Nama AM: Xeltabine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa kegunaan Xeltabine® (capecitabine)?

Xeltabine® digunakan untuk merawat kanser  payudara, kolon, atau rektal. Peranannya dengan memperlahankan atau membantutkan  tumbesaran sel kanser.

Bagaimanakah kegunaan Xeltabine® (capecitabine)?

Ambil  ubat ini secara oral  seperti yang diarahkan oleh doktor anda,  2 kali sehari; sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang.

Makan ubat ini  bersama segelas penuh air  (8 auns/240 mililiter) 30 minit selepas makan. Jangan pecahkan, kecilkan atau hancurkan ubat tablet. Xeltabine®  diambil setiap hari selama dua minggu, kemudian berhenti sementara selama seminggu untuk setiap pusingan rawatan.

Dos disukat berdasarkan tahap kesihatan, saiz tubuh badan dan tindakbalas terhadap rawatan.  Jangan tambah dos atau ambil ubat ini secara kerap atau lebih lama daripada yang telah disarankan oleh doktor. Keadaan anda  tidak pulih dengan lebih pantas, bahkan risiko kesan sampingan akan meningkat.

Bagaimana saya menyimpan Xeltabine® (capecitabine)?

Xeltabine®  harus disimpan di suhu bilik  jauh daripada terdedah kepada cahaya dan keadaan lembap. Untuk mengelakkan ubat ini rosak, anda dilarang menyimpan Xeltabine®  di dalam tandas atau di dalam peti ais. Terdapat beberapa perbezaan produk Xeltabine® yang memerlukan cara penyimpanan yang berlainan. Penting untuk anda  sentiasa menyemak produk untuk arahan penyimpanan ubat atau anda boleh bertanya dengan ahli farmasi. Untuk keselamtatan, jauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda dilarang membuang Xeltabine®  di dalam mangkuk tandas atau ke dalam longkang  melainkan diarahkan berbuat demikian. Penting untuk anda  menyisihkan ubat ini dengan cara yang betul selepas tarikh tamat tempoh atau  jika tidak diperlukan lagi. Berundinglah dengan ahli farmasi untuk perincian yang lebih lanjut cara yang selamat untuk menyisihkan ubat ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Xeltabine® (capecitabine)?

Sebelum mengambil ubat ini, maklumkan kepada doktor, jika:

  • Anda mengandung atau menyusukan bayi. Anda  hanya perlu mengambil ubat ini sekadar yang disarankan oleh dojtor sahaja jika anda  mengandung atau menyusukan bayi.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk mana- mana ubat yang anda boleh dapati  tanpa memerlukan preskripsi seperti herba dan ubat pelengkap.
  • Anda mengalami alergi  dengan kandungan aktif atau tidak aktif, Xeltabine® atau ubat lain.
  • Anda menghidap sebarang penyakit  atau tahap kesihatan tertentu.

Memandangkan ubat ini boleh dicerap melalui kulit atau paru-paru dan mampu membahayakan bayi di dalam  kandungan, ibu mengandung atau wanita yang berpotensi untuk mengandung disarankan untuk tidak mengambil ubat ataupun menghidu  tablet ubat ini.

Capecitabine meningkatkan risiko anda untuk terkena sebarang jangkitan atau membuat sakit anda menjadi semakin teruk.  Jauhi berhubung dengan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit (contohnya cacar air, campak, selesema). Berundinglah dengan  doktor jika anda telah terdedah dengan pesakit tersebut untuk perincian yang lebih lanjut.

Jangan mengambil imunisasi/ vaksin tanpa  kebenaran doktor. Elakkan daripada berjumpa dengan mana-mana individu yang baru menerima suntikan vaksin hidup (seperti vaksin selesema yang disedut melalui hidung).

Elakkan dan tingkatkan pengawasan daripada terluka atau tercedera, menggunakan objek tajam  seperti pisau cukur dan pemotong kuku, dan jauhi aktiviti yang memerlukan sentuhan.

Anda mungkin lebih sensitif terhadap matahari ketika penggunaan ubat ini.  Elakkan terdedah kepada matahari dalam jangka masa yang lama dan cahaya untuk menggelapkan kulit. Gunakan pelindung matahari dan pakailah pakaian ketika  berada di luar rumah.

Ubat ini mungkin boleh menyebabkan pening.  Dilarang memandu, menggunakan mesin, atau membuat sebarang aktiviti yang memerlukan kewaspadaan kecuali  anda mampu melakukannya dalam keadaan yang selamat. Hadkan pengambilan alcohol.

Orang tua  lebih sensitif  untuk terkena kesan sampingan ubat ini, terutamanya loya, muntah,cirit-birit, dan sindrom kaki dan tangan.

Adakah selamat untuk mengambil Xeltabine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada  kajian mencukupi  terhadap wanita untuk menentukan sebarang risiko penggunaan Xeltabine®   ketika mengandung atau ketika menyusukan bayi. Sentiasalah berunding dengan doktor anda  untuk menimbang baik dan buruk sebelum menggunakan Xeltabine®. Menurut US Food and Drug Administration (FDA). Xeltabine® tergolong  dalam kategori D risiko mengandung.

Rujukan kategori risiko mengandung  FDA seperti berikut:

  • A= Tiada  risiko
  • B=  tiada  risiko menurut sebahagian kajian
  • C=  mungkin ada  risiko
  • D=  risiko dengan bukti positif
  • X= kontradik
  • N= tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Xeltabine® (capecitabine)?

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ketika pengambilan ubat ini, termasuk:

  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera
  • Sembelit
  • Kepenatan
  • Lemah
  • Sakit kepala
  • Pening kepala
  • Sukar untuk tidur
  • Ubah selera
  • Cirit-birit
  • Kekerapan kencing berkurang secara tidak normal
  • Dahaga yang luar biasa
  • Gugur  rambut buat sementara waktu
  • Masalah kulit

Berhenti  mengambil Capecitabine dan terus maklumkan kepada doktor  dengan segera jika kesan sampingan yang serius berlaku seperi berikut:

  • Loya atau muntah secara keterlaluan (muntah dua kali atau lebih dalam  sehari, tidak mampu makan atau menyimpan makan/cecair di dalam perut)
  • Bengkak/ merah yang sakit  di dalam mulut atau pada lidah
  • Mudah lebam/ berdarah
  • Perubahan mental  (seperti tekanan)
  • Bengkak  pada kaki/ buku lali
  • Perubahan penglihatan
  • Tanda masalah buah pinggang (perubahan kuantiti air kencing)
  • Mata/ kulit  kuning
  • Kencing  hitam
  • Masalah pernafasan

Dapatkan rawatan segera jika ada tanda-tanda berikut:

  • Sakit  dada/ rahang/  tangan kiri
  • Berpeluh yang berlebihan
  • Pengsan
  • Degupan jantung yang tidak stabil

Bukan semua indiviidu mengalami kesan sampingan.  Terdapat kesan sampingan yang tidak dinyatkan di atas.  Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan kesan sampingan, sila berunding  dengan doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Xeltabine® (capecitabine)?

Xeltabine®   mungkin berinteraksi dengan  ubat yang anda sedang ambil,, yang mungkin fungsi  ubat anda ataui meningkatkan risiko kesan sampingan.  Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubatan, anda haruslah menyenaraikan kesemua ubat yang anda sedang ambil (termasuk ubat yang telah disarankan, tidak disarankan  dan produk herba) dan maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi. Untuk keselamatan, jangan mulakan, hentikan, atau ubah dos ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Xeltabine® (capecitabine)?

Xeltabine® mungkin berinteraksi  dengan makanan atau alkohol dengan mengubah fungsi ubat atau meningkat risiko untuk kesan sampingan yang serius.  Sila berbincang dengan doktor anda atau ahli farmasi sebarang interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat in

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Xeltabine® (capecitabine)?

Xeltabine®   mungkin berinteraksi dengan tahap kesihatan anda.  Interaksi ini mungkin membuatkan keadaan kesihatan semakin teruk atau mengubah bagaimana  ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi keadaan kesihatan semasa anda.

Keadaan kesihatan seperti berikut:

  • Kurang  enzim tertentu  (dihydropyrimidine dehydrogenase – DPD)
  • Penyakit berkaitan darah ( penindasan sum sum tulang)
  • Masalah jantung  (sakit jantung)
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah hati

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Xeltabine® (capecitabine) yang disyorkan untuk dewasa?

Kanser kolorektal

Rawatan utama untuk pesakit kanser kolorektal metastatik ketika rawataan menggunakan fluruopyrimidine sahaja:

  • Dos yang disarankan ialah 1250 mg/m2 secara oral  2 kali sehari (pagi dan petang; bersamaan dengan 2500mg/m2 keseluruhannya) selama 2 minggu  diikuti oleh seminggu rehat bersamaan 3 minggu satu kitaran.
  • Rawatan adjuvant untuk pesakit duke’s c  kanser kolon:
  • Dos yang disyorkan  ialah 1250 mg/m2 secara oral 2 kali sehari( pagi dan petang; bersamaan 2500mg/m2  keseluruhannya) selama 2 minggu diikuti seminggu rehat bersamaan 3 minggu untuk satu kitaran untuk jumlah  8 kitaran(24 minggu).
  • Kanser payudara
  • Dos yang disarankan ialah 1250 mg/m2 secara oral  2 kali sehari (pagi dan petang; bersamaan dengan 2500mg/m2 keseluruhannya) selama 2 minggu  diikuti oleh seminggu rehat bersamaan 3 minggu untuk satu kitaran.
  • Kombinasi  bersama docetaxel.
  • Dos yang disarankan ialah 1250 mg/m2 secara oral  2 kali sehari (pagi dan petang; bersamaan dengan 2500mg/m2 keseluruhannya) selama 2 minggu  diikuti oleh seminggu rehat, dikombinasi bersama docetaxel 75mg/m2 setiap satu jam melalui saluran IV  untuk setiap 3 minggu.

Apakah dos Xeltabine® (capecitabine) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit kanak-kanak masih belum dijumpai dan mungkin tidak selamat untuk kanak.  Penting untuk faham sebetulnya tentang tatacara penggunaan ubat ini sebelum digunakan. Berhubunglah dengan doctor aatau ahli farmasi untuk keterangan lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Xeltabine® (capecitabine)

Xeltabine®  boleh didapati dalam bentuk dan dos yang berikut:

  • Tablet 500mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Dalam keadaan kecemasan atau dos berlebihan, hubungi  servis kecemasan setempat atau terus ke bilik kecemasan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas satu dos Xeltabine®, ganti sesegera  mungkin. Akan tetapi, jika sudah hampir untuk waktu dos seterusnya, langkau dos yang tertinggal  dan ambil dos seperti yang djadualkan seperti biasa. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda