Xifaxan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Xifaxan Jenama: Xifaxan.

Kegunaan

Apa itu Xifaxan?

Xifaxan® adalah sejenis antibiotik yang melawan jangkitan bakteria hanya di dalam usus.

Rifaximin berfungsi berbeza dari antibiotik yang lain kerana ia lalu melepasi perut dan ke dalam usus tanpa diserap ke dalam aliran darah. Oleh kerana Xifaxan® hanya merawat saluran usus, ia tidak akan merawat sebarang jangkitan di bahagian badan yang lain.

Xifaxan® digunakan untuk merawat cirit birit pengembara yang disebabkan oleh E.coli dalam orang dewasa dan kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 12 tahun. Kebanyakan mendapat jangkitan ini dengan mengambil makanan atau minuman yang dicemari dengan bakteria E.coli.

Xifaxan® juga digunakan untuk merawat sindrom usus gelisah dalam kalangan dewasa yang simptom utamanya ialah cirit birit.

Xifaxan® juga digunakan untuk mengurangkan risiko kerosakan fungsi otak dalam kalangan dewasa yang menghidapi kegagalan hati. Fungsi otak boleh terjejas apabila hati berhenti berfungsi dan tidak mampu membuang bahan toksik dari badan.

Bagaimanakah kegunaan Xifaxan?

Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Patuhi semua arahan padal label perskripsi. Jangan ambil ubat ini melebihi atau kurang dari kadar dos yang ditetapkan atau lebih lama dari yang diarahkan.

Anda boleh mengambil Xifaxan® bersama atau tanpa makanan.

Gunakan ubat ini selama mana yang diarahkan. Simptom anda mungkin beransur pulih sebelum jangkitan hilang sepenuhnya. Melangkau dos juga boleh meningkatkan risiko anda kepada lebih jangkitan yang kebal kepada antibiotik. Xifaxan® tidak merawat jangkitan virus seperti selesema atau demam.

Hubungi doktor anda jika simptom yang dialami tidak bertambah baik selepas 24 jam, atau jika ia bertmabah buruk apabila mengambil ubatini.

Xifaxan® tidak merawat semua jenis bakteria yang menjadi punca kepada cirit birit pengembara.

Bagaimana saya menyimpan Xifaxan?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Xifaxan?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu
    mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli
    tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau
    ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh mengambil Xifaxan® jika anda alergi terhadap rifaximin, rifabutin, rifampin, or rifapentine.

Untuk memastikan Xifaxan® selamat untuk anda, sila maklumkan kepada doktor jika anda mengalami:

  • Penyakit hati
  • Cirit birit berserta demam
  • Cirit birit berair atau berdarah

Ia masih belum jelas adakah Xifaxan® akan membahayakan bayi dalam kandungan. Maklumkan kepada doktor jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung.

Ia juga masih belum diketahui adakah ubat ini berpindah ke dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Anda tidak sepatutnya menyusukan bayi semasa mengambil ubat ini.

Xifaxan® tidak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Xifaxan semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hentikan penggunaan Xifaxan® dan hubungi doktor anda jika:

  • Sakit perut yang teruk, cirit birit yang berair dan berdarah
  • Demam
  • Penambahan berat badan yang mendadak, terutamanya di muka dan bahagian tengah badan.

Kesan sampingan yang sering terjadi termasuklah:

  • Bengkak pada tangan, kaki atau bahagian tengah badan.
  • Sakit atau pening kepala
  • Rasa penat
  • Ujian fungsi hati tidak normal

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Xifaxan?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh memberi tindak balas kepada ubat ini termasuklah:

  • Cyclosporine
  • Lopinavir and ritonavir
  • Antibiotik – azithromycin, clarithromycin, erythromycin
  • Ubatan antikulat – itraconazole, ketoconazole
  • Ubatan untuk jantung dan tekanan darah – amiodarone, captopril, carvedilol,

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Xifaxan?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Xifaxan?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.diltiazem, dronedarone, felodipine, quinidine, ranolazine, verapamil.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa untuk cirit birit pengembara

200mg secara oral 3 kali sehari untuk 3 hari.

Dos biasa untuk Hepatic Encephalopathy

550mg secara oral dua kali sehari.

Irritable bowel syndrome beserta cirit birit

Dos yang disyorkan ialah satu tablet 550mg diambil melalui oral 3 kali sehari untuk 14 hari. Pesakit yang mengalami simptom berulang boleh di ulang rawat sehingga dua kali pada regimen dos yang sama.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa untuk cirit birit pengembara ialah:

12 tahun atau lebih: 200mg secara oral 3 kali sehari untuk 3 hari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Xifaxan® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet: rifaximin 550mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.