Zecipox

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Zecipox Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Zecipox?

Zecipox tergolong dalam kelas ubatan yang dipanggil antibiotik uinolones, yang mana selalunya digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria. Ia berfungsi dengan memberhentikan tumbesaran bakteria.

Ia tidak akan berfungsi ke atas jangkitan virus (seperti demam dan selesema). Penggunaan yang tidak sepatutnya atau salah guna sebarang antibiotik akan membawa kepada kemerosotan dalam keberkesanannya.

Bagaimanakah kegunaan Zecipox?

Ubat ini dimakan bersama atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor, selalunya dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

Tablet ini mungkin mempunyai rasapahit jika anda membelah, mengunyah atau menghancurkannya sebelum memakannya. Oleh sebab itu, pihak pengeluar mengesyorkan untuk menelan sebiji tablet sekaligus.

Dos dan tempoh rawatan bergantung kepada keadaan kesihatan dan tindak balas anda terhadap rawatan yang diberi. Minum air yang banyak semasa mengambil ubat ini melainkan jika doktor anda mengarahkan sebaliknya.

Antibiotik berfungsi paling baik apabila kandungan ubat dalam badan anda berada pada tahap yang kekal berterusan. Maka, ambil ubat ni pada jarak waktu yang sekata.

Terus ambil ubat ini sehingga keseluruhan amaun ubat yang diarahakn habis sepenuhnya, walaupun simtpom sudah tiada selepas beberapa hari. Berhenti mengambil ubat ini terlalu awal boleh menyebabkan jangkitan kembali semula.

Bagaimana saya menyimpan Zecipox?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zecipox?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda: 

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Zecipox boleh menjejaskan ritma jantung (pemanjangan QT). Pemanjangan QT jarang-jarang menyebabkan detak jantung laju tidak sekata yang serius (jarang-jarang membawa maut) dan simptom lain (seperti pening kepala, pengsan) yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Makanan tinggi kalsium, termasuklah produk tenusu (seperti susu dan yogurt) atau jus kaya kalsium, boleh mengurangkan kesan ubat ini. Ambil ubat ini paling kurang 2 jam sebelum atau 6 jam selepas makan makanan tinggi kalsium, melainkan anda makan makanan ini sebagai sebahagian hidangan yang besar yang mengandungi makan bukan kalsium yang lain. Makanan ini mengurangkan kesan pengikatan kalsium.

Ubat ini akan membuatkan anda pening kepala. Jangan memandu, mengendaliakn mesin, atau membuat sebarang aktiviti yang memerlukan anda sentiasa peka sehinggalah anda benar-benar pasti anda boleh melakukan aktiviti sebegitu dengan selamat. Hadkan pengambilan alkohol.

Ubatan ini boleh membuatkan anda sensitif kepada cahaya matahari. Elakkan terdedah lama kepada cahaya matahari, pondok berjemur dan lampu matahari. Gunakan pelindung matahari dan pakai pakaian yang tertutup apabila berada di luar. Ubatan lain (seperti tretinoin-mequinol) boleh meningkatkan sensitivit kepada cahaya matahari. Bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lebih lanjut.

Zecipox boleh menyebabkan vaksin bakteria hidup (seperti vaksin typhoid) ttidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan ambil sebarang imunisasi/ vaksinasi semasa menggunakan ubat ini tanpa izin doktor.

Kanak-kanak boleh menjadi sensitif kepada kesan sampingan ubat ini, terutamanya masalah sendi/ tendon.

Mereka yang lebih dewasa pula boleh menjadi sensitif kepada kesan sampingan ubat ini terutamnya masalah tendon (terutamnya jika mereka mengambil kortikosteroid sperti prednisone atau hydrocortisone) dan pemanjnagan QT.

Adakah selamat untuk mengambil Zecipox semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Apabila menggunakan ubat ini, beberapa kesan sampingan mungkin terjadi:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Kepala berasa ringan
  • Sakit kepala
  • Sukar tidur

Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika anda mengalami kesan sampingan yang serius, termasuklah:

  • Kulit yang terbakar dengan mudah (sensitif kepada cahaya matahari)
  • lebam/ pendarahan luar biasa
  • Tanda-tanda jangkitan baru (seperti demam yang baru/berterusan, sakit tekak berterusan)
  • Tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti perubahan pada kuantiti air kencing, air kencing berwarna merah/pink)
  • Tanda-tanda masalah hati (seperti penat yang luar biasa, sakit perut/abdomen, loya/muntah berterusan, kekuningan pada mata/kulit, air kencing gelap)
  • Kepala berpusing yang teruk
  • Pengsan
  • Detak jantung laju/tidak sekata
  • Keadaan usus yang teruk

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zecipox?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Terutamanya jika anda mengambil:

  • Pencair darah (seperti acenocoumarol, warfarin)
  • Strontium
  • Norfloxacin
  • Gemifloxacin
  • Levofloxacin
  • Moxifloxacin
  • Ofloxacin
  • Duloxetine
  • Pirfenidone
  • Tasimelteon
  • Tizanidine
  • Amiodarone
  • Dofetilide
  • Quinidine
  • Procainamide
  • Sotalol
  • Pil perancang kehamilan

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zecipox?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zecipox?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang dimaksudkan ialah:

  • Diabetes
  • Masalah jantung (seperti serangan jantung baru-baru ini)
  • Masalah sendi/tendon (tendonitis, bursitis)
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah hati
  • Myasthenia gravis
  • Masalah saraf (seperti neuropathy periferal)
  • Sawan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Kulit dan struktur kulit:

Dos yang disyorkan ialah 500-750mg, setiap 12 jam, 7 hingga 14 hari.

Tulang dan sendi

Dos yang disyorkan ialah 500-750mg, setiap 12 jam, 4 hingga 8 minggu

Komplikasi intra-abdomen

Dos yang disyorkan ialah 500mg, setiap 12 jam, 7 hingga 14 hari

Jangkitan cirit-birit

Dos yang disyorkan ialah 500mg, setiap 12 jam, 5 hingga 7 hari.

Demam typhoid (taun)

Dos disyorkan ialah 500mg, setiap 12 jam, 10 hari.

Jangkitan urethral dan cervikal gonococcal tiada komplikasi

Dos disyorkan ialah 250 mg, satu dos

Inhalational anthrax (selepas terdedah)

Dos disyorkan ialah 500mg, setiap 12 jam, 60 hari

Plague 3

Dos disyorkan ialah 500-750mg, setiap 12 jam, 14 hari

Prostitis bakteria kronik

Dos disyorkan 500mg, setiap 12 jam, 28 hari

Jangkitan saluran pernafasan bawah

Dos disyorkan 500-750mg, setiap 12 jam, 7 hingga 14 hari

Jangkitan salur kencing

Dos disyorkan 250-500mg, setiap 12 jam, 7 hingga 14 hari

Cystitis akut tiada komplikasi

Dos disyorkan 250mg, setiap 12 jam, 3 hari

Sinusitis akut

Dos disyorkan 500mg, setiap 12 jam, 10 hari

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Komplikasi salur kencing dan pyelonephritis (pesakit berumur 1 hingga 17 tahun)

Dos disyorkan 10 mg/kg hingga 20 mg/kg (maksimum 750mg setiap dos; tidak boleh lebih walaupun berat pesakit melebihi 51kg), setiap 12 jam, 10-21 hari

Inhalational anthrax (selepas terdedah)

Dos disyorkan 15 mg/kg (maksimum 500mg setiap dos), setiap 12 jam, 60 hari

Plague 2,3

Dos disyorkan 15 mg/kg (maksimum 500mg setiap dos), setiap 8 hingga 12 jam, 10-21 hari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Zecipox tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 500mg, 750mg, 1000mg
  • Solusi intravena (IV)

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.