Apa itu tenoxitic?

Oleh

Nama AM: Tenoxitic Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Tenoxitic?

Tenoxitic biasanya digunakan bagi mengurangkan rasa sakit, bengkak, kekakuan sendi, dan simptom lain daripada artritis reumatoid, osteoartritis, dan keadaan keradangan yang lain (seperti spondilitis mengankilos/kejur, tendinitis, bursitis).

Jika anda sedang merawat keadaan kronik seperti artritis, rujuk doktor anda berkenaan rawatan tanpa ubat dan/atau pilihan ubatan lain bagi merawat rasa sakit tersebut.

Bagaimanakah kegunaan Tenoxitic?

Ubat ini harus diambil pada masa yang sama setiap hari dan sejurus selepas makan untuk mengelakkan masalah perut tidak selesa.

Adalah penting untuk mengambil ubat ini secara tepat sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Tenoxitic?

Tenoxitic paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya langsung dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Tenoxitic di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Tenoxitic yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Tenoxitic ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Tenoxitic?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif tenoxitic atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Tenoxitic semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Mengandung: 

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Menyusukan bayi: 

Ubat ini meresap masuk ke dalam susu ibu. Jika anda merupakan ibu yang sedang menyusu dan mengambil tenoxitic, ia mungkin memberi kesan kepada bayi anda. Rujuk doktor anda sama ada anda boleh teruskan atau perlu hentikan penyusuan bayi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Tenoxitic?

Rujuk doktor anda jika kesan-kesan sampingan yang lazim ini ada pada anda, tidak hilang atau mengganggu kualiti hidup anda. Ahli farmasi anda juga boleh menasihati anda dalam mengatasi kesan sampingan yang berlaku:

  • Ketidakselesaan atau sakit perut (ringan atau sederhana)
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Sakit kepala (ringan atau sederhana)
  • Pedih ulu hati
  • Loya
  • Muntah-muntah

Segera berjumpa dengan doktor anda jika kesan-kesan sampingan berikut terjadi:

  • Masalah pendengaran (bunyi deringan pada telinga)
  • Rasa berdebar-debar atau degupan jantung yang laju
  • Ketidakselesaan atau sakit perut (teruk)
  • Ruam kulit atau kegatalan
  • Bengkak pada tangan, lengan, kaki atau betis.

Berhenti mengambil ubat ini dan segera dapatkan rawatan jika mana-mana dari tanda ini berlaku:

  • Bintat urtikaria pada kulit
  • Nafas menjadi pendek atau sukar
  • Bengkak pada mata, mulut, bibir atau tekak
  • Air kencing berdarah
  • Najis yang berdarah atau berwarna hitam
  • Hidung berdarah

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Tenoxitic?

Tenoxitic boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Tenoxitic?

Tenoxitic mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Tenoxitic?

Tenoxitic boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mempunyai keadaan berikut:

  • Anestesia atau pembedahan baru-baru ini
  • Pendarahan yang bertambah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit keradangan aktif yang melibatkan perut dan usus (seperti kolitis berulser)
  • Ulser perut atau usus yang masih aktif
  • Serangan asma akut, bintat urtikaria, rinitis (keradangan pada lapisan dalam saluran hidung), atau reaksi alahan lain yang disebabkan oleh asid asetilsalisilik (ASA) atau ubat antiradang bukan steroid yang lain (NSAID; seperti diclofenac, ibuprofen, indomethacin, naproxen).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Tenoxitic (tenoxicam) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disyorkan bagi orang dewasa untuk tenoxitic adalah 20 mg, diambil sehari sekali.

Sesetengah orang mungkin memerlukan dos yang lebih rendah untuk mengawal kesakitan dan keradangan. Dos yang lebih tinggi adalah tidak digalakkan memandangkan ia tidak memberikan sebarang manfaat tambahan.

Apakah dos Tenoxitic (tenoxicam) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik bawah umur 16 tahun. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting bagi memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Tenoxitic (tenoxicam)

Tenoxitic boleh didapati dalam beberapa bentuk dan kekuatan seperti:

  • Tablet Tenoxitic 20mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos tenoxitic, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.