Voltaren

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Voltaren Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Voltaren?

Voltaren® ialah sejenis ubat anti-radang bukan steroid. Diclofenac berfungsi dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan rasa sakit dan keradangan di dalam badan.

Ia digunakan untuk merawat sakit yang ringan hingga sederhana atau tanda dan simptom osteoarthirits atau rheumatoid arthritis.

Voltaren® boleh juga digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di sini.

Bagaimanakah kegunaan Voltaren?

Ambil Voltaren® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ikut arahan doktor anda berapa banyak ubat yang perlu anda ambil.

Patuhi semua arahan pada label perskripsi anda. Doktor anda mungkin akan menukar dos anda beberapa kali. Jangan ambil Voltaren® dalam kuantiti yang banyak atau lama dari yang disarankan. Gunakan dos paling rendah yang bekresan dalam merawat keadaan anda.

Jangan hancurkan, kunyah atau patahkan  tablet Voltaren® anda. Telan sebiji tablet tersebut sekaligus.

Jika anda menggunakan Voltaren® untuk jangka masa yang lama, anda mungkin memerlukan ujian kesihatan yang lebih kerap.

Bagaimana saya menyimpan Voltaren?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Voltaren?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu
    mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli
    tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau
    ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Voltaren® boleh meningkatkan risiko kepada serangan jantung atau stroke, terutamanya jika anda menggunakannya untuk jangka masa yang lama atau mengambilnya dengan dos yang tinggi, atau jika anda menghidapi penyakit jantung. Mereka yang tiada penyakit jantung atau faktor risiko juga noleh mendapat stroke atau serangan jantung semasa menggunakan ubat ini.

Jangan gunakan Voltaren® sejurus sebelum atau selepas pembedahan jantung bypass (coronary artery bypass graft, atau CABG).

Anda tidak sepatutnya menggunakan Voltaren® jika anda pernah mengalami serangan semput atau reaksi alergi yang teruk selepas mengambil aspririn atau NSAID.

Adakah selamat untuk mengambil Voltaren semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori D bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda serangan jantung atau stroke: sakit dada yang merebak hingga ke rahang atau bahu, kebas tiba-tiba atau lemah pada sebelah bahagian badan, gagap, sesak nafas.

Hentikan penggunaan ubat ini dan hubungi doktor anda sekiranya:

  • Tanda pertama berlakunya ruam, tidak kira seringan mana pun
  • Sesak nafas (walaupun hanya paksaan yang ringan)
  • Bengkak atau pertambahan berat badan yang cepat
  • Tanda-tanda pendarahan dalam perut- najis berdarah, batuk berdarah, atau muntah yang warnanya nampak seperti biji kopi.
  • Masalah hati-loya, sakit bahagian atas perut, kegatalan, rasa letih, simptom demam selesema, hilang selera makan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat, jaundice (kulit dan mata menjadi kekuningan)
  • Masalah buah pinggang- sedikit atau tiada buang air kecil, sakit atau sukar membuang air kecil, bengkak pada kaki dan pergelanagn kaki, rasa penat atau sesak nafas.
  • Tekanan darah tinggi- sakit kepala yang teruk,berdenyut pada leher dan telinga, hidung berdarah, gelisah, kekeliruan
  • Sel darah merah rendah (anemia)- pucat, pening lalat atau sesak nafas, dneyut jantung laju, sukar fokus
  • Rekasi kulit yang teruk- demam, sakit tekak, bengkak muka dan lidah, pedih mata, rasa sakit pada kulit diikuti dengan ruam berwarna merah atau ungu yang merebak (terutamnya pada muka atau atas badan) dan menyebabkan kudis dan mengelupas.

Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

  • Tidak lawas, gas, sakit perut, loya dan muntah
  • Cirit birit, sembelit
  • Pening kepala, sakit kepala dan mengantuk
  • Hidung tersumbat
  • Kegatalan, berpeluh semakin banyak
  • Tekanan darah semakin tinggi
  • Bengkak dan sakit pada lengan dan kaki

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Voltaren?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini ialah:

  • Cyclosporine
  • Lithium
  • Methotrexate
  • Rifampicin
  • Ubatan anti-kulat
  • Pencair darah (warfarin, coumadin, Jantoven)
  • Ubatan jantung atau darah tinggi, termasuk diuretik atau ‘pil air’
  • Bentuk lain diclofenac (Flector, Pennsaid, Solaraze, Voltaren gel)
  • NSAID lain -aspirin, ibuprofen, (Advil, Motrin), naproxen, (Aleve), celecoxib (Celebrex), indomethacin, meloxicam dan lain-lain
  • Ubatan steroid (prednisone dan lain-lain)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Voltaren?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Voltaren?

Voltaren® boleh berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Ia adalah penting untuk sentiasa memberitahu doktor anda pakar farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang sedang anda hadapi.

Keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Voltaren® ialah:

  • Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetes, atau jika anda merokok
  • Sejarah serangan jantung, stroke atau darah beku
  • Sejarah ulser perut atau pendarahan
  • Semput
  • Penyakit hati dan buah pinggang
  • Cecair tertahan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Untuk osteoarhtirits, dos yang disyorkan ialah 100-150 mg/hari dalam dos yang dibahagikan (50mg 2 atau 3 kali sehari, atau 75 mg dua kali sehari)

Untuk rheumatoid arthritis, dos yang disyorkan ialah 150-200 mg/hari dalam dos yang dibahagikan (50mg 3 atau 4 kali sehari, atau 75mg dua kali sehari)

Untuk ankylosing spondylitis, dos yang disyorkan ialah 100-125mg/hari, diberi sebagai 25mg 4 kali sehari, dengan ekstra 25mg dos sebelum tidur jika perlu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Voltaren® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, perlepasan tertangguh: diclofenac sodium 75mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.