Apa itu xorim-750mg-vial?

Oleh

Nama AM: Xorim 750Mg Vial Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa kegunaan Xorim 750Mg Vial ?

Cefuroxime adalah sejenis antibiotik yang digunakan untuk dewasa  dan kanak-kanak. Ia membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman. Xorim tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil cephalosporin.

Xorim®  selalunya digunakan untuk merawat jangkitan paru-paru atau dada, saluran kencing, kulit dan tisu lembut, tulang atau meningitis. Ia juga digunakan   untuk mencegah jangkitan ketika pembedahan.

Bagaimanakah kegunaan Xorim 750Mg Vial?

Cefuroxime selalunya diberikan oleh doctor atau jururawat. Ia boleh diberikan melalui suntikan ke dalam saluran darah atau terus ke otot.

Bagaimana saya menyimpan Xorim 750Mg Vial?

Xorim® disimpan pada suhu bilik  jauh daripada sumber cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat rosak, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyimpannya di dalam tandas atau di dalam peti ais. Terdapat beberapa produk Xorim® yang memerlukan cara penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk anda sentiasa menyemak label pada produk berkenaan cara penyimpanan, atau terus bertanya dengan ahli farmasi. Untuk keselamatan, anda dinasihatkan untuk jauhkan daripada kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

Anda dilarang membuang Xorim®  ke dalam lubang tandas aatau membuangnya ke dalam longkang  melainkan diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk anda menyisihkan ubat ini bila sudah habis tarikh tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Berundinglah dengan ahli farmasi untuk keterangan yang lebih lanjut  tentang tatacara yang selamat untuk menyisihkan produk ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Xorim 750Mg Vial?

Anda tidak boleh diberikan suntikan cefuroxime, jika:

  • Anda alergi dengan mana-mana antibiotic dari kumpulan cephalosporin atau mana-mana kandungan suntikan cefuroxime.
  • Jika anda pernah mengalami alergi yang teruk terhadap mana-mana  jenis antibiotic beta-lactam (penicillin, monobactams dan carbapenems)

Adakah selamat digunakan ketika mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang cukup berkenaan keselamatan menggunakan Xorim® ketika  mengandung atau menyusukan bayi. Sentiasalah berunding dengan doktor atau ahli farmasi tentang baik dan buruk sebelum mengambil Xorim®.

Adakah selamat untuk mengambil Xorim 750Mg Vial semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Seperti kebanyakan  ubat, Xorim® boleh menyebabkan kesan sampingan walaupun  tidak semua yang mengalaminya.

Terdapat individu yang mengambil cefuroxime mendapat alergi atau tindakbalas kulit yang teruk. Simptom tindakbalas ini termasuk:

  • Alergi yang teruk termasuk ruam,  bengkak di bahagian muka atau mulut, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Ruam,  seperti gelembung air dan mungkin kelihatan seperti sasaran kecil (bintik hitam di tengah, dikelilingi oleh kawasan yang pudar, dan terdapat seperti cecincin di  bucu); atau mungkin merebak lebih luas (boleh jadi tanda sindrom Stevens- Johnson atau toxic epidermal necrolysis)
  • Jarang sekali, Cefuroxime menyebabkan tumbesaran yis (Candid) di dalam badan  yang boleh menyebabkan jangkitan fungus (seperti thrush). Kesan sampingan ini kemungkinan berlaku jika anda mengambil Cefuroxime dalam jangka masa yang lama.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Xorim 750Mg Vial?

Seperti kebanyakan  ubat, Xorim® boleh menyebabkan kesan sampingan walaupun  tidak semua yang mengalaminya.

Terdapat individu yang mengambil cefuroxime mendapat alergi atau tindakbalas kulit yang teruk. Simptom tindakbalas ini termasuk:

  • Alergi yang teruk termasuk ruam,  bengkak di bahagian muka atau mulut, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Ruam,  seperti gelembung air dan mungkin kelihatan seperti sasaran kecil (bintik hitam di tengah, dikelilingi oleh kawasan yang pudar, dan terdapat seperti cecincin di  bucu); atau mungkin merebak lebih luas (boleh jadi tanda sindrom Stevens- Johnson atau toxic epidermal necrolysis)

Jarang sekali, Cefuroxime menyebabkan tumbesaran yis (Candid) di dalam badan  yang boleh menyebabkan jangkitan fungus (seperti thrush). Kesan sampingan ini kemungkinan berlaku jika anda mengambil Cefuroxime dalam jangka masa yang lama.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Xorim 750Mg Vial?

Tedapat sesetengah ubat yang mungkin mengganggu bagaimana Cefuroxime berfungsi  ataupun boleh menyebabkan ada kesan sampingan.

Termasuklah:

  • Antibiotik jenis Aminoglycoside
  • Tablet air (diuretik) seperti Furosemide
  • Probenecid
  • Ubat cair darah oral

Maklumkan kepada doktor jika perkara tersebut berlaku pada anda, anda mungkin memerlukan pemeriksaan tambahan untuk memantau fungsi buah pinggang jika anda mengambil cefuroxime.

Pil pencegah kehamilan

Cefuroxime mungkin mengurangkan keberkesanan ubat pencegah kehamilan. Jika anda mengambil pil pencegah kehamilan bersama dengan Cefuroxime, anda dinasihatkan untuk menggunakan kaedah penghalang kehamilan (seperti kondom). Minta nasihat doctor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Xorim 750Mg Vial?

Xorim®  mungkin berrindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah fungsi ubat atau menambahkan risiko kesan sampingan. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan   atau alkohol yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Xorim 750Mg Vial?

Xorim®   mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan individu. Interaksi tersebut sama ada membuatkan keadaan kesihatan semakin teruk atau mengubah fungsi ubat itu sendiri. Penting untuk doktor atau ahli farmasi untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Xorim® (Cefuroxime sodium) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang tepat akan ditentukan oleh doktor anda bergantung kepada tahap dan jenis jangkitan, sama ada anda sedang  mengambil antibiotik, berat badan dan umur, dan tahap kesihatan buah pinggang anda.

Dewasa dan remaja

750 mg hingga 1.5g  cefuroxime setiap hari dibahagikan kepada dua, tiga atau empat dos. Dos maksimum  : 6g untuk satu hari.

Pesakit buah pinggang

Jika anda mempunyai masalah buah pinggang, doctor anda mungkin mengubah kadar dos anda.  Berhubunglah dengan doktor anda.

Apakah dos Xorim® (Cefuroxime sodium) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Bayi baru lahir (0-3 minggu)

Untuk  setiap 1kg berat bayi, dos akan diberi dari 30 hingga 100 mg cefuroxime  setiap hari dan dibahagikan kepada dua atau tiga dos.

Bayi (3 minggu ke atas) dan kanak-kanak

Untuk setiap 1kg berat bayi atau kanak-kanak, mereka akan diberikan dari 30 hingga 100 mg Cefuroxime setiap hari dan dibahagikan kepada tiga atau empat dos.

Apakah bentuk penyediaan Xorim® (Cefuroxime sodium)

Xorim®  boleh didapati dalam bentuk dos  berikut:

  • Serbuk Xorim® 750mg untuk suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Dalam kecemasan atau dos berlebihan, hubungi pusat kecemasan setempat atau terus menuju ke bilik kecemasan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos, ambil sesegera mungkin. Akan tetapi, jika sudah hampir untuk masa dos seterusnya, langkau sahaja dos tersebut dan teruskan ambil dos seperti yang telah dijadualkan. Dilarang mengambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda