backup og meta

Berbau Tapi Kaya Khasiat! Ini 9 Kelebihan Bawang Putih

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/08/2022

    Berbau Tapi Kaya Khasiat! Ini 9 Kelebihan Bawang Putih

    Bawang putih menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan tidak kira masakan Timur mahupun hidangan Barat. Ikuti artikel di bawah untuk mengetahui tentang kelebihan bawang putih ini.

    Kelebihan bawang putih

    Berikut 9 khasiat dan kelebihan bawang putih yang mungkin tidak ketahui ramai.

    1. Bawang putih mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat

    Para saintis kini tahu bahawa kebanyakan manfaat kesihatannya disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang ini dicincang, dihancurkan atau dikunyah.

    Mungkin yang paling terkenal daripada bawang ini dikenali sebagai allicin. Walau bagaimanapun, allicin adalah sebatian yang tidak stabil yang hanya hadir sebentar di dalam bawang putih segar setelah dipotong atau dihancurkan.

    Sebatian lain yang mungkin memainkan peranan dalam manfaat kesihatan bawang ini termasuklah diallyl disulfide dan s-allyl cysteine.

    Sebatian sulfur daripada bawang ini memasuki tubuh dari saluran penghadaman dan tersebar ke seluruh tubuh, di mana ia memberikan kesan biologi yang kuat.

    kelebihan bawang putih

    2. Bernutrisi dan mempunyai kalori yang sedikit

    Satu hidangan bawang ini sebanyak 1-auns (28 gram) mengandungi:

    • Mangan: 23% daripada RDA
    • Vitamin B6: 17% daripada RDA
    • Vitamin C: 15% daripada RDA
    • Selenium: 6% daripada RDA
    • Serat: 0.6 gram
    • Sejumlah kandungan kalsium, tembaga, kalium, fosforus, besi dan vitamin B1

    Kelebihan bawang putih juga mengandungi pelbagai nutrien lain iaitu sebanyak 42 kalori, 1.8 gram protein dan 9 gram karbohidrat.

    Kelebihan bawang putih #3. Melawan kesakitan termasuklah selesema

    Makanan tambahan bawang putih dikenali bertujuan untuk meningkatkan fungsi sistem imun.

    Walaupun kekurangan bukti yang kuat, mungkin anda perlu mencuba dengan menambah bawang jenis ini dalam hidangan anda jika anda sering mendapat selesema.

    4. Mengurangkan tekanan darah

    Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia. Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, adalah salah satu pemacu yang paling penting dalam penyakit ini.

    Dos suplemen mestilah cukup tinggi untuk mempunyai kesan yang diingini. Jumlah yang diperlukan adalah bersamaan dengan kira-kira empat ulas bawang ini setiap hari.

    5. Kelebihan bawang putih memperbaiki tahap kolesterol

    kelebihan bawang putih

    Bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan/ atau kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%.

    Melihat kepada kolesterol LDL (“buruk”) dan HDL (“baik”) secara khusus, bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL.

    Tahap trigliserida tinggi adalah satu lagi faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, tetapi bawang ini kelihatan tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap tahap trigliserida.

    6. Bawang putih mengandungi antioksidan

    Kerosakan oksidatif daripada radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan. Bawang ini mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisma perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif.

    Dos tinggi suplemen bawang ini telah menunjukkan fungsinya dalam meningkatkan enzim antioksidan pada manusia, serta mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

    Kesan gabungan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksida, boleh mengurangkan risiko penyakit otak umum seperti penyakit Alzheimer dan demensia.

    7. Prestasi atlet boleh dipertingkatkan

    Bawang putih adalah salah satu daripada “peningkat prestasi” terawal.

    Ia secara tradisinya digunakan dalam budaya kuno untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan keupayaan buruh pekerja. Ia turut diberikan kepada atlet Olimpik di Greece purba.

    Kajian terhadap tikus telah menunjukkan bahawa bawang ini membantu dengan meningkatkan prestasi senaman, tetapi sangat sedikit kajian terhadap manusia yang telah dilakukan.

    Individu yang mengalami penyakit jantung yang mengambil minyak bawang ini selama 6 minggu mengalami penurunan denyutan jantung sebanyak 12% dan mempunyai keupayaan senaman yang lebih baik.

    kelebihan bawang putih

    8. Mendetoksifikasikan logam berat dalam tubuh

    Pada dos tinggi, sebatian sulfur dalam bawang ini telah terbukti melindungi tubuh daripada kerosakan organ akibat daripada ketoksikan logam berat.

    9. Meningkatkan kesihatan tulang

    Tidak terdapat kajian ke atas manusia yang telah mengukur kesan bawang ini terhadap kerapuhan tulang.

    Walau bagaimanapun, kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan kerapuhan tulang dengan meningkatkan estrogen dalam kalangan wanita.

    Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita menopaus mendapati bahawa dos harian ekstrak bawang putih kering (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) mengurangkan penanda kekurangan estrogen secara signifikan.

    Ini menunjukkan bahawa suplemen ini mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang pada wanita mahupun lelaki. Makanan seperti bawang ini juga boleh memberi kesan yang baik terhadap osteoarthritis.

    Kesimpulan

    Kini, anda sudah mengetahui manfaat besar yang boleh diperolehi daripada pengambilan bawang putih. 

    Bawang ini bukan sahaja penting di rak dapur anda, tetapi juga berpotensi meningkatkan kesejahteraan diri anda. Ingat untuk sentiasa makan secara bersederhana dalam apa jua pilihan makanan yang anda ambil. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan