Thorazine

Oleh

Nama AM: Thorazine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Thorazine® (chlorpromazine)?

Thorazine® (chlorpromazine) biasanya digunakan untuk merawat kecelaruan emosi (schizophrenia) atau mental, kecelaruan kemurungan-manik, gemuruh dan resah sebelum pembedahan, penyakit darah prophyria, kecelaruan tingkah laku dan akhlak yang serius pada kanak-kanak, loya dan muntah, dan sedu yang serius.

Ia juga digunakan dengan ubat lain untuk merawat simptom berkaitan dengan tetanus. Ia juga mungkin digunakan untuk keadaan lain yang ditentukan oleh doktor anda.

Thorazine® (chlorpromazine) ialah phenothiazine. Cara Thorazine berfungsi masih belum diketahui.

Bagaimanakah saya harus mengambil Thorazine® (chlorpromazine)?

Gunakan Thorazine seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca label yang terdapat pada ubat untuk arahan dos yang betul.

Thorazine selalunya diberikan dalam bentuk suntikan di bilik rawatan doktor, hospital, atau klinik. Jika anda akan menggunakan Thorazine di rumah, staff kesihatan akan mengajar anda langkah-langkah menggunakannya. Pastikan anda memahami cara menggunakan Thorazine. Ikut langkah-langkah yang diajarkan semasa anda menggunakan dos. Hubungi kakitangan kesihatan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan gunakan Thorazine jika ia mengandungi bendasing, bertukar warna atau berkeladak, atau jika vial pecah atau rosak.

Thorazine mungkin menyebabkan kegatalan kulit. Elakkan terkena pada kulit atau baju. Pakai sarung tangan getah semasa menggunakan Thorazine.

Jangan berhenti menggunakan Thorazine secara tiba-tiba.

Simpan produk ini, picagari dan jarum, jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan. Jangan guna semula jarum, picagari, atau bahan yang lain. Sila bertanya kakitangan kesihatan tentang cara-cara melupuskan bahan-bahan ini selepas digunakan. Patuhi undang-undang pelupusan setempat.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Thorazine® (chlorpromazine)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sejarah masalah jantung (angina, masalah injap mitral), tekanan darah tinggi atau rendah, masalah darah (anemia), masalah tulang sum-sum (bilangan sel darah putih rendah), kencing manis, masalah hati (cirrhosis), masalah buah pinggang, neuroleptic malignant syndrome (NMS), tardive dykinesia (TD), kelenjar prostate membesar, sawan, masalah kencing, masalah mental atau mood (kemurungan), atau tumor kelenjar adrenal (pheochromocytoma)
  • Anda mempunyai asma, jangkitan peparu, atau masalah pernafasan atau masalah peparu yang lain (emfisema); atau tekanan di dalam mata meningkat atau glaukoma, atau jika anda berisiko untuk glaukoma
  • Anda mempunyai penyakit Alzheimer, dementia, penyakit Parkinson, atau sindrom Reye
  • Anda mempunyai paras prolactin di dalam darah yang tinggi atau sejarah kanser tertentu (buah dada, pankreas, pituitari, otak) atau anda berisiko terhadap kanser buah dada
  • Anda tidak sihat atau selalu terdedah kepada haba yang tinggi atau racun serangga tertentu (racun serangga organophophorus)
  • Anda mempunyai sejarah salahguna alkohol, minum alkohol, atau di dalam proses berhenti minum alkohol
  • Anda akan atau telah menjalani myelogram (X-ray tulang belakang) dalam masa terdekat.
  • Anda mengambil sebarang ubat yang boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu menyebabkan degupan jantung tidak seragam (QT interval panjang). Periksa dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti jika ubat anda mungkin meningkatkan risiko terhadap penyakit ini

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini ialah dadah berkategori N dan mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ia berisiko kepada perempuan yang mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko

B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian

C=Mungkin terdapat sedikit risiko

D=Terbukti berisiko

X=Kontraindikasi

N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada Thorazine® (chlorpromazine)?

Hubungi doktor anda jika kesan sampingan ini berpanjangan atau mengganggu anda:

  • Rasa terganggu
  • Sembelit
  • Pening
  • Kering mulut
  • Anak mata membesar
  • Keresahan
  • Loya
  • Hidung tersumbat

Dapatkan bantuan kecemasan jika terdapat kesan sampingan ini berlaku:

  • Tindak balas alergik yang melampau (ruam, geligata, gatal, sukar brenafas, ketat dada atau tekak, bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah, suara parau tiba-tiba, mendesah)
  • Sakit dada
  • Kebingungan
  • Koordinasi berkurangan
  • Air liur meleleh
  • Pengsan
  • Degupan jantung tidak seragam, perlahan, atau laju
  • Muka seperti topeng
  • Otot kejang di muka, leher, atau belakang
  • Masalah mental atau mood yang baru atau menjadi teruk
  • Kebas tangan atau kaki
  • Terangsang yang menyakitkan atau berpanjangan
  • Gelisah
  • Sawan
  • Sembelit yang melampau atau berpanjangan
  • Pening, mengantuk, atau sakit kepala yang melampau atau berpanjangan
  • Berjalan secara menyeret
  • Masalah tidur
  • Otot kejang
  • Muntah atau mengah yang tiba-tiba
  • Bengkak tangan, tumit, atau kaki
  • Simptom jangkitan (demam, menggigil, sakit tekak berpanjangan)
  • Simptom masalah hati (kulit atau mata kekuningan, air kencing gelap, najis pucat, loya yang melampau atau berpanjangan, sakit perut, atau hilang selera)
  • Tangan menggeletar
  • Masalah kencing
  • Pergerakan yang tersentak
  • Pergerakan otot yang tidak dikawal (muka atau lidah menggerenyet, hilang keseimbangan, pergerakan tangan atau kaki yang tak dikawal, masalah untuk bertutur, bernafas atau menelan)
  • Pendarahan atau lebam yang luar biasa
  • Pergerakan mata luar biasa atau tidak dapat menggerakkan mata
  • Peluh berlebihan atau luar biasa
  • Lemah atau lesu yang luar biasa
  • Kulit pucat yang luar biasa
  • Perubahan penglihatan (penglihatan kabur)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Thorazine® (chlorpromazine)?

Thorazine mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak alas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Thorazine® (chlorpromazine)?

Thorazine mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Thorazine® (chlorpromazine)?

Thorazine mungkin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Thorazine.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos orang dewasa bagi Mania

Pesakit yang dihospitalkan:

Schizophrenia akut/keadaan mania:

Oral:

  • Dos biasa: 500mg/hari oral
  • Dos maksimum: 2000mg/hari

Parenteral:

  • Dos biasa: 25mg IM sekali, dengan suntikan susulan 25 ke 50 mg dalam 1 jam jika perlu
  • Dos penyelerenggaan: 400mg IM setiap 4 ke 6 jam sehingga pesakit terkawal

Kawalan segera bagi simptom yang serius:

  • Oral: dos biasa: selepas dos IM permulaan, 25 ke 50 mg oral 3 kali sehari
  • Parenteral: dok biasa: 25 g IV sekali, diulang dalam 1 jam jika perlu

Gangguan sub akut:

Oral:

  • Dos permulaan: 25 mg oral 3 kali sehari
  • Dos biasa: 400 mg/hari

Pesakit luar:

  • Oral: dos biasa: 10 mg oral 3 ke 4 kali sehari ATAU 25 mg oral 2 ke 3 kali sehari

Kes yang lebih serius:

  • Oral: dos biasa: 25 mg 3 kali sehari, dinaikkan kepada 20 ke 50 mg pada senggang setengah minggu sehingga pesakit tenang dan terkawal

Dos orang dewasa bagi loya / muntah

Oral: dos biasa: 10 ke 25 mg oral setiap 4 ke 6 jam sebagaimana diperlukan untuk loya / muntah

Parenteral: dos biasa: 25 mg IM sekali. Jika tekanan darah rendah tidak berlaku, berikan 25 ke 50 mg IM setiap 3 ke 4 jam sebagaimana diperlukan sehingga muntah berhenti, dan kemudiannya pesakit akan bertukar kepada oral.

Loya / muntah ketika pembedahan:

IM: dos biasa: 12.5 mg IM, diulang dalam 30 minit sebagaimana diperlukan DAN tiada tekanan darah rendah.

IV:

  • Dos biasa: 2 mg IV setiap 2 minit, dicairkan kepada 1 mg/ml
  • Dos IV maksimum: 25 mg

Dos orang dewasa bagi ubat sedatif yang ringan

  • Oral: dos biasa: 25 ke 50mg oral 2 ke 3 jam sebelum pembedahan
  • Parenteral: dos biasa: 12.5mg ke 25mg IM 1 ke 2 jam sebelum pembedahan

Dos orang dewasa diberi sedu

  • Oral: dos biasa: 25 ke 50mg oral 3 ke 4 kali sehari
  • Parenteral:
    • Jika simptom berterusan selepas 2 ke 3 hari dengan rawatan oral: 25 ke 50mg IM sekali
    • Simptom berterusan selepas IM diberikan: 25 ke 50mg IV infusion perlahan-lahan dalam 500 ke 1000ml saline

Dos orang dewasa bagi porphyria

Oral: Dos biasa: 25 ke 50mg oral 3 ke 4 kali sehari.

Parenteral: dos biasa: 25mg IM 3 ke 4 kali sehari, diteruskan sehingga pesakit boleh mengambil ubat oral

Dos orang dewasa bagi tetanus

Parenteral:

IM: dos biasa: 25 ke 50mg oral 3 ke 4 kali sehari, selalunya dengan barbituarates.

IV: dos biasa: 25 ke 50mg IV, dicairkan kepada 1mg/ml dan diberikan pada kadar 1 mg/min.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos paediatrik bagi Kelakuan agresif

6 bulan ke 12 tahun:

Pesakit dalam:

Kecelaruan tingkah laku melampau:

  • Dos biasa: 50 to 100 mg/hari oral atau IM (pesakit lebih muda); sekurang-kurangnya 200 mg/hari oral atau IM (pesakit lebih tua)
  • Dos maksimum IM: 40 mg/hari (sehinggan 5 tahun atau 22.7 kg); 75 mg/hari (5 ke 12 tahun atau 22.7 ke 45.5 kg)

Pesakit luar:

Oral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg oral setiap 4 ke 6 jam jika diperlukan

Parenteral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg IM setiap 6 ke 8 jam jika diperlukan

Dos paediatrik bagi loya / muntah

Oral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg oral setiap 4 ke 6 jam jika diperlukan

Parenteral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg IM setiap 6 ke 8 jam jika diperlukan
  • Dos maksimum: 40mg/hari (sehingga 22.7kg); 75mg/hari (22.7 ke 45.5 g)

Loya / muntah ketika pembedahan:

  • IM: dos biasa: 0.27 5mg/kg IM, diulang dalam 30 minit jika diperlukan DAN tiada tekanan darah rendah

IV:

  • Dos biasa: 1mg IV setiap 2 minit, dicairkan kepada 1 mg/ml
  • Dos maksimum: 40mg/hari (sehingga 22.7kg); 75mg (22.7 ke 45.5kg)

Dos paediatrik bagi sedatif ringan:

Oral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg oral 2 ke 3 jam sebelum pembedahan

Parenteral:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg IM 1 ke 2 jam sebelum pembedahan

Dos paediatrik bagi tetanus:

6 bulan ke 12 tahun

Parenteral:

IM:

  • Dos biasa: 0.55 mg/kg IM setiap 6 ke 8 jam jika diperlukan
  • Dos maksimum: 40mg/hari (sehingga 22.7kg); 75mg/hari (22.7 ke 45.5kg)

IV:

  • Dos biasa: 0.55mg/kg IV, dicairkan kepada 1mg/ml dan diberikan pada kadar 0.5mg/min
  • Dos maksimum: 40mg/hari (sehingga 22.7kg); 75mg/hari (22.7 ke 45.5kg)

Bagaimanakah Thorazine® (chlorpromazine) disediakan?

Thorazine tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut