Apa itu taurine?

Oleh

Nama AM: Taurine Jenama: Taurine.

Kegunaan

Apa kegunaan Taurine ?

Taurina adalah asid amino yang menyokong pembangunan neurologikal dan membantu mengawal paras air dan mineral dalam darah. Taurina juga dipercayai mempunyai sifat antioksidan.

Bagaimanakah kegunaan Taurine?

Taurina paling sering diberikan dengan ubat-ubatan lain untuk merawat kegagalan jantung kongestif. Kegunaan klinikal lain termasuklah rawatan untuk cystic fibrosis, pendedahan kepada bahan toksik dan masalah hati. Walaupun tidak rawatan utama bagi keadaan ini, taurina digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lebih kuat untuk meningkatkan prognosis dan mengurangkan komplikasi yang teruk dalam pesakit.

Bagaimana saya menyimpan Taurine?

Taurina lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan taurina dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama taurina berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam taurina ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Taurine?

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa pengambilan taurina terlalu banyak mungkin membuat gangguan bipolar lebih teruk. Dalam satu kes, seorang lelaki berusia 36 tahun dengan gangguan bipolar terkawal dimasukkan ke hospital dengan simptom mania selepas mengambil beberapa tin minuman tenaga mengandungi taurina, kafein, inositol, dan bahan-bahan lain (Red Bull Energy Drink) dalam tempoh 4 hari. Ia tidak diketahui jika ini adalah berkaitan dengan taurina, kafein, inositol, bahan lain atau gabungan bahan-bahan tersebut.

Adakah selamat untuk mengambil Taurine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil taurina.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Taurine?

Taurina mungkin SELAMAT untuk orang dewasa dan kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang sesuai. Taurina telah digunakan dengan selamat di kalangan orang dewasa dalam kajian sepanjang satu tahun. Ia telah diberikan dengan selamat kepada kanak-kanak untuk sehingga 4 bulan. Mereka yang terlibat dalam kajian penyelidikan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan yang berkaitan dengan penggunaan taurina. Walau bagaimanapun, terdapat satu laporan kerosakan otak dalam pembina badan yang mengambil kira-kira 14 gram taurina dalam kombinasi dengan insulin dan steroid anabolik. Tidak dapat dipastikan jika ini adalah disebabkan oleh taurina atau ubat-ubatan lain yang diambil.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Taurine?

Taurina mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Litium bertindak balas dengan Taurina.

Taurina mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan taurina mungkin mengurangkan penyingkiran litium daripada tubuh. Ini boleh meningkatkan litium dalam badan dan menyebabkan kesan sampingan yang serius. Maklumkan doktor anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Taurine?

Taurina mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Taurine?

Taurina mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Taurine yang disyorkan untuk dewasa?

Pengambilan melalui mulut:

  • Untuk rawatan kegagalan jantung kongestif: 2-6 gram taurina sehari dibahagikan kepada dua atau tiga dos.
  • Untuk rawatan hepatitis akut: 4 gram taurina 3 kali sehari selama 6 minggu.

Apakah dos Taurine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum ditentukan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Taurine

Dos yang sesuai belum ditentukan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos taurina, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.