Xarelto

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Xarelto Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Xarelto?

Xarelto® selalunya digunakan untuk mengelakkan atau merawat jenis darah beku dipanngil deep vein thrombosis (DVT), yang mana membawa kepada darah beku ke paru-paru (pulmonary embolism). DVT boleh terjadi selepas beberapa jenis pembedahan tertentu.

Ia juga sering digunakan pada mereka yang mengalami atrial fibrillation (gangguan pada detak jantung) untuk mengurangkan risiko stroke yang disebabkan darah beku tersebut.

Ubat ini juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenarikan di sini.

Bagaimanakah kegunaan Xarelto?

Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Xarelto® diambil sama ada sekali sehari atau dua kali sehari bergantung kepada sebab anda mengambil ubat ini. Patuhi semua arahan pada label perskripsi. Doktor mungkin akan menukar dos ubat beebrapa kali. Jangan ambilubat ini melebihi atau kurang dari dos yang diarahkan. Berhati-hati mematuhi arahan doktor anda.

Beritahu doktor anda jika anda mengalami kesukaran untuk menelan tablet Xarelto®.

Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda sedang mengambil Xarelto®. Jika anda perlu menjalani pembedahan atau prosedur dental, maklumkan kepada pakar bedah atau doktor gigi anda bahawa anda menggunakan ubat ini. Jika anda memerlukan ubat bius untuk sebarang prosedur atau pembedahan, anda mungkin perlu berhenti mengambil ubat ini buat sementara waktu.

Gunakan Xarelto® pada waktu yang ditetapkan untuk mendpata kesemua manfaatnya. Dapatkan pengisian semula preskripsi anda sebelum ia habis sepenuhnya.

Jangan ubah dos atau berhenti mengambil ubat ini tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Berhenti mengambilnya secara mengejut boleh meningkatkan risiko anda kepada darah beku atau stroke.

Bagaimana saya menyimpan Xarelto?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Xarelto?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan Xarelto® jika anda ada:

  • Injap jantung tiruan
  • Pendarahan aktif atau tidak terkawal

Xarelto® boleh menyebabkan darah beku yang sangat serius di sekeliling saraf tunjang anda jika anda menjalani spinal tap atau menerima ubat bius (epidural). Darah beku jenis ini boleh menyebabkan lumpuh untuk jangka masa lama, dan lebih mudah terjadi jika:

  • Anda mempunyai kecacatan saraf tunjang secara genetik
  • Anda ada kateter saraf tunjang
  • Anda ada sejarah pembedahan saraf tunjang atau spinal tap berulang kali
  • Anda mengalami spinal tap atau bius epidural baru-baru ini
  • Anda mengambil NSAID-Advil, Aleve, Motrin dan lain-lain
  • Anda menggunakan ubat lain untuk merawat atau mengelakkan darah beku.

Xarelto® boleh menyebabkan anda lebih mudah mengalami pendarahan, terutamanya jika anda mengalami:

  • Gangguan pendarahan yang diwarisi atau yang disebabkan oleh penyakit
  • Strok berdarah
  • Tekanan darah tinggi tidak terkawal
  • Pendarahan pada perut atau usus atau ulcer
  • Jika anda mengambil ubatan tertentu seperti aspirin, enoxaparin, heparin, warfarin (Coumadin, Jantoven) atau clopidogrel (Plavix) atau antidpresi tertentu.

Adakah selamat untuk mengambil Xarelto semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

  • Sakit otot
  • Kegatalan
  • Sakit pada lengan dan kaki

Hubungi doktor anda sekiranya perkara berikut berlaku:

  • Mudah lebam atau berdarah (hidung berdarah, gusi berdarah, pendarahan menstruasi yang teruk)
  • Sakit, bengkak, atau cairan dari luka atau di tempat jarum dicucuk pada kulit.
  • Pendarahan dari luka atau suntikan jarum
  • Pendarahan yang tidak akan berhenti
  • Pening kepala, mengantuk, lemah badan, rasa seperti mahu pitam
  • Urin berwarna merah, merah jambu atau perang
  • Najis berdarah
  • Batuk berdarah atau muntah seperti biji kopi
  • Darah beku pada saraf tunjang- sakit belakang, kekebasan atau lemah otot di bahagian bawah badan, hilang kawalan pundi kencing atau usus.

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Xarelto?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Erythromycin
  • Rifampin
  • St. John’s wort
  • Ubatan antikulat – itraconazole or ketoconazole
  • Ubatan HIV – indinavir, lopinavir, ritonavir
  • Ubatan sawan – carbamazepine, phenobarbital, phenytoin

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Xarelto?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Xarelto?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Penyakit hati
  • Penyakit buah pinggang

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos dewasa untuk prophylaxis Deep Vein Thrombosis selepas pembedahan penggantian punggung

Mencegah thromboembolism vena untuk pesakit yang menjalani pembedahan mengganti punggung atau lutut: 10mg secara oral sekali sehari bermula dari 6-10 jam selepas pembedahan.

Tempoh terapi ialah 35 hari untuk pembedahan mengganti punggung dan 12 hari untuk pembedahan mengganti lutut.

Dos dewasa untuk Atrial Fibrillation

Nonvalvular atrial fibrillation: 20mg secara oral sekali sehari bersama  hidangan petang

Dos dewasa untuk Deep Vein Thrombosis &  Pulmonary Embolism

Rawatan untuk DVT dan PE:

  • Dos permulaan: 15mg secara oral dua kali sehari bersama makanan, untuk 21 hari yang pertama.
  • Dos pengekalan: 20mg secara oral sekali sehari bersama makana, untuk rawatan selebihnya

Dos dewasa untuk Deep Vein Thrombosis & Pulmonary Embolism – kejadian berulang

Mengurangkan risiko DVT dan PE dari berulang: 20mg secara oral sekali sehari berserta makanan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Xarelto® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, bersalut lapisan, rivaroxaban 10mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.