TheraFlu® Syrup (Batuk / Demam / Selesema Gabungan Berbentuk Cecair)

Oleh

Nama AM: TheraFlu® Syrup (Batuk / Demam / Selesema Gabungan Berbentuk Cecair) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan TheraFlu® Syrup?

TheraFlu® Syrup biasanya digunakan untuk mengurangkan simptom-simptom sakit, demam, batuk, sinus tersumbat, hidung berair, dan bersin yang disebabkan oleh demam atau selesema, jangkitan saluran pernafasan atas, dan alergik.

Bagaimanakah saya harus mengambil TheraFlu® Syrup?

Untuk mengambil dalam bentuk oral, anda haruslah:

  • Mengambil TheraFlu® Syrup dengan mulut seperti yang diarahkan doktor berkenaan: dos, jadual
  • Baca label dengan berhati-hati sebelum menggunakan TheraFlu® Syrup
  • Berbincang dengan doktor anda berkenaan sebarang maklumat yang tidak difahami sepenuhnya

Bagaimanakah kaedah penyimpanan TheraFlu® Syrup?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda telah menggunakan ubat bagi sakit yang lain yang mungkin berisiko untuk bertindak balas dengan TheraFlu® Syrup seperti tekanan darah tinggi, penyakit saluran darah jantung yang serius, degupan jantung laju, atau masalah jantung yang serius atau tidak boleh kencing atau mempunyai serangan asma; mengambil ubat mengandungi acetaminophen atau dipenhydramine (termasuk ubat topikal); mengambil sodium oxybate (GHB) atau furazolidone atau monoamine oxidase inhibtor (MAOI) phenylzine) dalam masa 14 hari

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini ialah dadah berkategori N mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), berisiko kepada perempuan yang mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada TheraFlu® Syrup?

Kesan sampingan mungkin berlaku termasuk:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Teruja
  • Sakit kepala
  • Hilang selera
  • Loya
  • Gemuruh
  • Masalah tidur
  • Perut memulas
  • Muntah
  • Lesu
  • Ruam
  • Geligata
  • Gatal
  • Sesak nafas
  • Ketat dada
  • Bengkak mulut, muka, bibir atau lidah
  • Bercelaru
  • Masalah untuk kencing atau ketika kencing
  • Degupan jantung laju atau tidak sekata
  • Halusinasi
  • Emosi yang tidak stabil
  • Sawan
  • Mengantuk yang berlebihan
  • Mengantuk, gemuruh, atau sakit kepala yang berlebihan atau berpanjangan
  • Masalah tidur yang serius atau berpanjangan
  • Simptom masalah hati (kencing gelap, najis pucat, hilang selera yang berpanjangan, sakit pada bahagian atas kanan perut, kulit dan mata yang kekuningan)
  • Tangan menggeletar
  • Perubahan penglihatan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan TheraFlu® Syrup?

TheraFlu® Syrup mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Anticoagulants (warfarin) or isoniazid
  • Digoxin atau droxidopa
  • Beta-blockers (propranolol)
  • Catechol-o-methyltransferase (COMT) inhibitors (tolcapone)
  • Furazolidone
  • Indomethacin
  • MAOIs (phenelzine)
  • Sodium oxybate (GHB)
  • Tricyclic antidepressants (amitriptyline)
  • Bromocriptine or hydantoins (phenytoin)
  • Guanadrel, guanethidine, mecamylamine, methyldopa, atau reserpine

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan TheraFlu® Syrup?

TheraFlu ® Syrup mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan TheraFlu ® Syrup?

TheraFlu® Syrup mungkin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan TheraFlu® Syrup.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang dicadangkan ialah 30ml setiap 6 jam.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos yang dicadangkan untuk kanak-kanak atas 12 tahun ialah 30 ml setiap 6 jam.

Untuk kanak-kanak kurang 12 tahun: penggunaan TheraFlu® Syrup adalah tidak digalakkan.

Bagaimanakah TheraFlu® Syrup disediakan?

TheraFlu ® Syrup tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Setiap 30 ml mempunyai 650mg acetaminophen, 25 mg dipenhydramine HCL, 10 mg phenylephrine

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut