Seacara umum, seseorang memerlukan 5 hingga 7 auns makanan protein setiap hari. Anda boleh mendapatkan protein sama ada daripada sumber haiwan atau tumbuhan atau kedua-duanya. Berikut adalah 10 tips untuk membantu anda pelbagaikan sumber protein anda.
Memperluaskan pilihan
Setiap minggu, cuba untuk luaskan pengambilan protein anda untuk pelbagai makanan dalam kumpulan protein. Lakukan beberapa eksperimen dengan hidangan utama anda.
Dapatkan makanan laut
Selain daging atau ayam, anda boleh beralih ke makanan laut dua kali seminggu. Beralih kepada makanan laut tinggi dalam lemak yang baik dan rendah merkuri seperti salmon dan trout.
Hanya daging tanpa lemak
Daging anda harus tanpa lemak seboleh yang mungkin. Pilih daging tanpa lemak yang sekurang-kurangnya 90% tanpa lemak. Jika daging anda mempunyai sedikit lemak, cuba potong dan buang kulit ayam anda.
Telur
Satu telur setiap hari akan membuatkan badan anda baik. Jika anda bimbang tentang lemak, buang kuning telur dan anda boleh menikmati putih telur seberapa banyak yang anda suka.
Pilih tumbuhan makanan protein
Beralih kepada kacang dan kacang adalah perubahan yang baik. Produk soya juga bagus kerana ia mengandungi jumlah lemak yang baik dan serat yang tinggi .
Menambah kacang dan benih
Kacang dan benih (seeds) baik dengan hampir semua makanan. Ia boleh dihidangkan sebagai makanan ringan atau hidangan utama. Semua kacang berkhasiat, tetapi yang tidak bergaram adalah lebih baik untuk kesihatan anda.
Lakukan perbezaan
Jika daging rebus membosankan anda, cuba menggoreng, memanggangi, atau membakarnya. Memasak daging dengan cara yang anda suka, pastikan anda tidak menambah lebih banyak lemak terhadapnya.
Sandwich juga menyihatkan
Bologna atau salami adalah lazat, tetapi ia mengandungi jumlah lemak dan garam yang tinggi. Jadi, jangan makan terlalu kerap. Untuk sandwich yang sihat, pilih ayam belanda, daging lembu panggang, tuna, atau mentega kacang.
Elakkan terlebih makan
Anda boleh makan apa yang anda suka, tetapi kekalkan hidangan kecil anda. Terlalu banyak protein tidak baik untuk kesihatan anda. Apabila anda memasak atau memesan, perlu diingat anda hanya memerlukan hidangan kecil.
Berhati-hati dengan garam
Garam boleh didapati dalam pelbagai makanan yang diproses. Baca label pemakanan pada bungkusan dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa supaya anda tidak akan melebihi had natrium anda.
Mudah-mudahan, tips ini boleh membantu anda mengubah pilihan anda sumber protein untuk diet anda. Jika anda mempunyai keperluan khas (contohnya, jika anda hamil), pastikan berunding dengan doktor anda terlebih dahulu untuk menentukan pilihan terbaik anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.