Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Nizoral® selalunya digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh kulat.
Ketoconazole tidak digunakan dalam merawat jangkitan kulat pada jari tangan atau jari kaki, kanser prostat atau sindrom Cushing.
Ubat ini patut digunakan hanya apabila anda tidak boleh menggunakan ubat anti kulat yang lain.
Nizoral® boleh menyebabkan ancaman yang serius kepada hati anda yang boleh menyebabkan pemindahan hati atau kematian.
Sila ambil ubat ini sepertimana yang diarahkan kepada anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih banyak atau lebih sedikit atau lebih lama dari yang disarankan.
Jangan kongsi ubat ini dengan orang lain, walaupun jika mereka ada simptom yang sama seperti anda.
Gunakan ubat ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Simptom yang anda alami mungkin semakin pulih sebelum jangkitan ini benar-benar hilang. Melangkaui dos juga boleh meningkatkan risiko jangkitan yang lebih teruk yang ampuh dengan ubat anti kulat. Nizoral® tidak merawat jangkitan virus seperti demam dan selesema.
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:
Apabila menggunakan Nizoral, anda mungkin memerlukan pemeriksaan darah berkala untuk memeriksa fungsi hati anda.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori C bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:
Hubungi doktor anda jika ada mengalami:
Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Nizoral® mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Beberapa produk yang mungkin memberi interaksi dengan ubat ini termasuklah:
Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang dimaksudkan ialah:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Jangkitan kulat:
Dos yang disarankan ialah 200-400 mg/hari PO.
Cushing syndrome (off-label):
Penggunaan off-label untuk menghalang steroidegenesis pada pesakit sindrom Cushing: dos yang disarankan ialah 600-800 mg/hari melalui oral.
Recurrent tinea versicolor (off-label): dos yang disarankan ialah 400 mg melalui mulut setiap bulan.
Tiada lagi dos yang disyorkan kepada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Nizoral® tersedia dalam bentuk dan dos kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nizoral® (ketoconazole), sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen