backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Xyzal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Xyzal?

Xyzal® adalah sejenis antihistamine yang mengurangkan kesan kimia semulajadi histamine di dalam badan. Histamine boleh menghasilkan simptom seperti bersin, kegatalan, mata berair, dan hidung berair.

Xyzal® digunakan untuk merawat simptom alergik sepenuhnya bagi orang dewasa dan kanak-kanak sekurang-kurangnya berumur 6 bulan.

Xyzal® juga digunakan untuk merawat kegatalan dan bengkak yang disebabkan urtikaria kronik bagi orang dewasa dan kanak-kanak sekurang-kurangnya berusia 6 bulan.

Bagaimanakah kegunaan Xyzal?

Sila ikut arahan yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini.

Jangan ambil ubat ini melebihi atau kurang dari kuantiti yang diarahkan atau lebih lama seperti yang disyorkan.

Ia adalah sangat penting untuk tidak memberi kanak-kanak lebih dari dos yang diarahkan. Badan kanak-kanak menyerap dua kali ganda lebih dari saiz dos yang sama dengan yang diambil orang dewasa.

Mengambil ubat ini melebihi dos yang disarankan tidak akan membuatkan ia menjadi lebih berkesan, dan boleh menyebabkan mengantuk.

Xyzal® selalunya diambil pada waktu petang. Anda boleh mengambil ubat ini bersama atau tanpa makanan.

Sila ukur ubat cecair ini menggunakan picagari dos yang disediakan, atau menggunakan sudu pengukur dos atau cawan ubat. Jika anda tidak mempunyai alat-alat yang disebut ini, sila minta kepada ahli farmasi anda.

Hubungi doktor anda jika simptom tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk atau jika anda mengalami demam.

Bagaimana saya menyimpan Xyzal?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan. 

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Xyzal?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Xyzal semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Berhenti menggunakan Xyzal® dan hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami:

  • Sakit atau sukar membuang air kecil
  • Sedikit atau tiada mengeluarkan air kencing
  • Tanda-tanda jangkitan di telinga (demam, sakit telinga atau rasa berdengung, sukar mendengar, cecair keluar dari telinga, asyik meragam jika kanak-kanak
  • Kepala berpusing, rasa seperti hendak pitam
  • Demam
  • Alergik atau simptom urtikaria semakin teruk.

Kesan sampingan yang sering terjadi termasuklah:

  • Mengantuk, lemah
  • Rasa penat
  • Demam
  • Hidung tersumbat, sakit sinus, sakit tekak, batuk
  • Hidung berdarah
  • Jangkitan telinga
  • Muntah, cirit-birit, sembelit
  • Mulut kering
  • Berat badan meningkat

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Xyzal?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Ritonavir (Norvir, Kaletra)
  • Theophylline (Aquaphyllin, Asmalix, Elixophyllin, Theolair, Theosol)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Xyzal?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Xyzal?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa untuk Allergic Rhinitis & Urtikaria

Alergik rhinitis bermusim dan menyeluruh dan kronik idiopatik urtikaria: 5mg secara oral sekali sehari pada waktu petang

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa untuk Allergic Rhinitis & Urticaria

Alergik rhinitis bermusim:

  • 12 tahun atau lebih: 5mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 6 hingga 11 tahun: 2.5mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 2 hingga 5 tahun: 1.25mg secara oral sekali sehari pada waktu petang

Alergik rhinitis menyeluruh & kronik idiopatik urtikaria:

  • 12 tahun atau lebih: 5mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
  • 6 hingga 11 tahun: 2.5mg secara oral sekali sehari pada waktu petang

  • 6 bulan hingga 5 tahun: 1.25mg secara orl sekali sehari pada waktu petang

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Xyzal® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, bersalut lapisan filem, solusi oral: levocitirizine dihydrochloride 5mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan