Apa itu stugeron?

Oleh

Nama AM: Stugeron Jenama: Stugeron.

Kegunaan

Apa kegunaan Stugeron® (cinnarizine)?

Stugeron® biasanya digunakan untuk mengawal rasa mabuk dalam perjalanan. Ia juga digunakan bagi merawat beberapa simptom yang berkait dengan masalah keseimbangan seperti pening kepala, bunyi deringan di telinga, rasa loya dan muntah-muntah.

Bagaimanakah kegunaan Stugeron® (cinnarizine)?

Ubat ini harus diambil bersama makanan. Lebih elok diambil selepas makan.

Bagaimana saya menyimpan Stugeron® (cinnarizine)?

Stugeron® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya langsung dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Stugeron® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Stugeron® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Stugeron® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Stugeron® (cinnarizine)?

Sebelum mengambil Stugeron®, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Stugeron® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anak anda berumur bawah 5 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Stugeron® (cinnarizine) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Stugeron® (cinnarizine)?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Mengantuk
  • Rasa tidak selesa
  • Masalah penghadaman
  • Pertambahan berat badan

Kesan sampingan lain pula adalah seperti:

  • Pergerakan luar biasa seperti menggigil pada tangan dan jari, pergerakan badan yang berpusing, berjalan dengan menyeret kaki dan ketegangan otot.
  • Kekuningan pada kulit atau mata putih (jaundis).
  • Reaksi alahan
  • Sakit kepala
  • Mulut kering

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Stugeron® (cinnarizine)?

Stugeron® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Stugeron® (cinnarizine)?

Stugeron® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Stugeron® (cinnarizine)?

Stugeron® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Stugeron® (cinnarizine) yang disyorkan untuk dewasa?

Masalah peredaran serebral (otak)  

Dos yang disyorkan adalah 1 tablet tiga kali sehari atau 1 kapsul forte sehari.

Masalah peredaran periferi 

Dos yang disyorkan adalah 2-3 tablet 3 kali sehari atau 2-3 kapsul forte sehari.

Gangguan vestibular

Dos yang disyorkan adalah  1 tablet 3 kali sehari atau 1 kapsul forte sehari.

Mabuk gerak

Dos yang disyorkan adalah 1 tablet setengah jam sebelum bergerak. Akan diulang setiap 6 jam.

Vertigo 

Bergantung kepada dos, ditingkatkan secara beransur.

Dos maksimum tidak boleh melebihi 225 miligram (9 tablet atau 3 kapsul) sehari.

Apakah dos Stugeron® (cinnarizine) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang disyorkan adalah separuh dari dos yang disyorkan kepada orang dewasa.

Apakah bentuk penyediaan Stugeron® (cinnarizine)

Stugeron® boleh didapati dalam beberapa bentuk dan kekuatan seperti:

  • Kapsul Forte Stugeron® 75 miligram (mg)
  • Tablet Stugeron® 25 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Stugeron®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda