Apa itu vancomycin?

Oleh

Nama AM: Vancomycin Jenama: Vancomycin.

Kegunaan

Apa kegunaan Vancomycin ?

Vancomycin adalah antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria yang serius. Ia berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria.

Ubat ini biasanya disuntik ke dalam vena. Ubat ini juga didatangkan dalam botol bebuli (vial) yang boleh diberikan melalui mulut untuk merawat keadaan usus yang teruk dikenali sebagai cirit-birit berkaitan Clostridium difficile. Keadaan yang jarang berlaku ini terjadi selepas penggunaan antibiotik menyebabkan pertumbuhan bakteria tahan antibiotik tertentu dalam usus, yang menyebabkan cirit-birit yang teruk. Apabila vancomycin diberikan melalui mulut, ia tidak diserap badan tetapi kekal dalam usus, membolehkannya menghentikan pertumbuhan bakteria. (Lihat juga bahagian Bagaimanakah Penggunaan)

Bagaimanakah kegunaan Vancomycin?

Ubat ini biasanya diberikan melalui suntikan ke dalam vena, biasanya 1 atau 2 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ia perlu disuntik perlahan-lahan sepanjang 1 hingga 2 jam. Dos ini adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda, berat badan, fungsi buah pinggang, dan tindak balas kepada rawatan. (Lihat juga Kesan Sampingan.)

Jika anda akan mengambil ubat ini sendiri di rumah, belajar semua persediaan dan penggunaan arahan daripada doktor anda. Sebelum menggunakannya, pastikan tiada sebarang serdak atau perubahan warna. Jika ya, anda tidak boleh menggunakannya. Belajar bagaimana untuk menyimpan dan membuang bekalan ubat dengan selamat.

Jika ubat ini diambil melalui mulut, campurkan setiap dos ke dalam sekurang-kurangnya 1 auns (30 mililiter) air sebelum menelan semua campuran.

Antibiotik bertindak lebih baik jika jumlah ubat dalam badan anda pada tahap yang sama. Oleh itu, gunakan ubat ini pada jarak jangka masa yang sama.

Teruskan penggunaan ubat ini sehingga amaun yang ditetapkan selesai, walaupun simptom telah hilang selepas beberapa hari. Berhenti ubat terlalu awal boleh menyebabkan bakteria terus berkembang, yang mungkin menyebabkan jangkitan kembali.

Bagaimana saya menyimpan Vancomycin?

Simpan pada atau di bawah suhu -20 ° C (-4 ° F). Jangan simpan di dalam bilik mandi. Jenama yang berbeza mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Semak bungkusan produk untuk arahan mengenai cara untuk menyimpan ubat anda, atau rujuk ahli farmasi anda. Simpan semua ubat daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam vancomycin ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Vancomycin?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilan ubat ini dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau mana-mana ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Pediatrik

Tidak ada kajian bersesuaian tentang kaitan umur dengan kesan vancomycin dalam populasi pediatrik. Keselamatan dan keberkesanan belum ditentukan.

Geriatrik

Kajian yang dilakukan sehingga kini tidak menunjukkan masalah khusus yang mungkin mengehadkan kegunaan vancomycin dalam kalangan orang tua.  Walau bagaimanapun, pesakit tua lebih cenderung untuk mempunyai masalah buah pinggang yang berkaitan dengan usia, yang mungkin memerlukan pemerhatian  atau pelarasan dalam dos bagi pesakit yang menerima vancomycin.

Adakah selamat untuk mengambil Vancomycin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Vancomycin?

Jika ubat ini disuntik terlalu cepat, keadaan yang dikenali sebagai “sindrom lelaki merah” mungkin berlaku. Maklumkan doktor anda dengan segera jika anda mempunyai simptom-simptom seperti pembilasan (flushing) bahagian atas badan, pening, tekanan darah rendah, atau sakit otot / kekejangan dada dan belakang.

Kesakitan, kemerahan, dan sakit apabila disentuh pada tempat suntikan mungkin berlaku. Kesan boleh dikurangkan dengan menyuntik ubat ini lebih perlahan. Jika sebarang  kesan sampingan ini berterusan atau menjadi lebih teruk, maklumkan doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Ingat bahawa doktor anda telah menyarankan ubat ini kerana telah menimbang manfaatnya lebih besar berbanding risiko kesan sampingan kepada anda. Ramai pesakit menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Maklumkan doktor anda dengan segera jika anda mengalami kesan sampingan yang serius, termasuk: telinga berdenyut, masalah pendengaran, perubahan dalam jumlah air kencing, mudah berdarah / lebam, demam, sakit tekak berterusan, cirit-birit berterusan.

Penggunaan ubat ini untuk tempoh yang panjang atau berulang kali boleh menyebabkan jangkitan kandida di mulut atau jangkitan yis faraj. Hubungi doktor anda jika anda mendapati tompok putih dalam mulut anda, perubahan dalam keputihan, atau simptom baru yang lain.

Reaksi alahan yang sangat serius untuk ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami sebarang simptom reaksi alahan yang serius: ruam, gatal-gatal / bengkak (terutamanya muka / lidah / tekak), pening yang teruk, masalah bernafas.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Vancomycin?

Vancomycin mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut biasanya tidak digalakkan, tetapi mungkin diperlukan dalam beberapa kes. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin akan menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat-ubatan.

  • Amikacin
  • gentamicin
  • Tobramycin

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut boleh menyebabkan peningkatan risiko kesan sampingan tertentu, tetapi penggunaan kedua-dua ubat boleh menjadi rawatan yang terbaik untuk anda. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat.

  • Succinylcholine
  • Warfarin

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Vancomycin?

Vancomycin mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Vancomycin?

Vancomycin mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Masalah pendengaran -Gunakan dengan berhati-hati. Boleh membuat keadaan ini bertambah teruk.
  • Penyakit buah pinggang yang teruk atau
  • Gangguan keradangan usus yang lain- Boleh meningkatkan risiko kesan sampingan yang lebih serius.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Vancomycin yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk Jangkitan bakteria

15 hingga 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam (2-3 g / hari); dos muatan 25 hingga 30 mg / kg boleh dipertimbangkan untuk pesakit tenat

Pengeluar ubat mencadangkan 500 mg IV setiap 6 jam atau 1 g IV setiap 12 jam.

Dos Dewasa yang biasa untuk bakteremia

15 hingga 20 mg / IV kg setiap 8 hingga 12 jam

Tempoh: 2-6 minggu, bergantung kepada jenis dan keterukan jangkitan

Dos Dewasa yang biasa untuk pencegahan endokarditits (keradangan dalam jantung) bakteria

Untuk pesakit yang alah kepada penicillin: 1 g IV sekali ; infusi perlu disiapkan dalam masa 30 minit permulaan prosedur

gentamicin boleh ditambah untuk pesakit yang berisiko tinggi.

Dos Dewasa yang biasa untuk Endokarditis

Alternatif untuk pesakit yang tidak dapat bertolak ansur dengan penisilin atau ceftriaxone, dan untuk bakteria staphylococcal tahan oxacillin: 15 hingga 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam dengan atau tanpa antibiotik lain bergantung kepada jenis jangkitan

jangka masa:

injap asli: 6 minggu

injap prostetik: sekurang-kurangnya 6 minggu

dos maksimum: 2 g / hari kecuali kepekatan serum adalah rendah (paling disyorkan: 15 hingga 20 mcg / mL)

Rujuk kepada garis panduan semasa bagi saranan terperinci.

Dos Dewasa yang biasa untuk pseudomembranous Colitis

Cirit-birit berkaitan Clostridium difficile : 125 mg 4 kali sehari selama 10 hari

Enterocolitis Staphylococcal: 500-2000 mg / hari diberikan secara lisan dalam 3 atau 4 dos dibahagikan selama 7 hingga 10 hari

Dos Dewasa yang biasa untuk enterokolitis

Cirit-birit berkaitan Clostridium difficile : 125 mg 4 kali sehari selama 10 hari

Enterocolitis Staphylococcal: 500-2000 mg / hari diberikan secara lisan dalam 3 atau 4 dos dibahagikan selama 7 hingga 10 hari

Dos Dewasa yang biasa untuk Meningitis

IV: 15 hingga 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

Tempoh: 10 hingga 14 hari atau sekurang-kurangnya 1 minggu selepas pesakit tidak demam dan cecair serebrospina didapati normal

Intraventrikular, intrathecal: 5 hingga 20 mg formulasi bebas pengawet diberikan sehingga setiap 24 jam

Dos Dewasa yang biasa untuk pneumonia nosokomial

Pneumonia berpunca daripada jangkitan hospital: 15 hingga 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

tahap saranan: 15 hingga 20 mcg / mL

rawatan awal dengan antibiotik spektrum luas berdasarkan antibiogram hospital  dan / atau ICU dalah disyorkan jika organisma disyaki tahan/resistan pelbagai ubat.

Jangka masa: Tempoh rawatan harus sesingkat mungkin (contohnya, masa 7 hari) untuk mengurangkan risiko superinfeksi (jangkitan di atas jangkitan) dengan organisma yang resistan/tahan.

Dos Dewasa yang biasa untuk Pneumonia

Untuk Staphylococcus aureus tahan/resistan terhadap methicillin (MRSA): 15 hingga 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

Tempoh: 7 hingga 21 hari, bergantung kepada jenis dan keterukan jangkitan

Dos Dewasa yang biasa untuk osteomielitis

15 20 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

Tempoh: 3 hingga 6 minggu atau sekurang-kurangnya 8 minggu jika disebabkan oleh MRSA; antibiotik oral mungkin diperlukan untuk osteomielitis kronik untuk tambahan 1 hingga 2 bulan

Dos Dewasa yang biasa untuk demam neutropenia

15 mg / IV kg setiap 12 jam

Tempoh: Apabila pesakit telah stabil, tidak demam sekurang-kurangnya 24 jam, dan kiraan neutrophil adalah lebih besar daripada 500 / mm3, antibiotik oral boleh digantikan jika terapi antibiotik diteruskan.

Apakah dos Vancomycin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik biasa untuk Jangkitan bakteria

Kurang dari 7 hari, kurang daripada 1200 g: 15 mg / kg IV setiap 24 jam

Kurang dari 7 hari, 1200-2000 g: 10 hingga 15 mg / kg IV setiap 12 hingga 18 jam

Kurang dari 7 hari , lebih berat daripada 2000 g: 10 hingga 15 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

7 hari sehingga 1 bulan, kurang daripada 1200 g: 15 mg / kg IV setiap 24 jam

7 hari sehingga 1 bulan, 1200-2000 g: 10 hingga 15 mg / kg IV setiap 8 hingga 12 jam

7 hari hingga 1 bulan, lebih daripada 2000 g: 10 hingga 15 mg / kg IV setiap 6 hingga 8 jam

1 bulan hingga 18 tahun: 10 hingga 20 mg / kg IV setiap 6 hingga 8 jam (jumlah 40 hingga 60 mg / kg / hari)

Pengeluar ubat mengesyorkan dos permulaan 15 mg / kg pada neonat, diikuti oleh 10 mg / kg setiap 12 jam untuk neonat pada minggu pertama kehidupan dan setiap 8 jam selepas itu sehingga 1 bulan umur. Pengeluar mengesyorkan 10 mg / kg IV setiap 6 jam untuk pesakit pediatrik.

Dos Pediatrik biasa untuk pencegahan Endokarditis bakteria

1 bulan atau lebih tua:

Bagi pesakit yang alah kepada penicillin: 20 mg / kg IV (maksimum 1 g) sekali; infusi perlu disiapkan dalam masa 30 minit permulaan prosedur

gentamicin 1.5 mg / kg (maksimum 120 mg) IV atau IM boleh ditambah untuk pesakit yang berisiko tinggi.

Dos Pediatrik biasa untuk Peritonitis

Pesakit CAPD: 30 mg / kg intraperitoneal setiap 5 hingga 7 hari atau 30 mg / pertukaran L

Dos Pediatrik biasa untuk pseudomembranous Colitis

1 hingga 18 tahun: 40 mg / kg / hari secara lisan dalam 3 atau 4 dos dibahagikan

Dos maksimum : 2 g / hari

Tempoh: 7 hingga 10 hari

Dos Pediatrik biasa untuk enterokolitis

1 hingga 18 tahun: 40 mg / kg / hari secara lisan dalam 3 atau 4 dos dibahagikan

dos maksimum: 2 g / hari

Tempoh: 7 hingga 10 hari

Dos Pediatrik biasa untuk pencegahan sebelum pembedahan

15 mg / kg IV sekali, dengan atau tanpa gentamicin; infusi perlu disiapkan dalam masa 30 minit permulaan prosedur

Apakah bentuk penyediaan Vancomycin

Vancomycin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan 500 mg / 100 mL; 750 mg / 150 mL; 1 g / 200 mL

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos vancomycin, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut