Apa itu tamsulosin?

Oleh

Nama AM: Tamsulosin Jenama: Tamsulosin.

Kegunaan

Apa kegunaan Tamsulosin ?

Tamsulosin digunakan oleh lelaki untuk merawat simptom pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia-BPH). Ia tidak mengecutkan prostat, tetapi berfungsi dengan merehatkan otot dalam prostat dan pundi kencing. Ini membantu melegakan simptom-simptom BPH seperti kesukaran dalam memulakan aliran air kencing, aliran lemah, dan keperluan untuk membuang air kecil kerap atau segera (termasuk semasa tengah malam).

Tamsulosin tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai penghalang alfa.

Jangan gunakan ubat ini untuk merawat tekanan darah tinggi.

KEGUNAAN LAIN: Bahagian ini mengandungi penggunaan ubat ini yang tidak disenaraikan dalam pelabelan profesional yang diluluskan bagi ubat tetapiboleh ditetapkan oleh doktor anda. Gunakan ubat ini untuk keadaan yang disenaraikan dalam bahagian ini hanya jika ia telah ditetapkan oleh doktor anda.

Tamsulosin juga boleh digunakan untuk membantu badan anda mengeluarkan batu karang melalui sistem perkumuhan. Ia juga telah digunakan untuk membantu masalah pundi kencing dalam kalangan wanita.

Bagaimanakah kegunaan Tamsulosin?

Baca Risalah Maklumat jika didapati daripada ahli farmasi anda sebelum mula mengambil ubat ini dan setiap kali anda mengisi semula. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tanya doktor atau ahli farmasi anda.

Ambil ubat ini melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari, 30 minit selepas waktu makan yang sama setiap hari. Telan ubat ini. Jangan hancurkan, mengunyah, atau buka kapsul.

Dos adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda dan tindak balas kepada rawatan.

Tamsulosin boleh menyebabkan penurunan mendadak dalam tekanan darah anda, yang boleh membawa kepada rasa pening atau pengsan. Risiko ini lebih tinggi pada awal permulaan pengambilan ubat ini, selepas doktor meningkatkan dos, atau jika anda memulakan semula rawatan selepas berhenti mengambilnya. Pada masa tersebut, elakkan situasi di mana anda mungkin tercedera jika anda pengsan.

Ambil ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan kesan terbaik daripadanya. Untuk membantu anda ingat, ambil pada masa yang sama setiap hari.

Jika anda tidak mengambil ubat ini untuk beberapa hari, hubungi doktor anda untuk berbincang jika anda perlu bermula semula pada dos yang lebih rendah.

Ia mungkin mengambil masa sehingga 4 minggu sebelum simptom-simptom anda bertambah baik. Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika ia menjadi lebih teruk.

Bagaimana saya menyimpan Tamsulosin?

Tamsulosin lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan tamsulosin dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama tamsulosin berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam tamsulosin ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Tamsulosin?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilan ubat ini dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau mana-mana ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Pediatrik

Tamsulosin tidak ditentukan untuk digunakan dalam populasi pediatrik.

Geriatrik

Kajian yang sesuai yang dilakukan sehingga kini tidak menunjukkan masalah geriatrik khusus yang akan mengehadkan kegunaan tamsulosin dalam kalangan orang tua.

Adakah selamat untuk mengambil Tamsulosin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil tamsulosin.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Tamsulosin?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami sebarang tanda tindak balas alahan seperti: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Berhenti menggunakan tamsulosin dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Rasa seperti akan pengsan;
  • Sakit dada;
  • demam, menggigil, sakit badan, atau tanda-tanda selesema; atau
  • Ereksi zakar yang menyakitkan atau tahan 4 jam atau lebih lama.

Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk:

  • Pening ringan;
  • Lemah, mengantuk;
  • Sakit kepala;
  • Loya, cirit-birit;
  • Sakit belakang;
  • Penglihatan kabur;
  • Masalah gigi;
  • Masalah tidur (insomnia);
  • Ejakulasi yang tidak normal, nafsu seks menurun ; atau
  • Hidung berair, sakit tekak, batuk.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Tamsulosin?

Tamsulosin mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut adalah tidak digalakkan. Doktor anda mungkin membuat keputusan untuk tidak membenarkan anda mengambil ubat ini atau menukar beberapa ubat-ubatan lain yang anda ambil.

  • Boceprevir

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut boleh menyebabkan peningkatan risiko kesan sampingan tertentu, tetapi penggunaan kedua-dua ubat boleh menjadi rawatan yang terbaik untuk anda. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat.

  • Atazanavir
  • Carbamazepine
  • Ceritinib
  • Clarithromycin
  • Cobicistat
  • Conivaptan
  • Dabrafenib
  • Eslicarbazepine Acetate
  • Idelalisib
  • Indinavir
  • Itraconazole
  • Ketoconazole
  • lopinavir
  • Mitotane
  • nefazodone
  • nelfinavir
  • Nilotinib
  • Piperaquine
  • Posaconazole
  • primidone
  • Ritonavir
  • saquinavir
  • Siltuximab
  • Tadalafil
  • telaprevir
  • Telithromycin
  • Voriconazole

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut boleh menyebabkan peningkatan risiko kesan sampingan tertentu, tetapi penggunaan kedua-dua ubat boleh menjadi rawatan yang terbaik untuk anda. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat.

  • Acebutolol
  • Alprenolol
  • Atenolol
  • Avanafil
  • betaxolol
  • Bevantolol
  • Bisoprolol
  • Bucindolol
  • Carteolol
  • carvedilol
  • Celiprolol
  • Cimetidine
  • Dilevalol
  • Esmolol
  • Labetalol
  • Levobunolol
  • Mepindolol
  • Metipranolol
  • Metoprolol
  • Nadolol
  • Nebivolol
  • Oxprenolol
  • Penbutolol
  • Pindolol
  • Propranolol
  • Sildenafil
  • sotalol
  • Talinolol
  • Tertatolol
  • timolol
  • vardenafil

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Tamsulosin?

Tamsulosin mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Tamsulosin?

Tamsulosin mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Alahan kepada ubat sulfa- Peningkatan risiko alahan pada pesakit dengan keadaan ini.
  • Hipotensi (tekanan darah rendah) -Gunakan dengan berhati-hati. Boleh membuat keadaan ini lebih teruk.
  • Penyakit buah pinggang yang teruk atau
  • Penyakit hati yang teruk- Gunakan dengan berhati-hati. Kesan boleh meningkat disebabkan penyingkiran ubat perlahan daripada badan.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Tamsulosin yang disyorkan untuk dewasa?

Dos permulaan: 0.4 mg sekali sehari

Dos maksimum: 0.8 mg sekali sehari

Apakah dos Tamsulosin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Tamsulosin

Tamsulosin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul 0.4 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Simptom terlebih dos termasuklah:

  • Pening kepala
  • Pengsan
  • Penglihatan kabur
  • Perut tidak selesa
  • Sakit kepala

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos tamsulosin, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda