Vitamin B6 (Pyridoxine)

Oleh

Nama AM: Vitamin B6 (Pyridoxine) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 (pyridoxine) biasanya diguna untuk rawatan penyakit anemia jenis warisan yang dikenali sideroblastic anemia, kekurangan pyridoxine, kadar homocysteine tinggi dalam darah, beberapa serangan sawan (seizures) bagi bayi.

Bagaimanakah kegunaan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

  • Ambil vitamin ini dengan atau tanpa makanan, biasanya sekali sehari.
  • Sekiranya anda mengambil kapsul pelepasan jangka panjang (extended-release capsule), telan sepenuhnya. Jangan dihancur atau dikunyah kapsul atau pil. Jika dilakukan sedemikian, ubatan akan dilepaskan secara terus, meningkatkan risiko untuk berlakunya kesan sampingan.
  • Sekiranya diambil dalam bentuk serbuk, gaul secara rata menggunakan jumlah air secukupnya dan kacau. Minum terus campuran tersebut hingga habis. Jangan sediakan bekalan untuk ambilan masa depan.

Bagaimana saya menyimpan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 (Pyridoxine) paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Voltamicin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Vitamin B6 (Pyridoxine) yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Vitamin B6 (Pyridoxine) ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Sebelum mengambil Vitamin B6 (Pyridoxine) sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Vitamin B6 (Pyridoxine) semasa mengandung atau menyusukan bayi

Vitamin B6 adalah selamat bagi ibu mengandung atau menyusukan anak bila diambil secara laluan mulut dalam dos yang tidak melebihi sarana pengambilan harian.

Elakkan pengambilan secara dos tinggi semasa mengandung atau menyusukan anak. Sejenis product istimewa telah diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) untuk kegunaan ketika hamil, tapi ia tidak boleh digunakan bagi jangkamasa yang panjang atau dos tinggi tanpa bimbingan dari ahli kesihatan professional.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Ambil vitamin B6 (pyrodixine) dan aspirin, antikoagulan (“penipis darah”) seperti warfarin  atau heparin, ubatan anti platlet seperti clopidogrel, dan ubatan anti-keradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen atau naproxen boleh meningkatkan risiko pendarahan.
  • Vitamin B6 (pyrodixine) boleh memberi kesan pada kadar kandungan gula dalam darah. Perhatian harus diberi ketika menggunakan ubat yang boleh memberi kesan pada kadar kandungan gula dalam darah.
  • Vitamin B6 (pyridoxine) boleh mengakibatkan tekanan darah yang rendah. Perhatian harus diberi ketika menggunakan ubat yang boleh mengakibatkan tekanan darah menjadi rendah.
  • Pengambilan Vitamin B6 (pyridoxine) bersama amiodarone boleh meningkatkan peluang untuk selaran matahari (sunburn), melepuh, atau ruam pada bahagian kulit yang terdedah pada matahari.
  • Vitamin B6 (pyridoxine) boleh meningkatkan kepantasan badan mencerna phenobarbital, phenytoin, dan levodopa. Ini boleh menurunkan kadar keberkesanan bagi phenobarbital, phenytoin, and levodopa.
  • Vitamin B6 (pyridoxine) mengganggu penyerapan dan keberkesanan bagi antibiotik tetracycline.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Cadangan Pengambilan Dibenarkan Harian

  • Lelaki

<50 tahun: 1.3 mg/hari.

>50 tahun: 1.7 mg/hari.

  • Wanita

<50 tahun: 1.3 mg/hari.

>50 tahun: 1.5 mg/hari.

  • Kehamilan: 1.9 mg/hari.

Kekurangan Vitamin B6 (Pyridoxine) bagi dewasa:

  • Rawatan permulaan: 2.5-25 mg sehari berterusan selama 3 minggu menerusi mulut.
  • Pembaikan: 1.5-2.5 setiap hari menerusi mulut.

Kekurangan Vitamin B6 (pyridoxine) bagi wanita yang mengambil pil perancang kelahiran: 25-30 mg setiap hari menerusi mulut.

Simptom bagi sindrom pra-menstrual (PMS): 50-100 mg setiap hari menerusi mulut..

Hereditary sideroblastic anemia:

  • Rawatan peringkat awal: 200-600 mg setiap hari menerusi mulut.
  • Selepas keadaan semakin pulih: 30-50 mg setiap hari menerusi mulut.

Batu karang (kidney stones): 25-500 mg setiap hari menerusi mulut.

Treating tardive dyskinesia (a side effect of long-term use of antipsychotic drugs, and involves involuntary movement of muscles, such as in the tongue, lips, face, and jaw, arms, legs, fingers or toes): 100 mg per day has been increased weekly up to 400 mg per day, given in two divided doses.

Merawat penyakit tardive dyskinesia (kesan sampingan penggunaan jangka panjang ubatan antipsikotik, dan melibatkan gerakan tanpa sengaja dari otot, seperti di lidah, bibir, muka dan dagu, tangan, kaki, jari atau jari kaki): 100 mg sehari perlu, ditambah setiap minggu sehingga 400 mg sehari, diberi dalam dos yang dibahagi dua.

Mengelakkan degenerasi macular (macular degeneration: 50 mg harian dengan kombinasi vitamin B12 (cyanocobalamin) 1000 mcg, dan asid folik 2500 mc.

Loya ketika hamil: 10-25 mg pyridoxine, tiga hingga empat kali sehari boleh digunakan; di samping, 75 mg pyrodixine pelepasan berterusan (sustained release) digbungkan bersama 12 mcg vitamin B12 (cyanocobalamin), 1 mg asid folik, dan 200 mg kalsium (PremesisRx) digunakan secara harian sebagai preskripsi yang diluluskan FDA bagi loya-loya ketika hamil.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Cadangan Pengambilan Harian dibenarkan:

  • 0-6 bulan: 0.1 mg/hari.
  • 6-12 bulan: 0.3 mg/ hari.
  • 1-3 tahun: 0.5 mg/ hari.
  • 4-8 tahun: 0.6 mg/ hari.
  • 9-13 tahun: 1 mg/ hari.
  • 14-18 tahun (lelaki) 1.3 mg/day; (wanita) 1.2 mg/ hari.

Pyridoxine-Responsive Seizures

10-100 mg suntikan Intramuscular dan Intravenous.

Apakah bentuk penyediaan Vitamin B6 (Pyridoxine)?

Vitamin B6 boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Vitamin B6 boleh didapati dalam bentuk multivitamin, termasuk kunyahan kanak-kanak dan titisan cecair, Vitamin B kompleks, atau dijual bersingan. Ianya didapati dalam pelbagai bentuk termasuklah tablet, gel lembut dan lozeng.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Vitamin B6 (Pyridoxine) sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.