Vyvanse

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Vyvanse Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Vyvanse?

Vyvanse® adalah perangsang sistem saraf utama. Ia memberi kesan kepada kimia di dalam otak dan saraf yang menyumbang kepada hiperaktiviti dan kawalan impuls.

Vyvanse® digunakan untuk merawat attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) untuk dewasa dan kanak-kanak yang sekurang-kurangnya berumur 6 tahun.

Vyvanse® juga digunakan untuk merawat gangguan nafsu makan yang sederhana hingga ke tahap teruk. Ubat ini tidak sesuai digunakan untuk mereka yang obes atau untuk mengurangkan berat badan.

Bagaimanakah kegunaan Vyvanse?

Ambil Vyvanse® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ikuti semua arahan pada label perskripsi. Doktor anda mungkin akan menukar dos ubat anda beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini melebihi atau kurang dari kadar dos yang diarahkan.

Vyvanse® perlu diambil pada waktu pagi bersama atau tanpa makanan.

Jangan ambil ubat pada waktu petang kerana ia boleh mengganggu tidur anda (insomnia).

Tablet yang boleh dikunyah perlu dikunyah sebelum ditelan.

Jangan hancurkan, kunyah atau patahkan kapsul. Telan sebiji tablet sekaligus. Untuk menelan dengan mudah anda boleh membuka kapsul dan tabur ubat itu di dalam secawan air atau campurkannya dengan yogurt. Selepas ubat itu larut, minum atau makan campuran tersebut secepatnya. Jangan simpan untuk diambil ekmudian.

Doktor anda mungkin perlu memeriksa perkembangan anda dengan kerap. Tekanan darah dan kadar denyutan jantung perlu diperiksa selalu.

Bagaimana saya menyimpan Vyvanse?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Vyvanse?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor. 
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Jangan gunakan Vyvanse® jika anda ada menggunakan penghalang MAO dalam mas 14 hari lalu. Interaksi ubat yang merbahaya boleh terjadi. Penghalang MAO termasuklah isocarboxazid, linezolid, suntikan methylene biru, phenelzine, rasagiline, selegiline, and tranylcypromine.

Lisdexamfetamine adalah sejenis ubat yang boleh disalahgunakan dan menjadi ketagihan. Sentiasa peka dengan kuantiti ubat yang digunakan pada setiap botol baru. Anda patut peka jika ada sesiapa yang menggunakan ubat anda secara salah atau atau tanpa perskripsi. Menggunakan ubat ini dengan cara yang salah boleh menyebabkan kematian dan kesan sampingan yang serius pada jantung.

Beberapa perangsang telah menyebabkan kematian secara tiba-tiba pada orang tertentu. Beritahu doktor jika anda mempunyai:

  • Masalah jantung atau kecacatan jantung kongenital
  • Tekanan darah tinggi
  • Sejarah keluarga yang mengalami penyakit jantung atau kematian mendadak
  • Penyakit coronary arteri (arteri yang mengeras)
  • Sejarah serangan jantung

Adakah selamat untuk mengambil Vyvanse semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

  • Mulut kering
  • Hilang selera makan
  • Berat badan merosot
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Pening
  • Mudah marah
  • Loya-loya
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

Berhenti gunakan Vyvanse® dan hubungi doktor jika anda mengalami:

  • Sakit dada, sesak nafas, denyut jantung laju atau tidak sekata
  • Pening lalat, rasa pitam
  • Halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak wujud_ , masalah sikap baru, agresif, besar kepala, paranoid
  • Sakit otot yang tiada penjelasan, nyeri atau lemah
  • Ereksi penis yang sakit atau bertahan sehingga 4 jam atau lebih (jarang)
  • Kekebasan, sakit, rasa sejuk, luka yang tiada penjelasan, atau perubahan warna kulit (pucat, merah, biru) pada jari tangan dan kaki.

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Vyvanse?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Vyvanse?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Vyvanse?

Vyvanse® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan ubat ini ialah:

  • Penyakit buah pinggang
  • Masalah aliran darah pada tangan dan kaki
  • Penyakit salur darah periferal seperti sindrom Raynaud
  • Depressi, penyakit mental, penyakit bipolar, psikosis atau cubaan bunuh diri

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa untuk Attention Deficit Disorder:

Dos permulaan: 30mg secara oral sekali sehari pada waktu pagi

Jika perlu, dos permulaan boleh ditambah kepada lebih kurang 10-20mg sekali seminggu dan maksimum dos harian ialah 70mg. Kekalkan pesakit pada dos yang optimum.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos pediatrik biasa untuk Attention Deficit Disorder:

6 tahun atau lebih:

Dos permulaan: 30mg secara oral sekali sehari pada waktu pagi

Jika perlu, dos permulaan boleh ditambah kepada 10-20mg seminggu sekali sehingga maksimum dos harian 70mg. Kekalkan pesakit pada dosnya yang optimum.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Vyvanse® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul, tablet, boleh dikunyah lisdexamfetamine 10mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Apa yang harus saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.