backup og meta

Berapa Keperluan Kalsium Ibu Hamil Sewaktu Puasa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    Berapa Keperluan Kalsium Ibu Hamil Sewaktu Puasa?

    Apabila mengandung, pengambilan nutrien yang diperlukan semakin meningkat disebabkan setiap makanan yang anda makan harus dikongsi dengan janin di dalam rahim sehingga pertumbuhan dan perkembangannya dapat dikekalkan. Terutama jika anda berpuasa pada bulan Ramadan, anda mesti menetapkan diet yang mencukupi keperluan vitamin dan mineral. Salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh wanita hamil ialah kalsium. Oleh itu, berapa kalsium yang diperlukan oleh wanita hamil semasa berpuasa? Ikuti penjelasan lengkap ini.

    Pelbagai manfaat kalsium untuk ibu hamil dan janin

    Seperti yang anda tahu, kalsium memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan tulang daripada risiko pereputan (osteoporosis). Ini sebenarnya bukan hanya berlaku untuk wanita hamil saja, tetapi juga kepada janin dalam kandungan.

    Keperluan kalsium wanita hamil kebiasaannya lebih daripada sebelum hamil. Ini kerana pengambilan kalsium ke dalam tubuh ibu juga akan digunakan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin. Sekiranya keperluan kalsium ibu mengandung tidak dipenuhi, janin akan mengambil beberapa kalsium daripada tulang ibu. Ini pasti akan mengganggu kesihatan tulang ibu dan memberi kesan kepada risiko osteoporosis pada masa akan datang.

    Selain pertumbuhan tulang dan gigi, janin memerlukan kalsium untuk memaksimumkan perkembangan hati, saraf, dan otot. Malah, kalsium juga berguna untuk menguatkan degupan jantung bayi supaya kelak dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan normal.

    Bagi wanita hamil, pengambilan kalsium diperlukan untuk mengurangkan risiko hipertensi dan preeklamsia. Dua hal tersebut adalah antara komplikasi yang paling biasa semasa kehamilan. Oleh itu, sangat penting untuk memenuhi keperluan kalsium wanita mengandung untuk mencegah risiko komplikasi kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan janin.

    Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan sehingga selesai masa penyusuan eksklusif, anda masih perlu memenuhi keperluan kalsium harian anda. Oleh itu, kalsium akan sentiasa diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang anda dan mencegah kemorosotan kepadatan tulang pada masa akan datang.

    Keperluan kalsium wanita mengandung sewaktu berpuasa

    Keperluan kalsium wanita hamil ketika berpuasa pada umumnya sama dengan sewaktu tidak berpuasa. Ia hanya memerlukan pengaturan pola makan dengan sebaik mungkin supaya keperluan kalsium semasa puasa dipenuhi dan tidak berlebihan.

    Keperluan kalsium wanita hamil meningkat sebanyak 200 miligram (mg) dari keperluan biasa, sama ada pada trimester 1, trimester 2, atau trimester 3. Namun, ini juga bergantung kepada usia wanita hamil sendiri.

    • 14 – 18 tahun, hamil/menyusu: 1,300
    • 19 – 50 tahun, hamil/menyusu: 1,000

    Untuk memastikan eperluan kalsium dipenuhi semasa berpuasa, cubalah mengambil pelbagai sumber makanan kalsium seperti susu, keju, yogurt, bijirin, dan bayam.

    Pada asasnya, tidak terlalu sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda dengan makanan ini. Contohnya bila anda sedang hamil di usia 25 tahun dengan keperluan kalsium 1.300 mg, maka ini boleh dipenuhi dengan makan satu mangkuk bijirin yang mengandungi 1,000 mg kalsium dan segelas susu yang mengandungi kalsium sebanyak 299 mg.

    Walau bagaimanapun, sesetengah wanita hamil tidak suka minum susu kerana ia cenderung menyebabkan mual atau muntah. Ini boleh diganti dengan beberapa sumber kalsium lain seperti:

    • Jus oren, mengandungi 415 mg kalsium
    • Sardin, mengandungi 375 mg kalsium
    • Tauhu, mengandungi 253 mg kalsium
    • Bok coy, mengandungi 74 miligram
    • Roti tawar, mengandungi 73 miligram

    Jika perlu, penuhi keperluan kalsium anda dengan suplemen multivitamin yang mengandung kalsium. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan kehamilan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan