backup og meta

Ramadhan Datang Lagi, Anda Tahu Bagaimana Nak Urus Ubat-Ubatan Ketika Puasa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    Ramadhan Datang Lagi, Anda Tahu Bagaimana Nak Urus Ubat-Ubatan Ketika Puasa?

    Mana-mana pesakit yang bercadang untuk berpuasa perlu diperiksa oleh pembekal penjagaan kesihatannya untuk menilainya secara individu (terutama mereka yang menghidap diabetes dan keadaan kronik yang tidak stabil).

    Keadaan dan rawatan perubatan keseluruhan anda mesti dilihat semula. Anda juga harus dimaklumkan mengenai potensi risiko puasa yang mungkin pada kesihatan anda. Perubahan dan/atau pelarasan boleh dibuat untuk rejimen ubat untuk membolehkan anda puasa.

    Individu yang mengambil ubat kronik perlu menyesuaikan jadual ubat supaya ia boleh diambil antara Iftar dan Sahur.

    Bagi ubat-ubatan yang diambil beberapa kali pada waktu siang, strategi yang disyorkan termasuk memilih formulasi yang bertindak lama (sustained release) atau menukar rejimen dos sekali atau dua kali sehari. Rejimen yang disyorkan tersedia untuk keadaan kronik tertentu, termasuk penyakit Parkinson, penyakit tiroid dan penyakit jantung, walaupun lebih banyak maklumat diperlukan.

    Untuk keadaan jangka pendek yang memerlukan rawatan, seperti antibiotik untuk jangkitan atau ubat antiradang tanpa steroid untuk kesakitan, ubat-ubatan dengan dos sekali sehari harus dipilih. Dos nonoral seperti suntikan, penyedutan, supositori dan titisan mata/telinga biasanya dibenarkan semasa puasa, walaupun wujud beberapa variasi pertimbangan.

    Bagi keadaan tertentu seperti migrain, gastrik dan hipertesi, anda perlu mengelakkan pencetusnya seperti tidak melangkau Sahur, kekal dihidrasi dan elakkan berada di bawah cahaya panas.

    Antara ubat-ubatan yang tidak membatalkan puasa termasuk:  

    • Titisan mata dan telinga.
    • Semua bahan yang diserap ke dalam tubuh melalui kulit, seperti krim, salap, pelekat dan plaster berubat.
    • Suntikan melalui kulit, otot, sendi, atau urat, kecuali pengambilan intravena.
    • Oksigen dan gas anestetik.
    • Membasuh mulut, berkumur, atau semburan oral, tidak ada apa-apa yang ditelan ke dalam perut.
    • Titisan atau semburan hidung.
    • Penyedut (Inhaler).

    Walau bagaimanapun, apabila Ramadan berakhir, anda perlu berjumpa doktor anda untuk menilai keberkesanan dan keselamatan pengurusan semasa tempoh puasa. Apa-apa perubahan yang telah dibuat kepada rejimen dos kini perlu dialihkan semula kepada rawatan asal.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan