backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Zofran

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Zofran® (ondansetron)?

Zofran® biasanya digunakan untuk mencegah loya dan muntah yang mungkin disebabkan oleh pembedahan, kemoterapi kanser, atau rawatan radiasi.

Bagaimanakah saya harus mengambil Zofran® (ondansetron)?

Ambil Zofran® seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ambil ubat ini 30 minit sebelum rawatan bermula.

Dos pertama biasanya diambil sebelum pembedahan, kemoterapi atau rawatan radiasi anda bermula. Ikut arahan dos doktor anda dengan berhati-hati.

Ambil tablet secara tetap dengan segelas air penuh.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zofran® (ondansetron)?

Zofran® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zofran® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zofran® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zofran® (ondansetron)?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zofran® atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Anda tidak boleh menggunakan Zofran® jika:

  • Anda menggunakan apomorphine (Apokyn)
  • Anda alah terhadap ondansetron atau ubat-ubatan yang sama (dolasetron, granisetron, palonosetron)

Zofran® dijangka tidak membahayakan bayi yang belum lahir. Maklumkan kepada doktor anda jika anda hamil.

Ia tidak diketahui sama ada ondansetron melepasi ke dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusu bayi.

Ondansetron tidak diluluskan untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun.

Zofran tablet mungkin mengandungi fenilalanin. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai phenylketonuria (PKU).

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  •         A=Tiada risiko
  •         B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  •         C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  •         D=Terbukti berisiko
  •         X=Kontraindikasi
  •         N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zofran® (ondansetron)?

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Cirit birit atau sembelit
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Rasa letih
  • Pening
  • Kepala terasa ringan

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Sembelit yang teruk, sakit perut, atau kembung perut
  • Sakit kepala bersama sakit dada dan pening yang teruk, pengsan, jantung berdebar-debar atau berdegup laju
  • Jantung berdegup laju atau berdebar
  • Jaundis (menguning kulit atau mata)
  • Penglihatan kabur atau kehilangan penglihatan sementara ( dari beberapa minit hingga beberapa jam)
  • Tinggi tahap serotonin dalam badan – agitasi, halusinasi, demam, jantung berdegup laju, refleks yang terlalu aktif, loya, muntah, cirit-birit, kehilangan koordinasi, pengsan

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap Zofran: gatal, demam, menggigil susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zofran® (ondansetron)?

Zofran® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Ubat untuk merawat kemurungan
  • Ubat untuk merawat masalah psikiatri
  • Ubat narkotik (opioid)
  • Ubat untuk mengelakkan loya dan muntah

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zofran® (ondansetron)?

Zofran® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Zofran® (ondansetron)?

Zofran® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Pemanjangan selang Qt
  • Penyakit hati

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakannya.

Apakah dos Zofran® (ondansetron) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Kemoterapi Kanser Sangat Emetogenik:

Satu dos 24 mg yang diberikan 30 minit sebelum permulaan kemoterapi sangat emetogenik dalam satu hari, termasuk cisplatin lebih besar daripada atau sama dengan 50 mg / m2.

Kemoterapi Kanser Emetogenik:

8 mg diberikan 30 minit sebelum kemoterapi bermula, dengan 8 mg selepas 8 jam selepas dos pertama.

Kemudian masukkan 8 mg dua kali sehari (setiap 12 jam) selama 1 hingga 2 hari selepas selesai kemoterapi.

Radioterapi:

Untuk radiasi badan: 8 mg diberikan 1 hingga 2 jam sebelum setiap radioterapi setiap hari.

Untuk radioterapi satu dos tinggi ke perut: 8 mg diberikan 1 hingga 2 jam sebelum radioterapi, dengan dos 8 mg berikutnya setiap 8 jam selepas dos pertama selama 1 hingga 2 hari selepas selesainya radioterapi.

Untuk radioterapi harian ke abdomen: 8 mg diberikan 1 hingga 2 jam sebelum radioterapi, dengan dos 8 mg berikutnya setiap 8 jam selepas dos pertama untuk setiap hari.

Selepas pembedahan:

16 mg diberikan 1 jam sebelum suntikan anestesia.

Apakah dos Zofran® (ondansetron) yang sesuai untuk kanak-kanak Zofran® (ondansetron)?

Moderately Emetogenic Cancer Chemotherapy:

Kemoterapi Kanser Emetogenik:

12 hingga 17 tahun: 8 mg diberikan 30 minit sebelum kemoterapi bermula, dengan 8 mg dos 4 dan 8 jam selepas dos pertama. Kemudian berikan 8 mg tiga kali sehari selama 1 hingga 2 hari selepas selesai kemoterapi.

4 hingga 11 tahun: 4 mg diberikan 30 minit sebelum permulaan kemoterapi, dengan 4-mg selepas 4 dan 8 jam selepas dos pertama. Kemudian berikan 4 mg tiga kali sehari selama 1 hingga 2 hari selepas selesai kemoterapi.

Apakah bentuk ketersediaan Zofran® (ondansetron)?

Zofran®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, tablet penguraian melalui mulut, solusi oral: ondansetron hydrochloride 4mg di dalam 5Ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan