Nama AM: Voltamicin Jenama: Voltamicin.

Kegunaan

Apa kegunaan Voltamicin?

Voltamicin® adalah ubat anti-radang bukan steroid (NSAID). Ia biasanya digunakan untuk melegakan kesakitan, bengkak (keradangan), dan kekakuan sendi yang disebabkan oleh arthritis.

Mengurangkan simptom-simptom di atas dapat membantu melakukan lebih banyak aktiviti harian anda.

Voltamicin® boleh digunakan untuk tujuan lain, sila berhubung dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Telan ubat ini dengan segelas air penuh (8 auns / 240 mililiter) melainkan doktor mengarahkan anda sebaliknya. Jangan berbaring selama sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini. Sekiranya anda mengalami sakit perut dengan ubat ini, anda boleh mengambilnya dengan makanan, susu, atau antacid. Walau bagaimanapun, ini boleh melambatkan penyerapan dan melambatkan kelegaan kesakitan, terutama jika anda tidak mengambil ubat ini pada jadual biasa.

Mengapa saya perlu ambil Voltamicin® (diclofenac Na, gentamicin sulfate)?

Telan ubat ini secara keseluruhan. Jangan menghancurkan, mengunyah, atau memecahkan tablet. Melakukannya boleh memusnahkan salutan khas pada tablet dan boleh meningkatkan kesan sampingan.

Untuk keadaan tertentu (seperti arthritis), ia mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu penggunaan biasa sebelum anda mendapat manfaat ubat ini sepenuhnya.

Sekiranya anda mengambil ubat ini secara “seperti yang diperlukan” (bukan pada jadual biasa), diingatkan bahawa ubat-ubatan merawat kesakitan berfungsi dengan baik jika ia digunakan sebagai tanda pertama kesakitan berlaku. Sekiranya anda menunggu sehingga kesakitan semakin teruk, ubat mungkin tidak lagi berfungsi ke atas tubuh anda.

Bagaimana saya menyimpan Voltamicin?

Voltamicin® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Voltamicin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Voltamicin® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Voltamicin® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Voltamicin?

Sebelum mengambil Voltamicin®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Voltamicin® atau aspirin atau NSAID lain (seperti ibuprofen, naproxen, celecoxib).
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Masalah buah pinggang kadang-kadang boleh terjadi dengan penggunaan ubat-ubatan NSAID, termasuk Voltamicin®. Masalah lain yang mungkin berlaku jika anda mengalami dehidrasi, mengalami kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang, terutamanya dalam kalangan dewasa yang lebih tua, atau jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu (lihat juga bahagian Interaksi ubatan). Minum banyak air seperti yang diarahkan oleh doktor anda untuk mengelakkan dehidrasi dan beritahu doktor sekiranya anda mempunyai perubahan jumlah air kencing.

Ubat ini boleh membuat anda pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan jentera, atau melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan kewaspadaan sehingga anda pasti dapat melakukan aktiviti tersebut dengan selamat.

Ubat ini boleh menyebabkan pendarahan pada perut. Penggunaan harian alkohol dan tembakau, terutama apabila digabungkan dengan ubat ini, boleh meningkatkan risiko pendarahan perut. Hadkan alkohol dan hentikan merokok. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Ubat ini boleh menjadikan anda lebih sensitif terhadap matahari. Elakkan pendedahan matahari yang berpanjangan. Gunakan pelindung matahari dan pakai pakaian pelindung apabila di luar rumah. Orang dewasa lebih tua mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat ini, terutamanya pendarahan perut / usus, masalah buah pinggang, dan masalah jantung yang semakin teruk.

Adakah selamat untuk mengambil Voltamicin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Voltamicin?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Ketidakselesaan perut
  • Mabuk
  • Pedih ulu hati
  • Cirit Birit
  • Sembelit
  • Kembung perut
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Pening lalat
  • Meningkatkan tekanan darah

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Bengkak pada tangan dan kaki (edema)
  • Kenaikan mendadak berat badan
  • Perubahan pendengaran (bunyi berdesing di telinga)
  • Perubahan mood dan mental
  • Difficult/painful swallowing Kepayahan untuk menelan air liur
  • Keletihan yang luar biasa

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika mana-mana kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi sangat serius ini berlaku:

  • Petanda masalah buah pinggang (seperti perubahan jumlah air kencing)
  • Kekakuan yang pelik di bahagian leher
  • Air kencing berwarna gelap
  • Mabuk berpanjangan/muntah/hilang selera makan
  • Sakit pada bahagian abdomen/perut
  • Kulit dan mata menjadi kekuningan
  • Ruam
  • Gatal/bengkak (terutama pada bahagian muka/lidah/tekak)
  • Pening kepala yang teruk
  • Kesukaran bernafas

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Voltamicin?

Voltamicin® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Aliskiren
  • Perencat ACE  (seperti captopril, lisinopril)
  • Penyekat reseptor Angiotensin II (seperti valsartan, losartan)
  • Corticosteroids (seperti prednisone)
  • Cidofovir
  • Lithium
  • Methotrexate
  • Pil air  (diuretik seperti furosemide)
  • Ubat anti-platelet seperti clopidogrel, “penipisan darah” seperti dabigatran / enoxaparin / warfarin, antara lain.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Voltamicin?

Voltamicin® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Voltamicin?

Voltamicin® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Asma (termasuk sejarah rawatan yang memudaratkan seperti kesukaran bernafas selepas mengambil aspirin atau NSAID lain)
  • Pendarahan
  • Sakit jantung (dengan sejarah serangan jantung)
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit melibatkan hati
  • Pertumbuhan di hidung (polip hidung)
  • Masalah perut / usus / esofagus (seperti pendarahan, ulser, pedih ulu hati yang berulang)
  • Strok

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Voltamicin yang disyorkan untuk dewasa?

Untuk bentuk dos oral (kapsul):

  • Untuk kesakitan teruk: Dos yang disyorkan adalah 18 atau 35 miligram (mg) tiga kali sehari.
  • Untuk osteoarthritis: Dos yang disyorkan ialah 35 miligram (mg) tiga kali sehari.

Untuk bentuk dos oral (tablet pelepasan lambat, tablet berlapis enterik):

  • Untuk ankylosing spondylitis: Dos yang disyorkan adalah 25 miligram (mg) empat kali sehari, dengan tambahan 25 mg dos pada waktu tidur jika perlu.
  • Untuk osteoarthritis: Dos yang disyorkan ialah 50 miligram (mg) dua atau tiga kali sehari, atau 75 mg dua kali sehari.
  • Untuk arthritis rheumatoid: Dos yang disyorkan adalah 50 miligram (mg) tiga atau empat kali sehari, atau 75 mg dua kali sehari.

Untuk bentuk dos oral (tablet pelepas segera):

  • Untuk osteoarthritis: Dos yang disyorkan adalah 50 miligram (mg) dua atau tiga kali sehari.
  • Untuk kesakitan atau kekejangan haid: Dos yang disyorkan adalah 50 miligram (mg) tiga kali sehari. Doktor anda boleh mengarahkan anda mengambil 100 mg untuk dos pertama sahaja.
  • Untuk arthritis rheumatoid: Dos yang disyorkan adalah 50 miligram (mg) tiga atau empat kali sehari.

Untuk dos dalam bentuk cecair:

  • Untuk sakit kepala migrain: Dos yang disyorkan adalah Satu paket (50 miligram) sebagai dos tunggal, satu kali.

Apakah dos Voltamicin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Voltamicin

Voltamicin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Titisan mata 1ml
  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda