Zinnat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Zinnat Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat® biasanya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada tekak, sinus, telinga tengah, paru-paru atau dada, saluran kencing, dan kulit dan tisu lembut.

Zinnat® juga boleh digunakan untuk merawat penyakit Lyme (jangkitan yang disebarkan oleh parasit yang disebut kutu).

Bagaimanakah saya harus mengambil Zinnat® (cefuroxime)?

Ambil ubat ini seperti yang diberitahu oleh doktor atau ahli farmasi. Semak dengan doktor atau ahli farmasi jika anda tidak pasti.

Ambil Zinnat® selepas makan. Ini membantu menjadikan rawatan lebih berkesan.

Telan Zinnat® dengan air yang cukup.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zinnat® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zinnat® (cefuroxime)?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada  doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zinnat® atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Zinnat® tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur di bawah tiga bulan.

Anda harus melihat simptom-simptom tertentu, seperti tindak balas alahan, jangkitan kulat (seperti candida) dan cirit-birit yang teruk (kolitis pseudomembranous) semasa anda mengambil Zinnat®. Ini akan mengurangkan risiko sebarang masalah.

Jika anda memerlukan ujian darah, Zinnat® (boleh menjejaskan keputusan ujian untuk tahap gula darah, atau skrin darah yang dipanggil ujian Coombs.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Zinnat®.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zinnat® (cefuroxime)?

Reaksi alergi yang teruk mungkin berlaku seperti ruam yang timbul dan gatal, bengkak, kadang-kadang berlaku pada muka atau mulut menyebabkan kesukaran bernafas.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat®  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Plavix (clopidogrel)
  • Singulair (montelukast)
  • Spiriva (tiotropium)
  • Symbicort (budesonide / formoterol)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • Vitamin C (ascorbic acid)
  • Vitamin D3 (cholecalciferol)
  • Xanax (alprazolam)
  • Zyrtec (cetirizine)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zinnat® (cefuroxime).

Apakah dos Zinnat® (cefuroxime) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang disyorkan untuk Zinnat ® adalah 250 mg hingga 500 mg dua kali sehari, bergantung kepada tahap dan jenis jangkitan.

Apakah dos Zinnat® (cefuroxime) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos yang disyorkan Zinnat ® adalah 10 mg / kg (maksima 125 mg) hingga 15mg / kg (maksimum 250 mg) dua kali sehari, bergantung kepada keparahan dan jenis jangkitan.

Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami sepenuhnya tentang ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk ketersediaan Zinnat® (cefuroxime)?

Zinnat®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 250 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: September 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut