Nama AM: Zefdavir Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa kegunaan Zefdavir ?

Zefdavir digunakan untuk merawat HIV, sejenis virus yang boleh menyebabkan AIDS. Ubat ini bukanlah untuk menyembuhkan HIV ataupun AIDS.

Zefdavir adalah sejenis analog nukleosida  yang ditunjukkan dalam gabungan dengan agen antiretroviral untuk merawat jangkitan HIV-1.

Ubat ini juga boleh disyorkan untuk kegunaan lain: rujuk doktor atau ahli farmasi untuk keterangan lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Zefdavir?

Zefdavir datang dalam bentuk cecair atau  tablet untuk diambil secara oral.

Teruskan pengambilan Lamivudine sekalipun anda sudah berasa sihat. Jangan berhenti mengambil Lamivudine tanpa berbincang dengan doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Zefdavir?

Zefdavir mestilah disimpan dalam suhu bilik jauh daripada sumber cahaya atau kelembapan.  Untuk mengelakkan ubat rosak, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyimpannya di dalam tandas atau di dalam peti ais. Terdapat beberapa produk Zefdavir yang memerlukan cara penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk anda sentiasa menyemak label pada produk berkenaan cara penyimpanan, atau terus bertanya dengan ahli farmasi. Untuk keselamatan, anda dinasihatkan untuk jauhkan daripada kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

Anda dilarang membuang Zefdavir ke dalam lubang tandas atau membuangnya ke dalam longkang  melainkan diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk anda menyisihkan ubat ini bila sudah habis tarikh tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Berundinglah dengan ahli farmasi untuk keterangan yang lebih lanjut  tentang tatacara yang selamat untuk menyisihkan produk ini

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zefdavir?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusukan bayi. Ini kerana jika dalam keadaan sedemikian anda hanya boleh mengambil ubat berdasarkan saranan doktor sahaja.
  • Anda mengambil ubat tertentu. Ini termasuk  sebarang ubatan yang anda ambil tanpa saranan doktor,  seperti herba dan ubat pelengkap.
  • Anda mempunyai alergi  dengan sebarang kandungan Zefdavir atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Zefdavir  tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.

Zefdavir mampu diserap melalui susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Anda dilarang menyusu ketika anda mengambil Zefdavir untuk  rawatan Hepatitis B. Wanita yang menghidap HIV atau AIDS tidak disarankan menyusu. Sekalipun bayi anda lahir bebas daripada HIV, virus tersebut mampu melepasi melalui susu ibu.

Masih tidak diketahui sama ada Zefdavir mampu membahayakan bayi dalam kandungan,  HIV mampu menjangkiti bayi dalam kandungan jika tidak dirawat dengan baik ketika mengandung.  Maklumkan kepada doctor sekiranya anda sedang mengandung atau anda merancang untuk hamil. Ambil semua ubat HIV seperti diarahkan  untuk mengawal penyakit tersebut.

Adakah selamat untuk mengambil Zefdavir semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang cukup tentang tahap keselamatan penggunaan ubat ini ketika mengandung atau menyusu.  Sentiasalah berunding dengan doktor tentang baik dan buruk ubat ini sebelum menggunakannnya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Zefdavir?

Kesan sampingan biasa termasuklah:

  • Loya
  • Cirit birit
  • Sakit kepala
  • Berasa  sakit-sakit
  • Simptom  demam seperti hidung  tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk

Hubungi doktor, jika mengalami:

  • Masalah pankreas seperti sakit yang teramat di bahagian atas perut dan merebak  ke belakang, loya dan muntah, degupan jantung yang pantas.
  • Masalah hati seperti loya,  sakit perut di bahagian atas,  gatal-gatal, rasa letih, hilang selera, air kencing gelap, najis berwarna seakan tanah liat, penyakit kuning (mata atau kulit badan menguning)
  • Tanda jangkitan baru seperti demam, berpeluh di waktu malam, bengkak kelenjar, sakit mulut, cirit-birit, sakit perut, turun berat badan
  • Sakit dada (terutamanya ketika bernafas), batuk kering, berdehit, berasa sesak nafas
  • Berasa sejuk yang sakit, sakit di bahagian kemaluan
  • Jantung berdegup pantas, berasa cemas atau tidak selesa, berasa lemah, mempunyai masalah dengan keseimbangan atau pergerakan mata
  • Ada masalah untuk bercakap atau menelan, sakit  belakang yang teruk di bahagian bawah, tidak mampu mengawal untuk pundi kencing atau membuang air besar
  • Bengkak di bahagian tengkuk (tiroid membesar), perubahan haid, mati pucuk, hilang keseronokan seks

Dapatkan bantuan kesihatan segera jika anda mengalami tanda alergi seperti disengat tebuan, kesukaran bernafas , bengkak muka, bibir, lidah dan tekak.

Bukan semua individu akan mengalami kesan sampingan. Mungkin juga terdapat kesan sampingan selain dari yang disenaraikan di atas. Jika ada mengesyaki sebarang tanda kesan sampingan, teruslah merujuk kepada doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zefdavir?

Zefdavir mungkin membuat tindak balas dengan ubat yang sedang anda ambil yang mungkin akan mengubah  fungsinya atau meningkatkan risiko terkena kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat yang serius, anda digalakkan untuk  membuat senarai ubat yang sedang anda ambil (termasuk ubat yang telah dipreskripsi oleh doktor, ubat yang tidak dipreskripsi, dan produk herba) dan maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan, jangan ambil, berhenti atau mengubah dos dengan sesuka hati tanpa kebenaran doktor.

Ubatan tersebut termasuklah:

  • Atripla (efavirenz, emtricitabine, and tenofovir)
  • Combivir (lamivudine and zidovudine)
  • Complera (rilpivirine, emtricitabine, and tenofovir)
  • Emtriva (emtricitabine)
  • Epzicom (abacavir and lamivudine)
  • Stribild (cobicistat, elvitegravir, emtricitabine, and tenofovir)
  • Trizivir (abacavir, lamivudine, and zidovudine)
  • Truvada (emtricitabine and tenofovir)
  • Abacavir (Ziagen)
  • Didanosine (Videx)
  • Stavudine (Zerit)
  • Zalcitabine (Hivid)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zefdavir?

Zefdavir mungkin bertindak balas dengan makanan atau alcohol dengan mengubah fungsi ubat atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor dan ahli farmasi sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zefdavir?

Zefdavir mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin menjejaskan kesihatan anda atau mengubah fungsi ubat ini. Penting untuk sentiasa doktor atau ahli farmasi mengetahui keadaan semasa kesihatan anda.

Keadaan kesihatan berikut termasuklah:

  • Penyakit hati ( terutamanya Hepatitis B jika anda sedang dirawat untuk HIV)
  • Pemindahan hati
  • Masalah buah pinggang
  • Mempunyai sejarah radang pancreas

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Zefdavir yang disyorkan untuk dewasa?

Jangkitan HIV

Dos yang disyorkan ialah 300mg  setiao hari secara oral atau 150mg setiap 12 jam per oral.

Kronik Hepatis B

Dos yang disyorkan 100mg setiap hari per oral

Apakah dos Zefdavir yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Jangkitan HIV

Bayi (kurang 4 minggu): dos yang disyorkan ialah 2mg/kg setiap 12 jam secara oral (

untuk pencegahan pemindahan atau rawatan)

Kanak-kanak 1-3 bulan: dos yang disyorkan ialah 4mg/kg setiap 12jam secara oral.

3 bulan hingga 16 tahun: dos yang disyorkan ialah 4mg/kg setiap 12 jam per oral atau 8mg/kg setiap hari per oral: tidak boleh melebihi 300 mg/sehari

Kronik Hepatis B

2 tahun dan ke atas: dos yang disyorkan ialah 3mg/kg setiap hari per oral: tidak boleh melebihi 100mg/sehari

Apakah bentuk penyediaan Zefdavir

Zefdavir boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut:

  • Tablet 100mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Dalam keadaan kecemasan atau dos berlebihan, hubungi servis kecemasan setempat atau terus pergi ke bilik kecemasan terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Zefdavir, ambil sesegera mungkin. Akan tetapi, jika sudah hampir untuk dos yang seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil dos seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda