Testosterone

Oleh

Nama AM: Testosterone Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Testosteron?

Testosteron digunakan bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk merawat keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon ini seperti kelewatan akil baligh, mati pucuk atau lain-lain ketidakstabilan hormon. Ubat ini juga digunakan bagi perempuan untuk merawat kanser payu dara yang telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Bagaimanakah kegunaan Testosteron?

Ubat ini diberikan secara suntikan oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Testosteron?

Testosterone paling baik disimpan di dalam peti ais. Untuk mengelakkan kerosakan pada ubat, jangan letakkan ia di dalam peti beku. Mungkin ada jenama testosteron yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang testosteron ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan testosteron?

Sebelum mengambil , sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mempunyai kanser prostat;
  • Kanser payu dara lelaki;
  • Masalah jantung yang serius;
  • Masalah hati yang teruk;
  • Masalah buah pinggang yang teruk;
  • Yang anda mengandung atau mungkin akan mengandung.

Untuk memastikan testosteron selamat bagi anda, maklumkan pada doktor anda jika anda mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Kencing manis;
  • Prostate membesar;
  • Penyakit jantung atau penyakit arteri koronari;
  • Sejarah serangan jantung, stroke atau darah beku;
  • Tinggi kolestrol atau trigliserida (sejenis lemak di dalam dadah);
  • Kanser payu dara (bagi lelaki, atau perempuan yang mempunyai tinggi kalsium di dalam darah);
  • Penyakit hati atau buah pinggang;
  • Anda terlentang di atas katil atau kurang upaya;
  • Anda mengambil pencair darah (warfarin, Coumadin, Jantoven).

Adakah selamat untuk mengambil testosteron semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Testosteron?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Sakit, kemerahan atau bengkak pada lengan atau kaki;
  • Perubahan pada rasa;
  • Masalah pernafasan, sakit dada;
  • Batuk;
  • Iritasi pada gusi atau mulut, gusi berdarah;
  • Meninggalkan kesan pada kulit;
  • Cirit-birit;
  • Hilang semangat;
  • Pening lalat, mulut kering;
  • Payu dara membesar;
  • Takut atau gugup;
  • Berasa sedih atau kosong;
  • Sakit gusi atau melecur;
  • Cepat bertindak balas atau bertindak balas secara berlebihan dengan emosi
  • Kejang, sakit atau ketidakselesaan pada perut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Testosteron?

Testosteron mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

  • Sesetengah produk boleh bertindakbalas dengan ubat ini antaranya adalah pencair darah (seperti warfarin).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Testosteron?

Testosteron mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Testosteron?

Testosteron akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Kanser (kanser payu dara bagi lelaki, kanser prostate);
  • Darah beku (di dalam paru-paru dan kaki);
  • Penyakit jantung (kegagalan jantung, sakit dada, serangan jantung), stroke;
  • Masalah hati, buah pinggang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, prostat membesar, apnea tidur, kencing manis.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak lelaki untuk kelewatan akil baligh

  • Suntikan intraotot: Testosterone Enanthate 50 ke 200 mg setiap 2 ke 4 minggu selama 4 ke 6 bulan;
  • Implan: 2 pelet (setiap pellet mengandungi 75 mg testosterone) ditanam secara subkutan setiap 3 ke 6 bulan. Tempoh terapi: 4 ke 6 bulan.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk kanser payu dara

Suntikan intraotot: Testosterone Enanthane 200 ke 400 mg setiap 2 ke 4 minggu.

Dos kebiasaan bagi lelaki dewasa untuk hipogonadisme

Suntikan itraotot:

  • Testosterone Undecanoate: 750 mg (3mL), diikuti dengan 750 mg (3mL) selepas 4 minggu, kemudian 750 mg (3mL) setiap 10 minggu selepasnya.
  • Testosterone Enanthane dan Cypionate: 50 ke 400 mg setiap 2 ke 4 minggu.

Implan: 2 ke 6 pelet (75 mg setiap satu) ditanam secara subkutan setiap 3 ke 6 bulan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Testosteron?

Testosterone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Suntikan dan implan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Sebahagian simptom terlebih dos:

  • Pandangan kabur;
  • Sakit kepala;
  • Sawan;
  • Percakapan yang tidak jelas;
  • Ketidakmampuan untuk bercakap yang teruk atau secara tiba-tiba;
  • Kebutaan sementara;
  • Lemah pada lengan dan kaki di satu bahagian badan secara tiba-tiba dan teruk.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos testosteron, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Rujukan