backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Zyrtec

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/10/2022

Kegunaan

Apakah kegunaan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® dalam kategori kelas ubat yang dipanggil antihistamin. Ia berfungsi dengan menghalang tindakan histamine, bahan dalam tubuh yang menyebabkan simptom alahan.

Zyrtec® digunakan untuk melegakan sementara simptom demam hay (alergi terhadap debunga, habuk, atau bahan lain di udara) dan alahan terhadap bahan lain (seperti tungau debu, bulu binatang, lipas, dan kulat). Simptom-simptom ini termasuklah bersin, hidung berair, mata gatal, merah, berair; dan hidung gatal atau tekak.

Zyrtec® juga digunakan untuk merawat gatal-gatal dan kemerahan. Walau bagaimanapun, Zyrtec® tidak menghalang gatal-gatal atau tindak balas kulit alergi yang lain.

Bagaimanakah saya harus mengambil Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® terdapat dalam bentuk tablet, tablet yang boleh dikunyah, tablet pelepas perlahan, dan sirap (cecair) yang diambil oleh mulut. Ia biasanya diambil sekali sehari bersama atau tanpa makanan. Ambil Zyrtec® pada waktu yang sama setiap hari. Ikut arahan di label pakej anda dengan teliti, dan tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan bahagian yang anda tidak faham. Ambil Zyrtec® seperti yang diarahkan. Jangan ambil lebih banyak atau kurangkannya daripada diarahkan pada label pakej atau seperti yang disyorkan oleh doktor anda.

Jangan gunakan Zyrtec® untuk merawat gatal-gatal yang lebam atau lepuh, warna yang berlainan dari biasa, atau yang tidak gatal. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai masalah ini.

Berhenti mengambil Zyrtec® dan hubungi doktor anda jika gatal-gatal anda pulih selama 3 hari pertama rawatan anda atau jika gatal-gatal anda bertahan lebih lama dari 6 minggu. Sekiranya anda tidak mengetahui punca gatal-gatal anda, hubungi doktor anda.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zyrtec® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zyrtec® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zyrtec® (cetirizine)?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada  doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zyrtec®  atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Zyrtec® boleh menyebabkan anda mengantuk. Jangan memandu kereta atau mengendalikan jentera sehingga anda tahu bagaimana ubat ini memberi kesan kepada anda.

Alkohol boleh menambah rasa mengantuk yang disebabkan oleh ubat ini. Elakkan minum alkohol semasa mengambil ubat ini.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® boleh menyebabkan kesan sampingan. Maklumkan kepada doktor anda jika simptom seperti berikut semakin teruk atau tidak pulih:

  • Mengantuk
  • Keletihan yang teramat
  • Mulut kering
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec®  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Aspirin Low Strength (aspirin)
  • Cymbalta (duloxetine)
  • Fish Oil (omega-3 polyunsaturated fatty acids)
  • Lyrica (pregabalin)
  • Nexium (esomeprazole)
  • ProAir HFA (albuterol)
  • Singulair (montelukast)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan  Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Keadaan kesihatan ini adalah:

  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan  Zyrtec® (cetirizine).

Apakah dos Zyrtec® (cetirizine) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Satu kapsul 10 mg sekali sehari; jangan ambil lebih daripada satu kapsul 10 mg dalam masa 24 jam. Produk 5 mg mungkin sesuai untuk simptom yang kurang teruk.

Apakah dos Zyrtec® (cetirizine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak 6 tahun ke atas:

Satu kapsul 10 mg sekali sehari; jangan ambil lebih daripada satu kapsul 10 mg dalam masa 24 jam. Produk 5 mg mungkin sesuai untuk simptom yang kurang teruk.

2 hingga 5 tahun:

2.5 mg secara oral sekali sehari, boleh ditingkatkan hingga 5 mg / hari dalam 1 hingga 2 dos yang dibahagikan.

6 bulan hingga 2 tahun:

2.5 mg secara oral sekali sehari, 12 bulan ke atas boleh ditingkatkan menjadi 2.5 mg secara oral dua kali sehari.

Apakah bentuk ketersediaan Zyrtec® (cetirizine)?

Zyrtec®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 10 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/10/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan