Apa itu sodium-chloride?

Oleh

Nama AM: Sodium Chloride Jenama: Sodium Chloride and Sodium Chloride.

Kegunaan

Apa kegunaan Sodium Chloride ?

Natrium klorida adalah nama kimia garam. Natrium merupakan elektrolit yang mengawal jumlah air dalam badan anda. Natrium juga memainkan peranan dalam saraf dan pengecutan otot.

Natrium klorida digunakan untuk merawat atau mencegah kehilangan natrium disebabkan oleh dehidrasi, peluh berlebihan, atau sebab-sebab lain.

Natrium klorida juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Sodium Chloride?

Ambil seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.

Ambil ubat ini dengan segelas penuh (8 auns) air.

Natrium klorida boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

Untuk memastikan bahawa ubat ini membantu keadaan anda, darah anda mungkin perlu diuji dengan kerap. Jumpa dengan doktor anda secara berkala.

Jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain, walaupun mereka mempunyai simptom yang sama yang degan anda.

Hubungi doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik, atau jika bertambah buruk semasa menggunakan natrium klorida.

Simpan pada suhu bilik jauh dari kelembapan, haba, dan cahaya.

Bagaimana saya menyimpan Sodium Chloride?

Natrium klorida lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan natrium klorida dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama natrium klorida berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam natrium klorida ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Sodium Chloride?

Beberapa keadaan mungkin berinteraksi dengan salina (air garam) bakteriostatik. Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, terutamanya jika satu daripada yang berikut berkaitan dengan keadaan anda:

  • Jika anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan
  • Jika anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau pelengkap diet
  • Jika anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain

Adakah selamat untuk mengambil Sodium Chloride semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Sodium Chloride?

Jika mana-mana kesan sampingan yang berikut berlaku semasa mengambil natrium klorida, rujuk dengan doktor anda dengan segera:

  • Degupan jantung laju
  • Demam
  • Geligata (hives), gatal-gatal, atau ruam
  • Suara serak
  • Iritasi
  • Sakit sendi, kekejangan, atau bengkak
  • Kulit kemerahan
  • Sesak nafas
  • Bengkak di kelopak mata, muka , bibir, tangan, atau kaki
  • Sesak ¬†dada
  • Masalah pernafasan atau menelan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Sodium Chloride?

Natrium klorida mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Sodium Chloride?

Natrium klorida mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Sodium Chloride?

Natrium klorida mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Sodium Chloride yang disyorkan untuk dewasa?

Refraktori ICP tinggi kerana pelbagai etiologi (contohnya, pendarahan subaraknoid, trauma, neoplasma), sindrom herniasi transtentorial (penggunaan luar label): salina hipertonik IV: 23.4% (30-60 mlL) diberikan 2-20 minit melalui akses vena pusat sahaja.

Sepsis teruk, bantuan resusitasi awal cecair : saline normal IV (0.9% NaCl), sekurang-kurangnya 30 mL / kg.

Apakah dos Sodium Chloride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

IV kanak-kanak: larutan hipertonik (> 0.9%) hanya boleh digunakan untuk rawatan awal hiponatremia (kurang natrium dalam darah) akut dengan simptom yang serius atau peningkatan tekanan intrakranial (dalam kepala) dalam trauma kecederaan otak.

Pengekalan: 3-4 meq / kg / hari; maksimum: 100 – 150 meq / hari; dos berbeza-beza bergantung kepada keadaan klinikal.

Apakah bentuk penyediaan Sodium Chloride

Natrium klorida boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan, Sedutan 0.9% (90 mL, 240 mL)
  • Gel: 14.1 g
  • Cecair, luaran 355 mL
  • Salap, Oftalmik 5% (3.5 g)

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos natrium klorida, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut