backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

ZzzQuil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil® digunakan untuk merawat bersin, hidung berair, mata berair, gatal-gatal, ruam kulit, dan simptom-simptom demam selesema atau alahan yang lain.

Zzzquil® juga digunakan untuk mengubati mabuk laut, untuk merangsang tidur, dan untuk merawat simptom tertentu penyakit Parkinson.

Zzzquil® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah saya harus mengambil Zzzquil® (diphenhydramine)?

Gunakan seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ubat demam selesema atau alahan biasanya diambil hanya untuk waktu yang singkat sehingga simptom anda pulih.

Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak yang berumur bawah daripada dua tahun. Sentiasa rujuk doktor sebelum memberikan ubat batuk atau demam selesema kepada kanak-kanak. Kematian boleh berlaku dari penyalahgunaan ubat batuk dan demam selesema pada kanak-kanak yang kecil.

Anda tidak boleh menggunakan ubat antihistamin untuk membuat anak anda mengantuk.

Sukat ubat cecair dengan jarum suntikan yang disediakan, atau dengan suntikan dos pengukur khas atau cawan ubat. Sekiranya anda tidak mempunyai penyukat yang khusus, dapatkan satu di farmasi..

Untuk mabuk laut, ambil diphenhydramine 30 minit sebelum anda memulakan perjalanan (seperti perjalanan kereta panjang, kapal terbang atau perjalanan bot, tunggangan taman hiburan, dll). Teruskan mengambil diphenhydramine dengan makanan dan pada waktu tidur untuk sepanjang masa anda mabuk laut.

Sebagai bantuan tidur, ambil diphenhydramine dalam masa 30 minit sebelum tidur.

Hubungi doktor anda jika simptom anda tidak semakin baik selepas 7 hari rawatan, atau jika anda menghidap demam bersama sakit kepala, batuk, atau ruam kulit.

Ubat ini boleh menjejaskan keputusan ujian kulit alergi. Maklumkan kepada doktor yang merawat anda bahawa anda mengambil diphenhydramine.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zzzquil® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zzzquil® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zzzquil® (diphenhydramine)?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada  doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zzzquil® atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Tanya doktor atau ahli farmasi adakah selamat untuk anda mengambil ubat ini jika anda mempunyai keadaan perubatan yang lain, terutamanya:

  • Saluran penghadaman anda tersumbat (perut atau usus)
  • Pundi kencing tersumbat atau masalah kencing yang lain
  • Kolostomi atau ileostomy
  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), atau gangguan pernafasan yang lain
  • Batuk dengan kahak, atau batuk yang disebabkan oleh merokok, emfisema, atau bronkitis kronik
  • Penyakit jantung, tekanan darah rendah
  • Glaukoma
  • Gangguan tiroid
  • Jika anda mengambil kalium (Cytra, Epiklor, K-Lyte, K-Phos, Kaon, Klor-Con, Polycitra, Urocit-K)

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hentikan penggunaan diphenhydramine dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:

  • Jantung berdegup kencang atau dada berdebar
  • Kesukaran untuk kencing atau menyakitkan
  • Kuantiti air kencing yang sedikit atau tiada
  • Kekeliruan, perasaan seperti anda mungkin pengsan
  • Ketegangan di leher atau rahang anda, pergerakan lidah anda yang tidak terkawal

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Rasa berpusing, mengantuk, kehilangan koordinasi
  • Mulut kering, hidung, atau tekak
  • Sembelit, sakit perut
  • Mata kering, penglihatan kabur
  • Rasa mengantuk siang hari atau “mabuk’ selepas penggunaan pada waktu malam
  1. Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil®  mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zzzquil® (diphenhydramine).

Apakah dos Zzzquil® (diphenhydramine) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Dewasa yang Biasa untuk tindak balas Extrapyramidal

Oral: 25 hingga 50 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan.

Dos maksimum: 400 mg / hari.

Dos Dewasa yang biasa untuk Insomnia

Diphenhydramine Citrate: 76 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur.

Diphenhydramine Hydrochloride: 50 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur.

Dos Dewasa yang Biasa untuk mabuk laut

Oral :

Formula preskripsi: 25 hingga 50 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari, dengan dos pertama diberikan 30 minit sebelum perjalanan, sebelum makan dan setelah tamat perjalanan.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan. Dos maksimum: 400 mg / hari.

Dos Dewasa yang Biasa untuk Rhinitis Alergi

Oral :

Diphenhydramine Citrate: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV seperti yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan. Dos maksimum: 400 mg / hari.

Dos Dewasa yang Biasa untuk simptom Demam selsema

Oral :

Diphenhydramine Citrate: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti  yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV seperti yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan. Dos maksimum: 400 mg / hari.

Dos Dewasa yang Biasa untuk Pruritus

Oral :

Diphenhydramine Citrate: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan. Dos maksimum: 400 mg / hari.

Dos Dewasa yang Biasa untuk Urtikaria

Oral:

Diphenhydramine Citrate: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 10 hingga 50 mg dalam IM atau IV yang diperlukan, dan boleh meningkat kepada 100 mg jika diperlukan. Dos maksimum: 400 mg / hari.

Apakah dos Zzzquil® (diphenhydramine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik yang Biasa untuk Rhinitis Alergi

Formulasi yang disyorkan:

1 bulan ke atas:

Oral : 12.5 hingga 25 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari; Sebagai alternatif, dos berasaskan berat badan 5 mg / kg secara oral sehari ATAU berdasarkan jumlah permukaan badan sebanyak 150 mg / m2 sehari secara oral boleh digunakan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 1.25 mg / kg IM atau IV 4 kali sehari ATAU 37.5 mg / m2 IM atau IV dalam 4 kali sehari. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Formula Over-the Counter (OTC):

Diphenhydramine Citrate:

6 hingga 12 tahun: 19 hingga 38 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 228 mg / hari.

12 tahun ke atas: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride:

2 hingga 6 tahun: 6.25 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 37.5 mg / hari.

6 hingga 12 tahun: 12.5 hingga 25 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 150 mg / hari

12 tahun ke atas: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari

Dos Pediatrik yang Biasa untuk simptom Demam selesema

Formulasi yang disyorkan:

1 bulan ke atas:

Oral : 12.5 hingga 25 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari; Sebagai alternatif, dos berasaskan berat badan 5 mg / kg secara oral sehari ATAU jumlah permukaan badan sebanyak 150 mg / m2 secara oral sehari boleh digunakan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 1.25 mg / kg IM atau IV 4 kali sehari ATAU 37.5 mg / m2 IM atau IV dalam 4 kali sehari. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Formulasi Over-the Counter (OTC):

Diphenhydramine Citrate:

6 hingga 12 tahun: 19 hingga 38 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 228 mg / hari.

12 tahun ke atas: 38 hingga 76 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Maksimum dos: 456 mg / hari.

Diphenhydramine Hydrochloride:

2 hingga 6 tahun: 6.25 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 37.5 mg / hari.

6 hingga 12 tahun: 12.5 hingga 25 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 150 mg / hari.

12 tahun ke atas: 25 hingga 50 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Dos kanak-kanak untuk Insomnia

12 tahun ke atas:

Diphenhydramine citrate: 76 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur.

Diphenhydramine hydrochloride: 50 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur.

Dos kanak-kanak  yang Biasa untuk Reaksi Extrapyramidal

1 bulan ke atas:

Oral : 12.5 hingga 25 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari; Sebagai alternatif, dos berasaskan berat badan 5 mg / kg secara oral sehari ATAU jumlah permukaan badan sebanyak 150 mg / m2 secara oral sehari boleh digunakan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 1.25 mg / kg IM atau IV 4 kali sehari ATAU 37.5 mg / m2 IM atau IV dalam 4 kali sehari. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Dos kanak-kanak yang Biasa untuk tindak balas Alergi

1 bulan ke atas:

Oral : 12.5 hingga 25 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari; Sebagai alternatif, dos berasaskan berat badan  5 mg / kg secara oral sehari ATAU jumlah permukaan badan sebanyak 150 mg / m2 secara oral sehari boleh digunakan. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Parenteral: 1.25 mg / kg IM atau IV 4 kali sehari ATAU 37.5 mg / m2 IM atau IV dalam 4 kali sehari. Dos maksimum: 300 mg / hari.

Apakah bentuk ketersediaan Zzzquil® (diphenhydramine)?

Zzzquil® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Cecair suntikan
  • Tablet
  • Cecair
  • Serbuk

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan