Ultracet

Oleh

Nama AM: Ultracet Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Ultracet® (acetaminophen dan tramadol)?

Ultracet® umumnya digunakan untuk merawat kesakitan sederhana kepada yang teruk.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil Ultracet® betul-betul seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang ditetapkan.

Ultracet® mungkin membentuk tabiat.  Jangan sekali kali berkongsi dengan orang lain.

Anda boleh mengambil Ultracet® dengan atau tanpa makanan, tetapi mengambilnya dengan cara yang sama setiap kali.

Jangan berhenti menggunakan Ultracet® secara tiba-tiba selepas penggunaan dalam jangka masa yang panjang, atau anda mungkin boleh mengalami simptom penarikan diri yang tidak menyenangkan. Tanya doktor anda bagaimana untuk berhenti menggunakan ubat ini dengan selamat.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Ultracet® adalah yang terbaik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Ultracet® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan sampingan.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Ultracet® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Ultracet®. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), Ultracet® berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:

  • Pening.
  • Mengantuk.
  • Lemah.
  • Rasa letih.
  • Sakit perut.
  • Sembelit.
  • Hilang selera makan.
  • Mulut kering.
  • Penglihatan kabur.
  • Rasa gelisah atau cemas.
  • Berpeluh.
  • Gatal-gatal.
  • Masalah tidur (insomnia).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Ultracet® mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini, seperti:

  • Ubat narkotik – ubat sakit opioid atau ubat preskripsi batuk.
  • Dadah yang membuat anda mengantuk atau melambatkan pernafasan anda – pil tidur, pengendur otot, sedatif, penenang, atau ubat antipsikotik.
  • Dadah yang menjejaskan tahap serotonin dalam badan anda – ubat untuk kemurungan, penyakit Parkinson, sakit kepala migrain, jangkitan yang serius, atau pencegahan mual dan muntah.
  • Acetaminophen (Tylenol) atau tramadol (Ultram).
  • Perencat MAO (isocarboxazid, linezolid, suntikan biru metilen, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranilsipromina)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Ultracet® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Ultracet® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan ini adalah:

  • Sawan.
  • Sejarah ketagihan dadah atau alkohol.
  • Sejarah epilepsi atau gangguan sawan lain.
  • Sejarah kecederaan kepala.
  • Gangguan metabolik.
  • Jangkitan otak atau saraf tunjang, seperti meningitis atau ensefalitis.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos awal Ultracet® adalah 2 tablet setiap 4 hingga 6 jam yang diperlukan untuk melegakan kesakitan hingga maksimum 8 tablet sehari. Jangan ambil Ultracet® lebih lama daripada 5 hari berturut-turut.

Pengubahsuaian Dos pada Pesakit dengan Kerosakan Buah Pinggang

Pada pesakit dengan pembersihan kreatinina kurang daripada 30 mL / min, jangan melebihi 2 tablet setiap 12 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibu bapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ultracet® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos:

  • Tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Ultracet®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.