Zephrex-D (Decongestants, Oral)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Zephrex-D (Decongestants, Oral) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Zephrex-D® selalunya digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan sakit sinus/ tekanan yang disebabkan jangkitan (seperti demam, selesema) atau masalah pernafasan lain (seperti demam hay, alergik, bronkitis)

Bagaimanakah kegunaan Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Untuk ubat berbentuk secara oral, anda perlu:

  • Ambil Zephrex-D® melalui mulut seperti yang doktor arahkan mengenai: dos dan jadual
  • Baca label dengan berhati-hati sebelum mengambil Zephrex-D®
  • Dapatkan nasihat doktor jika ada sebrang maklumat pada label yang kurang anda fahami

Bagaimana saya menyimpan Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah selamat untuk mengambil Zephrex-D (Decongestants, Oral) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

  • Tindak balas alergi: bintat, sukar bernafas, bengkak mata, bibir, lidah atau tekak
  • Detak jantung laju, berdebar atau tidak sekata
  • Pening teruk atau gelisah
  • Mudah lebam atau berdarah
  • Rasa lemah yang luar biasa
  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit-sakit badan
  • Simptom selesema
  • Tekanan darah tinggi merbahaya (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, telinga berdesing, gelisah, sakit dada, sukar bernafas, degup jantung tidak sekata, sawan)
  • Hilang selera makan
  • Rasa bahang, kebas atau kemerahan pada kulit
  • Rasa resah atau teruja (terutama kanak-kanak)
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Ruam kulit atau kegatalan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Zephrex-D®:

  • Clorgyline
  • Dihydroergotamine
  • Furazolidone
  • Iproniazid
  • Isocarboxazid
  • Linezolid
  • Moclobemide
  • Nialamide
  • Pargyline
  • Phenelzine
  • Procarbazine
  • Rasagiline
  • Selegiline
  • Toloxatone
  • Tranylcypromine
  • Guanethidine
  • Methyldopa
  • Midodrine

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zephrex-D (Decongestants, Oral)?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disyorkan ialah 30 hingga 60mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti diperlukan. Maksimum dos ialah 240mg/hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun, dos yang disyorkan ialah 15mg setiap 6 jam. Maksimum dos ialah 60 mg/hari.

Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dos yang disyorkan ialah 30 mg setiap 6 jam. Maksimum dos ialah 120mg/hari.

Untuk kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun, dos yang disyorkan ialah 30 hingga 60mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam. Maksimum dos ialah 240mg/hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Zephrex-D® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 30mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.