabila kebanyakan warga tua yang diletakkan di pusat penjagaan jarang berhubung dengan ahli keluarga dan lebih disisihkan komuniti. 

    Semua itu menjadi punca mengapa masalah penderaan warga tua di pusat penjagaan lebih kerap berlaku berbanding di rumah sendiri.

    Kesan penderaan fizikal

    Apabila seseorang individu yang tergolong dalam usia emas didera secara fizikal, terdapat beberapa kesan langsung berlaku pada badan dan tahap kesihatan mereka.

    Kesan ini boleh dilihat dengan mata kasar dan sekiranya anda lihat sebarang kecederaan fizikal, jalankan tanggungjawab anda dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

    Walaupun kecederaan yang dilihat adalah kecil, tetapi penderaan berulang dan kerap boleh mengakibatkan masalah kesihatan utama kepada mangsa yang didera.

    Berikut antara kesan fizikal penderaan yang boleh berlaku tetapi tidak terhad seperti:

    • Lebam dan bengkak serta mata hitam
    • Mengalami luka atau pendarahan luar
    • Patah tulang atau tulang terkehel
    • Kecederaan atau pendarahan dalaman
    • Kecederaan pada bahagian kepala, leher dan belakang
    • Rasa sakit dan kesakitan kronik

    kesan penderaan

    Kesan langsung ini tampak kecil dan tidak berbahaya. Namun mereka mungkin memerlukan rawatan langsung di hospital. 

    Kesan penderaan warga tua adalah faktor risiko utama kecederaan kepada warga emas. Malahan, mereka yang didera ini berdepan 300% risiko kematian. 

    Kesan penderaan fizikal lain

    Didera secara berulang boleh mengakibatkan masalah fizikal lain bagi mangsa. 

    Antara kesan lain yang boleh dialami seperti:

    • Penurunan berat badan ketara
    • Dehidrasi dan kekurangan zat makanan
    • Bedsore, sakit yang dialami saat berbaring untuk tidur
    • Tahap kesihatan semakin merosot
    • Lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit
    • Mengalami insomnia atau kesukaran untuk tidur
    • Memperlihatkan tanda trauma seperti gerakan badan secara berulang
    • Lebam, luka terbakar atau parut yang sukar dijelaskan
    • Kelihatan tidak kemas, rambut kusut atau pakaian kotor

    Gejala yang dialami menunjukkan penderaan boleh memberikan kesan serius untuk jangka masa lama bagi warga emas yang didera.

    Impak psikologi akibat penderaan warga tua

    Seorang warga emas yang didera mungkin tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan fizikal. Namun, ahli keluarga boleh mengesan kesan psikologi akibat penderaan.

    Apabila mangsa mula berkelakuan pelik atau berbeza, atau anda menyedari perubahan personaliti secara mendadak, ia mungkin disebabkan penderaan yang berlaku.

    Warga emas yang tinggal di pusat jagaan sememangnya berdepan dengan risiko kemurungan apabila berasa disisihkan. 

    Namun, penganiayaan yang berlaku, boleh menjadikan kesan psikologi itu bertambah kritikal. 

    kesan-penderaan-warga-tua

    Beberapa kesan psikologi akibat penderaan fizikal yang boleh dikenal pasti adalah seperti:

    Kesan penderaan secara psikologi boleh menjejaskan tabiat pemakanan dan mewujudkan gangguan tidur dan keengganan mangsa untuk mengambil sebarang ubatan.

    Keadaan tersebut boleh mengakibatkan tahap kesihatan mangsa semakin merosot. Ia boleh menyebabkan mereka lebih tertekan dan meningkatkan risiko penyakit serius atau kematian.

    Warga emas untuk disayangi

    Mereka yang lebih berusia selayaknya perlu disayangi dan bukan dianiayai. Bukan harta benda yang warga emas ini mahukan cuma sedikit kasih sayang dan perlindungan.

    Bersamalah berganding bahu mencegah penderaan warga tua daripada terus berleluasa. Anda mampu mengubahnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan