Apa itu thiamine?

Oleh

Nama AM: Thiamine Jenama: Thiamine and Thiamine.

Kegunaan

Apa kegunaan Thiamine ?

Thiamine adalah vitamin B1. Vitamin B1 didapati dalam pelbagai makanan termasuklah yis, bijirin, kacang, dan daging. Ia sering digunakan dengan kombinasi vitamin B yang lain, dan didapati dalam pelbagai produk vitamin B kompleks. Vitamin B kompleks umumnya mengandungi vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niacin / niacinamide), vitamin B5 (asid Pantothenic), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B12 (cyanocobalamin), dan asid folik. Bagaimanapun, sesetengah produk mungkin tidak mengandungi semua bahan-bahan ini dan sesetengah yang lain mungkin turut memasukkan kandungan lain, seperti Biotin, para-aminobenzoic asid (PABA), Bitartrate choline dan inositol.

Thiamine diambil untuk keadaan yang berkaitan dengan tahap thiamine rendah (sindrom kekurangan thiamine), yang termasuk beri beri dan radang saraf (radang urat saraf) yang terkait dengan pellagra atau ibu mengandung.

Thiamine juga digunakan untuk masalah penghadaman termasuk kurang selera makan, ulseratif kolitis, dan cirit-birit yang berterusan.

Thiamine juga digunakan untuk AIDS dan meningkatkan sistem imun, sakit kencing manis, penyakit jantung, ketagihan arak, penuaan, kerosakan otak yang dipanggil sindrom cerebellar, ulser, masalah penglihatan seperti katarak dan glaukoma, mabuk gerak (motion sickness), dan meningkatkan prestasi sukan. Kegunaan lain termasuklah mencegah kanser serviks dan mencegah kemorosotan fungsi buah pinggang pada pesakit dengan diabetes jenis 2.

Sesetengah orang menggunakan thiamine untuk mengekalkan fikiran positif; meningkatkan kebolehan belajar; meningkatkan tenaga; melawan stres; dan mencegah kemerosotan memori, termasuk penyakit Alzheimer.

Doktor memberikan suntikan thiamine untuk gangguan memori dipanggil sindrom ensefalopati Wernicke, sindrom kekurangan thiamine lain dalam orang yang sakit tenat, kesan alkohol, dan koma.

Bagaimanakah kegunaan Thiamine?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana thiamine berfungsi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Bagaimanapun, thiamine diketahui diperlukan oleh badan untuk penggunaan karbohidrat dengan betul.

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang disyorkan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan sebarang bahan-bahan dalam thiamine atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan untuk makanan sampingan kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan sampingan ini mestilah lebih besar daripada risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Thiamine?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang disyorkan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan sebarang bahan-bahan dalam thiamine atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan untuk makanan sampingan kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan sampingan ini mestilah lebih besar daripada risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Selamatkah thiamine?

Thiamine kebarangkaliannya selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang sesuai, walaupun reaksi alahan dan kerengsaan kulit telah dilaporkan. Ia juga mungkin selamat apabila diberikan dengan sewajarnya secara intravena (melalui IV) oleh ahli perubatan. Suntikan Thiamine adalah produk preskripsi yang diluluskan FDA.

Thiamine mungkin tidak akan memberi kesan kepada sesetengah orang yang mempunyai masalah hati, peminum tegar alkohol, atau menghadapi keadaan tertentu yang lain.

Langkah perlindungan khas & amaran:

Mengandung dan menyusukan anak: Thiamine mungkin selamat untuk wanita hamil atau menyusukan anak apabila diambil dalam jumlah yang dicadangkan; sebanyak 1.4 mg setiap hari. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan penggunaan jumlah yang lebih besar.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Thiamine?

Kesan-kesan sampingan termasuk reaksi alergi dan kerengsaan kulit.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor.

Tindakbalas

Apakah tindak balas ubat dengan thiamine?

Thiamine mungkin bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa yang anda ambil atau masalah kesihatan tertentu. Berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos thiamine yang disyorkan?

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui Mulut:

  • Bagi orang dewasa dengan tahap thiamine agak rendah di dalam badan mereka (kekurangan thiamine ringan): Dos thiamine biasa adalah 5-30 mg setiap hari sama ada dalam dos tunggal atau dos yang dibahagikan untuk satu bulan. Dos yang biasa bagi kekurangan yang teruk boleh mencapai sehingga 300 mg setiap hari.
  • Untuk mengurangkan risiko mendapat katarak: ┬ápengambilan harian thiamine sekitar 10 mg.

Sebagai diet tambahan dalam kalangan orang dewasa, kebiasaannya 1-2 mg thiamine sehari. Elaun pemakanan harian yang disyorkan (RDA) adalah: Bayi 0-6 bulan, 0.2 mg; bayi 7-12 bulan, 0.3 mg; kanak-kanak 1-3 tahun, 0.5 mg; kanak-kanak 4-8 tahun, 0.6 mg; kanak-kanak lelaki 9-13 tahun, 0.9 mg; lelaki 14 tahun dan lebih, 1.2 mg; kanak-kanak perempuan 9-13 tahun, 0.9 mg; perempuan 14-18 tahun, 1 mg; perempuan 18 tahun ke atas, 1.1 mg; wanita hamil, 1.4 mg; dan wanita menyusu, 1.5 mg.

Melalui Suntikan:

  • Ahli perubatan memberikan suntikan thiamine untuk merawat dan mencegah simptom sarak/withdrawal alkohol (sindrom Wernicke-Korsakoff).

Dos untuk thiamine mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Makanan sampingan bukan sentiasa selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

 

Apakah bentuk penyediaan thiamine

Thiamine boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Kapsul

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos thiamine, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.