Wellbutrin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Wellbutrin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Wellbutrin?

Wellbutrin® adalah sejenis ubatan antidepressi digunakan untuk merawat gangguan tekanan major dan gangguan afektif bermusim.

Wellbutrin® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak dinyatakan pada panduan ini.

Bagaimanakah kegunaan Wellbutrin?

Ambil ubat ini seperti yang doktor arahkan. Patuhi semua arahan pada label perskripsi. Jangan ambil ubat ini lebih atau kurang dari kuantiti yang di arahkan atau lebih lama dari yang disyorkan. Pengambilan yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko anda kepada sawan.

Jangan hancurkan, kunyah atau patahkan tablet. Telan sebiji ubat sekaligus.

Anda tidak sepatutnya mengubah dos atau berhenti gunakan ubat ini secara tiba-tiba, kecuali jika anda mengalami sawan semasa mengambilnya. Berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan simptom penarikan yang tidak menyenangkan. Tanya doktor anda bagaimana menggunakan ubat ini dengan selamat.

Ubat ini boleh menyebabkan anda mengalami ujian saringan dadah yang positif salah. Jika anda menyediakan sampel urin untuk saringan, sila maklumkan kepada staf yang anda mengambil bupropion.

Bagaimana saya menyimpan Wellbutrin?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Wellbutrin?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda mengalami sawan, gangguan makan, atau jika anda berhenti mengambil alkohol, ubatan sawan, atau ubat penenang secara tiba-tiba. Jika anda mengambil Wellbutrin® untuk depressi, jangan mengambil Zyban untuk berhenti dari merokok.

Jangan gunakan bupropion jika anda menggunakan penghalang MAO dalam masa 14 hari lalu. Tindak balas dadah yang merbahaya boleh terjadi. Penghalang MAO termasuklah isocarboxazid, linezolid, suntikan methylene biru, phenelzine, rasagiline, selegiline, or tranylcypromine.  

Sesetengah orang muda berpendapat untuk bunuh diri apabila mula-mula mengambil anti-depresi. Doktor anda mungkin perlu untk membuat pemeriksaan kepada anda dengan kerap untuk memeriksa perkembangan anda semasa menggunakan ubat ini. Keluarga atau penjaga anda juga perlu peka akan sebarang perubahan kepada mood anda atau sebarang simptom yang muncul.

Laporkan sebarang simptom baru atau yang semakin teruk kepada doktor anda, seperti perubahan mood atau sikap, gelisah, serangan panik, sukar tidur, atau jika anda berasa impulsif, mudah marah, agresif, hiperaktif (mental atau fizikal), lebih tertekan, atau ada terlintas untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Adakah selamat untuk mengambil Wellbutrin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

  • Mulut kering
  • Hidung tersumbat
  • Loya-loya
  • Sembelit
  • Masalah untuk tidur (insomnia)
  • Berasa gelisah
  • Pening
  • Sakit sendi

Hubungi doktor jika anda mengalami:

  • Sawan
  • Perubahan pelik pada mood dan sikap
  • Episod mania- banyak berfikir, tenaga bertambah, bertindak melulu, berasa gembira yang melampau, mudah marah, bercakap lebih dari biasa, masalah sukar tidur
  • Penglihatan kabur, penglihatan tidak luas, sakit atau bengkak pada mata, penampakan halo pada sekeliling cahaya
  • Denyut jantung laju
  • Tindak balas kulit yang teruk, sakit tekak, bengkak pada muka dan lidah, pedih mata, sakit pada kulit, diikuti dengan ruam berwarna merah atau ungu yang merebak (terutamnya di muka dan bahaigan ats badan ) dan mneyebabkan kudis dan kulit menggelupas.

Dapatkan rawatn kecemasan jika anda mengalami sebarnag tanda-tanda tindak balas alergi seperti bintat, sesak nafas, bengkak pada muka dan bibir,lidha dan tekak.

Laporkan sebarang simptom baru atau yang semkain teruk kepada doktor, seperti perubahan modd atau sikap, gellisah, depresi, serangan panik, sukar tidur, berasa impulsif, mudah marah, agresif, hiperaktif (mental atau fizikal), lebih tertekan, atau ada terlintas untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Wellbutrin?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Wellbutrin?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Wellbutrin?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak bals dengan ubat ini ialah:

  • Sejarah kecederaan di kepala, sawan atau tumor otak atau saraf tunjang
  • Glaukoma berbucu sempit
  • Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sejarah serangan jantung
  • Diabetes
  • Penyakit hati atau buah pinggang (terutamanya cirrhosis)
  • Gangguan bipolar atau penyakit mental lain

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Target dos yang biasa untuk dewasa ialah 300mg per hari, diberi dalam 150mg dua kali sehari. 

Dos permulaan ialah 150mg sehari diberi sebagai dos harian sekali pada waktu pagi.

Selepas 3 hari dos, dos boleh ditambah kepada 300mg setiap hari, diberi sebagai 150mg dua kali sehari. Ia perlu diberi jarak antara keduanya paling kurang 8 jam.

Maksimum dos ialah 400mg setiap hari, diberi sebagai 200mg dua kali sehari, boleh dipertimbangkan untuk pesakit yang tidak menunjukkan perkembangan selepas beberapa minggu rawatan pada 300mg setiap hari.

Untuk mengelakkan kepekatan berpuncak tinggi, jangan melebihi 200mg untuk satu dos.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ia tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, bersalut lapisan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.