Apa itu triamcinolone?

Oleh

Nama AM: Triamcinolone Jenama: Triamcinolone.

Kegunaan

Apa kegunaan Triamcinolone ?

Triamcinolone tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai kortikosteroid. Ia menghalang pelepasan bahan-bahan dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Triamcinolone oral (yang diambil melalui mulut) digunakan untuk merawat pelbagai keadaan yang berbeza seperti gangguan alergi, keadaan kulit, ulser kolitis, artritis, lupus, psoriasis, atau gangguan pernafasan.

Triamcinolone juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Triamcinolone?

Ambil triamcinolone seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.

Doktor anda mungkin akan menukar dos anda untuk memastikan anda mendapatkan hasil yang terbaik daripada ubat ini.

Ambil triamcinolone dengan makanan untuk mengelakkan sakit perut.

Keperluan ubat steroid anda mungkin berubah jika badan anda menghadapi tekanan luar biasa seperti penyakit yang serius, demam atau jangkitan, atau jika anda menjalani pembedahan atau kecemasan perubatan. Maklumkan doktor anda tentang sebarang keadaan yang memberi kesan kepada anda.

Ubat ini boleh mempengaruhi keputusan ujian perubatan tertentu. Beritahu doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan triamcinolone.

Jangan berhenti menggunakan triamcinolone secara tiba-tiba, atau anda boleh mengalami simptom yang tidak menyenangkan. Bincang dengan doktor anda tentang cara untuk mengelakkan simptom apabila berhenti. Bawa kad atau pakai gelang amaran perubatan yang menyatakan bahawa anda mengambil steroid, jika berlaku kecemasan. Doktor, doktor gigi, atau ahli perubatan kecemasan yang merawat anda perlu tahu bahawa anda mengambil ubat steroid.

Bagaimana saya menyimpan Triamcinolone?

Triamcinolone lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan triamcinolone dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama triamcinolone berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam triamcinolone ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Triamcinolone?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilan ubat ini dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau mana-mana ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Pediatrik

Kajian yang dilaksanakan sehingga kini tidak menunjukkan masalah khusus yang akan menghadkan kegunaan triamcinolone topikal dalam populasi pediatrik. Walau bagaimanapun, kerana ketoksikan, ia harus digunakan dengan berhati-hati. Kanak-kanak mungkin menyerap sejumlah besar melalui kulit, yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Jika anak anda menggunakan ubat ini, ikut arahan doktor dengan berhati-hati.

Geriatrik

Tiada maklumat yang tersedia tentang kesan penggunaan ubat triamcinolone topikal terhadap pesakit geriatrik.

Adakah selamat untuk mengambil Triamcinolone semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Triamcinolone?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami sebarang tanda tindak balas alahan seperti: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Berhenti menggunakan triamcinolone dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Masalah penglihatan;
  • Bengkak, berat badan naik mendadak, rasa sesak nafas;
  • Kemurungan yang teruk, pemikiran atau tingkah laku yang luar biasa, sawan;
  • Najis berdarah atau berwarna gelap, batuk berdarah;
  • Pankreatitis (sakit teruk di bahagian atas perut anda merebak ke belakang anda, loya dan muntah-muntah, kadar degupan jantung yang laju);
  • Kalium rendah (kekeliruan, kadar jantung tidak sekata, dahaga melampau, kerap buang air kecil, ketidakselesaan kaki, kelemahan otot atau perasaan tempang); atau
  • Tekanan darah tinggi yang melampau (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, ¬†telinga berdenyut, kebimbangan, kekeliruan, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung tidak sekata, sawan).

Kesan sampingan kurang serius termasuklah:

  • Masalah tidur (insomnia), perubahan mood;
  • Jerawat, kulit kering, penipisan kulit, lebam atau perubahan warna;
  • Melambatkan penyembuhan luka;
  • Kerap berpeluh;
  • Sakit kepala, pening, rasa berputar;
  • Loya, sakit perut, kembung;
  • Kelemahan otot; atau
  • Perubahan dalam bentuk atau lokasi lemak badan (terutamanya pada tangan, kaki, muka, leher, dada dan pinggang);

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Triamcinolone?

Triamcinolone mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Triamcinolone?

Triamcinolone mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Triamcinolone?

Triamcinolone mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Sindrom Cushing (gangguan kelenjar adrenal) atau
  • Diabetes atau
  • Hiperglisemia (gula dalam darah tinggi) atau
  • Hipertensi intrakranial (peningkatan tekanan di kepala) -Gunakan dengan berhati-hati. Boleh membuat keadaan ini lebih teruk.
  • Jangkitan kulit pada atau hampir dengan tempat sapuan atau
  • Kudis besar, kulit pecah, atau kecederaan kulit yang teruk di tempat sapuan. Risiko kesan sampingan boleh meningkat.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Triamcinolone yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk kekurangan adrenokortikal

4 mg hingga 12 mg setiap hari, selain daripada terapi mineralokortikoid.

Dos Dewasa yang biasa untuk Ankylosing Spondylitis

permulaan:

8 mg hingga 16 mg setiap hari. Sebagai alternatif, 3 mg hingga 48 mg IM sehari, yang diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 12 jam.

Intra-artikular dan suntikan intrasinovial:

5 mg 40 mg sekali bergantung kepada saiz sendi. Purata bagi lutut adalah 25 mg.

Dos maksimum mingguan triamcinolone dodekanadiol adalah 75 mg.

Dos Dewasa yang biasa untuk Bursitis

Permulaan:

8 mg hingga 16 mg setiap hari. Sebagai alternatif, 3 mg hingga 48 mg IM sehari, yang diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 12 jam.

Intra-artikular dan suntikan intrasinovial:

5 mg 40 mg sekali bergantung kepada saiz sendi. Purata bagi lutut adalah 25 mg.

Dos maksimum mingguan triamcinolone dodekanadiol adalah 75 mg.

Dos Dewasa yang biasa untuk Osteoartritis

permulaan:

8 mg hingga 16 mg setiap hari. Sebagai alternatif, 3 mg hingga 48 mg IM sehari, yang diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 12 jam.

Intra-artikular dan suntikan intrasinovial:

5 mg 40 mg sekali bergantung kepada saiz sendi. Purata bagi lutut adalah 25 mg.

Dos maksimum mingguan triamcinolone dodekanadiol adalah 75 mg.

Dos Dewasa yang biasa untuk Reumatoid Artritis

permulaan:

8 mg hingga 16 mg setiap hari. Sebagai alternatif, 3 mg hingga 48 mg IM sehari, yang diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 12 jam.

Intra-artikular dan suntikan intrasinovial:

5 mg 40 mg sekali bergantung kepada saiz sendi. Purata bagi lutut adalah 25 mg.

Dos maksimum mingguan triamcinolone dodekanadiol adalah 75 mg.

Apakah dos Triamcinolone yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum ditentukan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Triamcinolone

Triamcinolone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut :

  • suntikan 40 mg / mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos triamcinolone, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut